02/08/2026
10 TIPS MELAWAN 'DOOMSCROLLING'
Pernah tak kita buka telefon "sekejap"..
Niat asal cuma nak balas mesej atau tengok satu video.
Tapi sedar-sedar, 3 jam berlalu.
Yang masuk ke dalam hati bukan ketenangan, tetapi berita yang menakutkan, gosip yang meletihkan, dan video yang membuatkan jiwa semakin kosong.
Itulah yang dipanggil 'doomscrolling'.
Semakin kita melihat perkara negatif tanpa henti, semakin berat hati kita.
Semakin banyak kita membaca masalah orang, semakin kita lupa bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung.
Allah SWT berfirman:
"Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
(Surah ar-Ra'd: 28)
Jika hari ini kita mahu keluar daripada perangkap doomscrolling ni, cubalah amalkan 10 langkah mudah ini:
1. Sedar dan ambil tahu.
Akui bahawa kita sedang terperangkap. Perubahan sentiasa bermula dengan kesedaran.
2. Tetapkan had masa.
Jangan biarkan telefon mengawal hidup kita. Kitalah yang perlu mengawal masa.
3. Pilih kandungan yang memberi manfaat.
Isi mata dengan ilmu, inspirasi dan peringatan yang mendekatkan kita kepada Allah.
4. Matikan notifikasi yang mengganggu.
Tidak semua bunyi telefon perlu diberi perhatian. Kadang-kadang, diam itu lebih menenangkan.
5. Isi masa dengan aktiviti yang bermakna.
Bersama keluarga, membaca buku, bers**an atau membantu orang lain jauh lebih bernilai daripada terus menatal skrin.
6. Jangan scroll sebelum tidur.
Akhiri malam dengan istighfar, doa dan zikir, bukan dengan berita yang meresahkan jiwa.
7. Gunakan teknologi dengan bijak.
Telefon ialah alat. Jangan sampai kita menjadi hamba kepada alat yang kita miliki.
8. Perbanyakkan ilmu dan zikir.
Hati yang dipenuhi kalam Allah tidak mudah dikuasai keresahan dunia.
9. Habiskan masa bersama orang yang positif.
Pergaulan yang baik akan menguatkan iman dan mengingatkan kita kepada akhirat.
10. Ingat tujuan kehidupan.
Kita tidak diciptakan untuk menghabiskan hidup dengan melihat skrin, tetapi untuk beribadah kepada Allah dan mengejar reda-Nya.
Sahabat..
Bukan semua perkara perlu kita tahu.
Tetapi kita sangat memerlukan hati yang tenang untuk menghadapi apa yang sudah kita tahu.
Telefon hanyalah alat.
Yang menentukan syurga atau neraka bukan skrin di tangan kita, tetapi pilihan yang kita buat setiap kali jari ini menyentuhnya.
Semoga setiap kali kita membuka telefon, ia menjadi jalan menuju ilmu, pahala dan hidayah, bukan sebab hati semakin jauh daripada Allah.
Kurangkan scrolling tanpa tujuan.
Perbanyakkan 'connect' dengan Allah.
Kerana ketenangan sebenar tidak berada di hujung skrin, tetapi di sisi Allah SWT.