Masjid Makmuriah Pekan Sungai Besar - RASMI

Masjid Makmuriah Pekan Sungai Besar - RASMI Masjid Makmuriah merupakan masjid yang terletak di pekan sungai Besar. Dibina pada 19.4.1971.

Kuliah Subuh & Maghrib Bulan September Masjid Makmuriah Sungai Besar 2026 || 1448H
04/09/2026

Kuliah Subuh & Maghrib Bulan September Masjid Makmuriah Sungai Besar 2026 || 1448H

21/08/2026

Kem Daurah Cuti Sekolah Masjid Makmuriah Sungai Besar

Terbuka kepada Kanak-kanak berusia 7-12 tahun

Biro Belia dan Riadah Masjid Makmuriah akan menganjurkan program khas untuk remaja bersempena cuti sekolah ini.

✏️ Memperkasa fahaman Akidah Islam.
✏️ Memperkemas Ibadah Solat.
✏️ Mempelajari Akhlak asas seorang muslim.

🗓️Tarikh : 1 - 3 September 2026 (Selasa-Khamis)
⏰Masa : 8:0 pagi - 12:00 tengahari
🕌Tempat : Masjid Makmuriah Sungai Besar

Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan.
Berusia 7-12 tahun.

Pendaftaran terhad kepada 30 peserta.

Yuran : RM50

Bahan pembelajaran disediakan. 📚
Makanan dan minuman disediakan. 🍛
Sijil penyertaan disediakan. 📜

Pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
https://www.wasap.my/601128006780/KDKKMMSB

20/08/2026

_SEMINAR PENGHAYATAN MANHAJ AKIDAH_

TAJUK: PASAK AKIDAH AHLI SUNNAH, BENTENG MASYARAKAT MENDEPANI IDEOLOGI MODEN

Assalamualaikum WBT,

Pihak Masjid Makmuriah Sungai Besar dengan kerjasama Unit Penyelidikan & Pembangunan PAID Sabak Bernam menjemput muslimin & muslimat ke ceramah khas bersempena program penghayatan manhaj akidah yang akan diadakan seperti berikut:

✨Tajuk: "Pasak Akidah Ahli Sunnah, Benteng Masyarakat Mendepani Ideologi Moden"
🗓️ 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Selepas Solat Maghrib
🕌 Masjid Makmuriah Sungai Besar
👳🏻‍♂️ Ustaz Khairiamri bin Ahmad

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir
Jamuan Disediakan

Untuk sumbangan & Infak pada Akaun MMSB: 12056010002203 | BANK ISLAM
Sila Share & Tag kawan-kawan kita.
Semoga bermanfaat

[AHLAN WASAHLAN & SELAMAT DATANG]Seluruh warga Masjid Makmuriah Sungai Besar dengan sukacita mengalu-alukan kehadiran*Us...
31/07/2026

[AHLAN WASAHLAN & SELAMAT DATANG]

Seluruh warga Masjid Makmuriah Sungai Besar dengan sukacita mengalu-alukan kehadiran

*Ustaz Muhammad Nur Zakwan bin Sallehuddin*
dan
*Ustaz Zul Zarif bin Baharudin*

yang akan menjalankan tugas sebagai Penolong Pengurus dan Pembantu Pengurus Masjid Makmuriah Sungai Besar.

Berkuatkuasa: Ogos 2026

Semoga kehadiran tuan-tuan membawa semangat baharu, keberkatan dan kemakmuran kepada masjid ini serta menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan syiar Islam dalam kariah dan masyarakat setempat.
_______________________
👍🏻 Like & Share Facebook masjid
🕌https://www.facebook.com/share/18vMkmJHaN/

[SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH]Seluruh warga Masjid Makmuriah Sungai Besar merakamkan ucapan penghargaan dan terim...
31/07/2026

[SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH]

Seluruh warga Masjid Makmuriah Sungai Besar merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada :
*Ustaz Heldi Jasfreezal bin Jasni* dan *Ustaz Abdul Azim bin Mohamed Nor Hasan Sazali* sepanjang berkhidmat dimasjid ini sebagai Penolong Pengurus dan Pembantu Pengurus Masjid Makmuriah Sungai Besar selama beberapa tahun ini.

Pihak masjid turut mendoakan agar Allah SWT memberi kurniaan dan limpahan keberkatan kepada Ustaz Heldi Jasfreezal dan Ustaz Abdul Azim yang telah berkhidmat untuk menguruskan masjid ini.
_________________________
👍🏼 Like & Share FB masjid
🕌 https://www.facebook.com/share/18vMkmJHaN/

📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