Usaha Atas Iman Dan Amal

Usaha Atas Iman Dan Amal janganlah kita hidup di dunia, hanya untuk menderita di akhirat
-DSAS-
Tiada Hak Cipta, semuanya boleh di Share/copy
::Usaha Atas Iman ,Ilmu Dan Amal::

Seseorang itu masih belum menjadi Daie(pendakwah) yg sebenar selagi "Dia gembira bila di puji...takut bila di keji.."
_Syeikhul Hadith Maulana Yusuf Rah-

"Jangan perlekehkan dua golongan ini iaitu para alim ulama dan Jemaah Tabligh. Para alim ulama membawa manusia ke syurga, para Jemaah Tabligh menyelamat manusia dari lembah neraka"

~Syeikh Nuruddin al Banjari Marbu al Makki hafizahullah~



عَ

نْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ
الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَBerita kematian syura Malaysia..اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِ...
17/02/2022

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Berita kematian syura Malaysia..

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Innalillahiwainnaillahirojiun...Al FatihahSyura Malaysia Tuan Haji Arshad telah kembali ke rahmatullah.Sedih hati tak te...
12/11/2021

Innalillahiwainnaillahirojiun...

Al Fatihah
Syura Malaysia Tuan Haji Arshad telah kembali ke rahmatullah.

Sedih hati tak terhingga, dari usia aku belasan tahun aku dok dengar apa yang dia cakap, apa yang dia bayan dan nasihat dari dia, dan kadang aku cakap dalam hati aku nak jadi seperti dia.

Seluruh kehidupan dia, diri, harta dan masa dikorbankan untuk usaha Dakwah Tabligh.

Seorang yang lembut bicara, sopan santun dan berhemah tinggi..

Ya Allah ko bangkitkan lah Syura kami Tuan Haji Arshad sebaris dengan para Sahabat r.a, Daie daie dan Solihin....amiin

Kalau TV cari Sony. Kalau kipas cari KDK. Kalau fridge cari ElectroluxKalau bulb cari Phillips. Kalau lockset cari Yale....
20/05/2021

Kalau TV cari Sony.
Kalau kipas cari KDK.
Kalau fridge cari Electrolux
Kalau bulb cari Phillips.
Kalau lockset cari Yale.
Kalau cat cari ICI Dulux.
Kalau aircon cari York (skrg Daikin)
Kalau ballpen cari Pilot
Kalau kereta cari Toyota.
Kalau vac cleaner cari Electrolux
Kalau rice cooker cari Panasonic
Kalau switch lampu Schneider
Kalau peti besi cari Chubb
Kalau alarm rumah ADT/Paradox
Kalau drill Bosch/Milwaukee/Makita
Kalau blender cari Panasonic
Kalau oven cari Baby Belling
Kalau pickup cari Hilux.
Kalau slow juicer cari Hurom.
Kalau pressure cooker beli Noxxa.
Kalau food mixer cari Kenwood.
Kalau mesin basuh Toshiba.
Kalau speaker cari Bose
Kalau tent beli Decathlon.
Kalau earphone cari Sennheiser
Kalau camera cari Nikon
Kalau pam air rumah cari Grundfos
Kalau soundsystem Harman Kardon
Kalau hp cari Iphone.
Kalau PA system cari Toa.
Kalau kapcai cari Honda.
Kalau Air Fryer cari Tefal
Kalau wc toilet cari Johnson Suisse
Kalau tayar kereta Michelin/Pirelli
Kalau sunglasses cari Rayban
Kalau basikal lipat cari Dahon.
Kalau laptop & printer cari HP.
Kalau laksa cari laksa johor/Sarawak

Itu jenama feveret saya lah kerana ketahanannya. Orang lain mungkin berbeza.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

*********************

Buku
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak).

Buku hard cover -SOLD OUT-

Buku soft cover (bilangan terhad):
Harga RM35 sahaja (tidak termasuk postage).

• hantaran Semenanjung
Kos + postage
(RM35+RM6.50) = RM41.50

• hantaran Sabah/Sarawak
Kos + postage
(RM35+RM13) = RM48

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

1. Secara online dengan courier Ninja Van:
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Ihsan Mazlie).

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar

JEMAAH TABLIGH DI NEGARA HARAM ZIONISPada tahun 2003,sekump**an jemaah MALAYSIA telah keluar ke India dan telah berjumpa...
19/05/2021

JEMAAH TABLIGH DI NEGARA HARAM ZIONIS

Pada tahun 2003,sekump**an jemaah MALAYSIA telah keluar ke India dan telah berjumpa dengan jemaah berbangsa Arab dari Israel.

Satu soalan yg ditanya jemaah Malaysia, bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh boleh berlangsung di dlm israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang arab di Palestin diancam dan diseksa teruk oleh orang israel sementa di Palestin terdapat 5 markas.

Kata mereka;
'orang Yahudi adalah pakar di dalam soal kitab asmawi termasuk Al-Quran dan Ahadis Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha agama yang mana mandapat bantuan Allah SWT yang ghaib dan yang tidak memperolehinya.
Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu oran-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas.''

KISAH 2:
Satu ketika, beberapa rakan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentera yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah menujukan senapang mesin mereka kearah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah dipetik tetapi apabila dihalakan ke atas, peluru boleh keluar tetapi apabila dihala kearah jemaah peluru tidak keluar, bila dihala ke arah lain peluru keluar.
Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.

KISAH 3:
-Karkuzari dari jemaah Palestin yg keluar 1 bulan di Malaysia. mereka datang tempat saya di Ipoh, Taman Meru.
-Mereka2 ni tinggal dlm kawasan Hebron, iaitu betul2 dalam tembok.
- Ada sorang tu, belakang rumah dia,memang pintu dapur ngadap tembok. Mengikut mereka,walaupun mereka duduk dlm kepongan Yahudi ttpi bagi umat islam yang benar2 amal agama, dan beriman dengan penuh yakin,serta ada buat usaha iman,hanyalah Allah tmpat mrk berserah.
- Masturat2 yang usaha atas iman dan amal serta tututp aurat yg sempurna, bila nak di buat inspection, makanya, tentera Yahudi lelaki ni, jgn kata nak periksa masturat2 tu, pandang pun taknak.
- Sebaliknya, mereka suruh tentera perempuan mereka yang buat pemeriksaan. Allah pelihara masturat2 yg tutup aurat yg sempura dan beriman amal ikut cara nabi s.a.w,even thou mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun.
- Manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal p**a di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) ni sendiri akan halang tentera yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada karkun. Kiranya, memang tak di sentuh lansung le. jadi, kesemua penyelesaian kesusahan, hanya ada dlm iman dan amal sahaja. Sampaikanlah berita gembira ini pada masturat2 kawasan puan.
- Bergembiralah kerana kita di pilih Allah untuk sama2 buat kerja, dan bagi masturat, sebagai tulang belakang suami yg buat kerja.

KISAH 4:
Ada satu laporan p**a apabila satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentera israel di palestin.
Amir jemaah telah dimasukkan ke dalm bilik pegawai yg bertugas dan ditanya kenapa mreka ke palestin adakah mahu melawan israel.
Dengan tenang amir jemaah cakap,
'Tidak,kami tiada apa2.hanya bawa peralatan tidur dan memasak sahaja,cuma kami ke sini utk sampaikan kalimah Lailahaillah Muhammadarasullullah..
lalu pegawai israel itu pun menaip sesuatu dari komputernya lalu menunjukkan skrin komputer tersebut kepada amir jemaah. Pegawai itu bertanya lagi,
"adakah anda mengusahakan 6 point ini?"..
Ia adalah 6 sifat para sahabat yg diusahakan oleh setiap ahli jemaah iaitu;
-kalimah toiyyibah, solat khusyuk n khuduk, ilmu n zikir, iklas niat, ikram muslimin,dakwah..
-Amir dengan penuh kehairanan berkata;
-"ya,kami ushakan atas sifat2 ini tetapi bagaimana kamu tahu?"..
Pegawai itu menjawab;
"kami telah lama mengkaji tentang golongan kamu.

Jika semua umat islam usahakan apa yg kamu usahakan pasti kami akan binasa".

Ini hanyalah beberapa karkuzari atau laporan tentang usaha yg dibuat golongan ini.Ia adalah yg jalan yg haq dan bukanlah ajaran yg dilabel sesat,bidaah oleh sesetngh masyarakat.
Jika tuan2 masih dlm keraguan ,solatlah ishthikarah.mohonlah petunjuk dr Nya.
Jika ini jalan yg batil,maka musnahkanlah jalan usaha ini.
Jika ianya benar,berdoalah semoga tuan2 juga diberi hidayah oleh ALLAH utk membuat usaha agama ini.
Wallahua'lam bissawab..

17/05/2021
🍟🍔Jika Fakta ini Salah Maafkan saya, jujur pelik bila ada yg boikot Mcd konon bantu Isreal , Semoga ini dapat membantu y...
16/05/2021

🍟🍔Jika Fakta ini Salah Maafkan saya, jujur pelik bila ada yg boikot Mcd konon bantu Isreal , Semoga ini dapat membantu yer . 🍔🍟

Hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran (Mcdonald Malaysia).

Jawapan dari mcdonald mengenai status mereka.

1- Mcd Malaysia,Singapura dan Arab Saudi adalah milik muslim 100%.

2- Owner Mcd malaysia adalah lionhorn pte ltd syarikat bawah reeza group (Arab Saudi). Jadi dia adalah milik muslim sepenuhnya (100%)

Kedudukan Mcd di Malaysia hari ni sama kedudukan KFC Malaysia yang dimiliki oleh (JCORP).

3- Maknanya Mcd malaysia bukan milik mcdonald’s corporation. Yakni bukan milik US.

4- Mcdonald’s corporation adalah pemilik asal mcd satu dunia.

5- Lionhorn membeli seluruh share yang dimiliki oleh mcdonald corporation di arab saudi malaysia dan singapura.

6- Memang dahulu Mcd malaysia melalui Golden Arches Restaurants adalah milik Mcdonald Corporation. Tetapi tahun 2016 sudah dibeli oleh Reeza group melalui lionhorn dan dijadikan sebagai milikan penuh mereka 100%.

7- Di malaysia Mcd diuruskan oleh Gerbang Alaf restoran anak syarikat lionhorn.

8- Adakah Mcdonald Malaysia bayar royalti pada Mcdonald’s Corporation? Ye ada tetapi bayaran kerana memakai brand mcdonald. Keadaan ini sama mcm KFC, A&W dan sebagainya yang memang kena bayar utk lesen jenama.

9- Jangan sesiapa kata KFC tidak bayar royalti penggunakan brand kepada KFC US. Kerana memang ada bayaran itu melalui Yum Brand Inc.(yang menguruskan KFC US). Boleh rujuk
http://www.yum.com/company/

10- Adakah Mcd bantu Israel. Setakat ini belum ada fakta dan bukti yang benar yang tunjuk bahawa Mcd bayar secara kewangan syarikat kepada Israel. Maksudnya di US. Di Malaysia lagilah tidak ada penglibatan dengan Israel.

11- Sumbangan peribadi pekerja mcdonald kepada dana Israel yang itu tidak boleh dinamakan sumbangan mcdonald kepada Israel.

12- Lagipun sumbangan itu tidak pernah direkodkan maksudnya tidak ada dalam catatan. So itu masuk dalam (zann) yang tidak boleh dijadikan hujah.

13- Jumlah pekerja Mcdonald malaysia 12k. Pekerja Muslim 80%.

14- Pekerja muslim Mcdonald ini terselamat dari serve arak dan benda haram lain. Anak orang Islam kita tidak terselamat dari serve arak di 7 eleven, KK mart dan lain lagi syarikat yang terlibat dengan arak.

15- Mereka dbenarkan dan digalakkan solat. Tidak seperti syarikat lain yang tidak patuh Syariah yang tidak membenarkan pekerja muslim mereka solat tutup aurat bahkan solat jumaat.

16- Polisi Mcdonald mengikut Jakim yang mengalakkan pekerja Islam melaksanakan tuntutan agama. Menutup aurat, Solat dan Solat jumaat diwajibkan kepada pekerja lelaki.

17- Mcdonald malaysia bayar zakat keuntungan mereka.

18- Mengenai sumbangan mcd US kepada JUF (Jewish United Fund) sila rujuk link video di bawah.

https://youtu.be/Q1u899n3AX8

19- ini satu lagi video yang agak terpeinci sedikit.

https://youtu.be/cmLLkU-X5_A

20- Kesimp**annya
Ada lima persoalan besar di sini

a - Adakah Mcdonald malaysia milik Mcd US?
Jawapannya tidak. Ia sudah dimiliki sepenuhnya oleh muslim

b- Adakah Mcd malaysia bayar royalti utk gunakan brand Mcdonald?
Jawapannya Ya ada, sama seperti KFC, Burger King, A&W dan lain lain lagi yang membayar kepada syarikat induk mereka untuk guna brand mereka.

c- Adakah pernah mereka yang terbabit dengan Mcdonald memberi duit kepada Israel?
Ye ada tetapi bukan sumbangan syarikat tetapi sumbangan secara individu yang tidak mengambil langsung dana Mcdonald. Sumbangn dari wang poketnya sendiri. Sumbangan secara individu tidak patut dinamakan sumbangn Mcdonald. Kerana kenyataan demikian tidak adil. Seperti kenyatan melayu pemalas. Kenyatan ini tidak adil. Sedangkan bukan semua melayu malas.
Lagipun individu itu sudah tidak lagi menjadi pekerja Mcd.

d- Adakah Mcdonald milik yahudi?
Jawapannya tidak. Mcd adalah syarikat public listed. Yang dimiliki oleh shareholder yang ramai. Mcdonald dimilki oleh 1.8 juta orang shareholder yang membeli saham Mcdonald. So segala aktiviti kewangan melalui audit yang ketat dan mustahil boleh melarikan wang itu untuk Israel tanpa melalui audit dan pengetahuan shareholder.

e- Adakah Mcdonald ada buka restorannya di Israel?
Ye
ada dan itu diluar kawalan Mcdonald Malaysia. Perkara itu susah untuk diambil sebagai kayu ukur. Kerana semua jenama dunia ada di Israel. BMW Mercedes Volkswagen Iphone samsung Hyundai dan lain lain.Kalau itu alasan boikot maka kena boikot semua produk itu juga.

Ini hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran pada selasa 19/12/2017.

Tidak ada niat nak membela Mcdonald.
Niat saya hendak mengajar dan mengajak kepada satu falsafah Islam, iaitu tidak puas hati dengan satu pihak perlu berjumpa sebelum menuduh.

Kami bertanya pihak Mcdonald. Kalau ada orang yang ingin berjumpa mereka bagi menyelesaikan kekeliruan. Mereka menyatakan kesediaan bila-bila masa saja untuk berjumpa.

Itu yang kami perolehi dari mcdonald. Jika ada yang hendak menyanggahi fakta di atas sila bawa fakta (yang boleh disandarkan kepada pihak yang sanggup bertanggungjawab atas fakta itu).

Insyaallah saya akan pergi berjumpa p**ak pihak yang mengeluarkan fakta yang menyanggahi Mcdonald ini.

Ustaz Zul Pandan tak mahu bergaduh cuma hendakkan perdamaian dan kebenaran.
😊😊

Kredit Ustaz Zul Pandan

09/05/2021

Telah p**angnya keRahmatullah.. Sheikh Muhammad Bin Ali.. Shura Malaysia kita yang di kasihi. Semoga Allah terima dakwah dan Amal beliau dunia Akhirat.. Dalam bulan yg mulia lagi ni.. 10 akhir Ramadhan.. Amin ya Rabbal Alamin..

Alhamdulillah minggu lalu pelakon Saharul Ridzuwan telah membawa org rumahnya keluar Dakwah Masturat bersama kami.. Alha...
05/05/2021

Alhamdulillah minggu lalu pelakon Saharul Ridzuwan telah membawa org rumahnya keluar Dakwah Masturat bersama kami.. Alhamdulillah.. Melibatkan Isteri dalam kerja Dakwah adalah pekara yg di buat oleh Sayyidina Rasulillah Saw di hari pertama Baginda Rasulullah Saw mendapat wahyu.. Bahkan Nabi² yg dakwahnya di dokong oleh Isteri, Umatnya ramai.. Nabi² yg dakwahnya TAK di dokong isteri, umatnya tidak ramai..

Org yg buat Dakwah kemudian melibatkan isteri dalam kerja Dakwah adalah seperti burung yg terbang dgn 2 sayap...

Kita buat usaha Dakwah hanya nk wujudkan Rasa Cinta pada Allah sedalam²nya dalam hati dan cinta pada Rasulullah Saw.. Dan nak Dakwah kan kebesaran dan keagungan Allah pada seluruh umat.. Supaya setiap dari kita merasakan Maha Hebat nya Allah.. Maha Besar nya Allah.. Maha Baik Nya Allah.. Allahuakbar..Dan usahakan nak bawa kehidupan Sunnah suci murni Nabi Saw dalam kehidupan seharian kita agar kita di Cintai Allah..

Dulu org ingatkan Tabligh pergi Dakwah tinggal bini je.. Sebenarnya dalam Usaha Dakwah ni ada jemaah yg keluar Dakwah bersama isteri atau mahram iaitu Jemaah Masturat..

Penting libatkan Para Isteri dan Para Wanita dgn kerja Dakwah..kerana mereka akan mendapat Tarbiyyah untuk sedia hidup sederhana dan didik anak cara Sunnah Rasulullah Saw seperti yg di pandu oleh Para Alim Ulama'.. Mereka akan menjadi asbab anak² di sediakan menjadi soleh Hafiz Alim dan Daie Allah... Allahuakbar.. Ibu yg solehah memberi kesan pd keluarga...

Semoga Allah menerima kita semua dan sebarkan rezeki kita ke seluruh dunia agar kita dapat keluar Berdakwah di Jalan Allah ke seluruh dunia insyAllah.. Amin..

Sumber: Ustaz Farkhan

19/04/2021

Ustaz kata, jangan pandang rezeki tu hanya pada
duit atau harta saja.
Ustaz kata, dapat pegi solat
jemaah pun rezeki, dapat duduk majlis ilmu pun
rezeki, iman pun rezeki, hidayah pn rezeki..kesihatan
pun rezeki... Masa lapang pun rezeki..
Ustaz kata kalau kita pandang rezeki itu bukan
sekadar harta, maka luaslah rezeki itu di
pandangan mata kita.
ada org b*k hrta... mau makan pn x sempat..

Bukan sekali jalan berduriHanya Tuhan yang pastiMengerti 🎶-Dato Nash bersama Usaha Atas Iman dan Amal-
07/04/2021

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti
Mengerti 🎶

-Dato Nash bersama Usaha Atas Iman dan Amal-

Jemaah Tabligh vs Politik DemokrasiBy: Al Ustaz Maulana Helmi° Telah Hafaz 30 Juzuk Al Quran pada usia 14 tahun° Dauroh ...
06/04/2021

Jemaah Tabligh vs Politik Demokrasi

By: Al Ustaz Maulana Helmi
° Telah Hafaz 30 Juzuk Al Quran pada usia 14 tahun
° Dauroh Aliyyah Di Jamiatul Uloom Islamiyyah, Pakistan
° Tamat Daurotul Hadith Di Jamiah Darul Ulum Zakariyya, Johannesburg, South Africa
° Diploma Usuluddin (Tafsir) Kolej Al Ihsaniah, Perak
° Ijazah Siyyasah Syari'ah Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Kebangkitan Islam:
-------------------------------------------
Konsep pemerintahan ideal utk umat Islam yg diredhai Allah ada 3: iaitu sistem nubuwwah, khilafah dan monarki Islam.

Buktinya adalah kerajaan Islam yg dibangunkan melalui sistem tersebut dipelihara oleh Allah hingga ianya mampu bertahan hingga 1200 tahun lebih.
Melalui sistem inilah maka Allah kembangkan Islam hingga ke 2/3 dunia.

Dikala itu dakwah, jihad dan khilafah dijalankan oleh umat Islam secara ijtimaie (kolektif).
Namun demikian. sebagaimana pepatah Arab mengatakan bahawa bagi setiap era kegemilangannya pasti akan ada zaman kejatuhannya.

Maka, sekitar 200 terakhir ini, tepatnya ialah sejak kejatuhan empayar uthmaniyyah maka bermulalah era kejatuhan dan kemunduran umat Islam secara globalnya hingga terpecah menjadi komponen negara2 yg berbeza.

Kemunduran umat ini begitu hebat hingga ketahap mereka kehilangan jati diri dan identiti. Malah tak percaya lagi yg Islam akan kembali gemilang jika mereka memenuhi syarat 2 nya iaiti kembali kepada minhajin nubuwwah.

Dalam keadaan yg genting inilah maka Allah SWT telah membangkitkan tiga golongan yg mukhlisin, iaitu jemaah Tabligh, ikhwanul muslimin dan mujahidin utk membangunkan agamanya.

Penjelasannya ialah seperti berikut. iaitu sebagaimana saya jelaskan sebelum ini, manhaj dakwah Rasulullah saw ada tujuh peringkat:

1) dakwah
2) baiat
3) Hijrah
4) Nusrah
5) jihad
6) fatah
7) khilafah.

Jemaah tabligh ambil manhaj nombor 1 hingga ke nombor 4 darinya (dakwah, baiah, hijrah & nusrah) Mujahidin ambil 3,4,5 (hijrah, nusrah & jihad).

dan gerakan Ikhwan ambil manhaj yg ketujuh (khilafah).

Kesemua marhalah ini masih belum dijalankan dalam erti yg sebenarnya,yakni baru sekadar lakonan & latihan, kerana realitinya ketiga gerakan tersebut masih juga belum mampu memacu bidang masing 2 ketahap kesempurnaan.

Habis tu siapakah yg akan menyempurnakan manhajin nubuwwah tersebut?

Logikanya,individu yg akan menegakkan ketujuh marhalah tsbt pastilah seorang yg hebat (pilihan Allah).it will be Al Mahdi Al muntazar.setelah kita melihat dgn zahirnya di depan kita bahawa keberadaan ulamak2 bertaraf dunia pada hari ini pun masih buntu menyelesaikan pertikaian dikalangan umat ini.

Sebab itu, hari ini Jemaah tabligh selalu menyebut dalam bayan mereka bahawa kita baru belajar2 dakwah, belum buat dakwah. Sebabnya ialah kerana kita baru berani mendakwahkan orang2 Islam, dan belum berdakwah dalam ertikata yg sebenarnya.

Adapun larangan para masyaikh agar rakan seusaha tidak mendakwah org kafir bukanlah larangan dalam bentuk tashri'ie (syariat), tapi irsyadie (kesesuaian dan krn kelemahan umat Islam dalam menjalankannya).

Ada maslahah yg Allah tunjukkan kepada mereka.
Iaitu menurut firasat mereka kita belum mampu bertahan dengan serangan batil sewaktu mendakwahkan non muslim, berjihad dan menegakkan negara Islam. kelemahan ini terjadi akibat umat Islam telah melupakan tanggungjawab dakwah sejak lebih 200 tahun yg lalu.

Jadi adalah lebih penting memupuk kesedaran umat Islam (para daie) yg sedang lalai, daripada memberikan tumpuan kepada orang lain.
hakikatnya orang Islam belum bersedia menerima kehadiran para muallaf dalam bilangan yg ramai dalam komuniti mereka, dan merasakan Islam sebagai agama eksklusif umat Islam.

Jika para sahabat dahulu sanggup menyediakan apa saja utk sambut orang yg nak masuk Islam, kita hari ini sebaliknya merasakan bebanan...

Justeru itu ada baiknya kita tumpukan perhatian kepada ummat Islam seketika sebagai persiapan ke arah dakwah yg lebih sempurna.

Dan ini bukanlah kesilapan, kerana sebagaimana hukum lari dari medan perang itu satu dosa, tetapi jika seseorang itu melarikan dirinya dengan niat utk membuat persiapan yg lebih rapi maka hukumnya tak salah di sisi Allah SWT.

Jika demikian keadaan JT, maka begitu juga dengan aktiviti Jihad yg dilancarkan oleh para mujahidin di serata dunia juga masih belum kaffah (bersifat runcit2), sebab bukan dalam satu saf, bukan di bawah pimpinan seorang amir, dan umat Islam diserata dunia belum mendapat tarbiyyah yg menyeluruh.

Kesimp**annya, dakwah, jihad dan khilafah yg sempurna hanya mampu ditangani oleh Al Mahdi as sahaja.malah kemerdekaan Syiria dan Palestin juga hanya akan berlaku di tangannya. Jika ada yg ragu silalah mencuba!!!

Begitu juga dengan kelompok pan islamisme. Politik mereka juga tidak bersifat inklusif. Umat Islam menguruskan politik & khilafah di negara masing2...
Walaupun kewujudan kelompok ini tidak memadai namun sekurangnya dapat mengelakkan umat ini dari dosa akibat meninggalkan perkara fardu iaitu membangunkan agama.

Jadi kita lihat Jt Cuba bangunkan agama Dari bawah. Sebaliknya kelompok mujahideen mula Dari tengah dan Pan Islamisme Dari atas.

Semuanya sedang berusaha mengikut ijtihad masing2. Jazahumullah ahsanal jaza'.
Namun begitu, menurut Al Faqir dalam keadaan getir ini, kalaulah kelompok dajjal sedang agresif membuat persiapan menyambut bos mereka, maka apakah Allah tidak buat perancangan bagi pihak umat Islam.

Dah tentu Allah sudah lama juga buat persediaan yg paling canggih & sempurna.

Cuma biasanya persediaan Allah nampak macam lemah, tak mengikut arus perdana dan bertentangan dengan adat kebiasaan dan kefahaman biasa.
Sebab biasanya Allah menewaskan musuh2 nya melalui jalan yg mereka tak sangka...

Dalam hadis Nabi saw ada bersabda: "Sesungguhnya iman akan berkumpul kembali ke Madinah sebagaimana seekor ular yg kembali ke sarangnya".

Maksudnya memandangkan Madinah suatu masa dahulu adalah markaz orang beriman maka di akhir zaman nanti zaman kegemilangan Madinah akan kembali (suasana Hijrah dan Nusrah)...

Inilah permulaan kebangkitan umat Islam...
Anehnya Nabi saw menyebut perkataan iman.
Secara lojiknya kep**angan iman ke sarangnya pastilah dengan wasilahnya, bukan dengan sendirinya. Dan bila kita mengamati maka kita akan yakin bahawa usaha yg akan mengiringi kep**angan iman ke Madinah adalah tahreekul iman.
Segala puji bagi Allah, satu2 nya usaha di dunia yg Allah lorong kan utk mementingkan halaqah dan majalisul iman adalah usaha dakwah dan tabligh....
Bila iman sudah kembali ke Madinah maka marhalah kedua dan ketiga akan tiba iaitu marhalah Hijrah dan nUsrah. Di waktu itu, umat Islam wajib berhijrah ke Madinah utk bergabung dengan kaum muslimin di sana.

Jika pada zaman Rasulullah saw marhalah bai'ah datang Selepas marhalah dakwah imaniyyah tetapi di akhir zaman, marhalah bai'ah datang selepas umat Islam berhijrah ke Madinah maka disana barulah mereka akan berbaiah di tangan Imam Al Mahdi as, dalam hadis menyebut 80.0000 umat Islam berbai'at di tangan beliau.

Selepas berbaiah maka mereka semua akan keluar berjihad ( marhalah kelima), dan negara pertama yg diserang adalah Syiria dan menyusul selepas itu giliran Palestin..

Selepas Saidina Umar dan Solahuddin Al Ayyubi adakah ada sesiapa dikalangan umat Islam selain Al Mahdi yg mampu merdekakan Palestin?.
Penaklukan terakhir umat Islam ke atas Baitul Maqdis menjelang kiamat sudah pasti ditangan Al Mahdi as.

Setelah Dajjal dibunuh, dan Yahudi2 dihapuskan dan agama kristian diluruskan maka bermulalah proses Dakwah, jihad dan khilafah dalam skala yg besar (seluruh alam) dan hakiki.

Imam Mahdi akan memimpin dakwah dan jihad sama seperti Para Sahabat di zaman Nabi saw, yang mana syiar mereka diwaktu itu ialah: aslim taslam (islamlah nescaya kamu akan selamat) inilah masa yg sebenar umat Islam menjalankan dakwah Ke atas non muslim secara alami. Di sinilah keinginan dan impian orang2 Tabligh akan tercapai.

Jika kamu enggan, maka berikanlah jizyah dalam keadaan hina.

Jika itupun masih enggan maka ketahuilah bersama kami ada segolongan umat yg mana kematian itu lebih lazat disisi mereka daripada cairan2 arak. Inilah bentuk jihad yg inklusif.

Disini p**a keinginan para mujahidin tercapai.
Selepas seluruh dunia beriman, menandakan bahawa satu demi satu negara kuffar jatuh ke tangan orang Islam, maka fenomena inilah yg dinamakan Al fatah (penaklukan) marhalah Keenam.
Setelah dunia jatuh ketangan orang Islam, maka diwaktu itu barulah akan terlaksananya segala hukum dan undang2 Islam.

Disini p**a keinginan golongan pan Islamisme akan tercapai.
Imam Mahdi akan memerintah dunia ini dengan penuh keadilan selama tujuh tahun, kemudiannya Nabi Isa as juga tujuh tahun dan setelah itu keadaan akan kembali rosak hinggalah kiamat..

Wallahu a'lam ini perkara yg Allah ilhamkan kepada Al Faqir...ianya baru sebatas hipotesis dari seorang pendosa seperti saya, namun, terserahlah kepada rakan2 seusaha utk buat penilaian.

Semalam pergi gerai. Nak beli karipap. Tanyalah makcik tu berapa satu? Dia cakap 50 sen sebiji. Saya cakaplah nak 4.Masa...
02/04/2021

Semalam pergi gerai. Nak beli karipap. Tanyalah makcik tu berapa satu? Dia cakap 50 sen sebiji. Saya cakaplah nak 4.

Masa nak bayar, kat tangan ada 5 ringgit. Ingat nak bagi semua. Tapi suara hati cakap “bagi 2 ringgit je. Orang meniaga ni banyak untung”. So,tangan seluk poket ambik 2 ringgit bayar.

Balik rumah bukak plastik. Tengok ada 5 biji karipap. Allahhh.. rupanya dalam kita berkira dengan dia, dia tak berkira pun dengan kita. Hitamnya hati saya!

* * *

Hari ni nekad. Nak beli karipap makcik tu lagi dan nak bayar lebih.

Bila sampai kat gerai dia, saya cakap “makcik, saya nak 6 biji karipap”. Dia ambik dan letak.

Bila nak bayar saya bagi dia 5 inggit dan dia nak bagi duit balik. Saya cakap takpe makcik. Hadiah. Dia cakap eh, jangan macam tu, ambiklah. Saya cakap takpe. Saya tetap tolak.

Masa dia pegang duit tu, bibir dia ketap-ketap. Dia ucap terima kasih dan saya pun ucap terima kasih. Saya tak boleh lama kat situ sebab saya nampak dia macam nak nangis.

Sampai kat rumah, saya bukak plastik dan saya kira. Ya, dia memang seorang yang pemurah. Dia bagi saya 7biji sedangkan saya hanya minta 6. Allahhh.. 😭😭😭

* * *

Makcik ni mengajar saya sesuatu. Jika kita berkira dengan orang, bukan setakat orang je yang akan berkira dengan kita, tapi Allah pun akan"berkira"dengan kita.

Mudahkanlah urusanmu sesama makhluk, nescaya Tuhanmu akan memudahkan urusanmu denganNya

...kalau ada duit lebih tu rajin2lah bersedekah kerana dalam rezeki kita terdapat juga rezeki orang lain.
Dalam rezeki org lain, mungkin ada rezeki kita..🌹🌹🌹
Gambar Sekadar Hiasan

Foto: Mamafami
Kredit: Hasrimi Mohamed

Address

Sungai Besi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Usaha Atas Iman Dan Amal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share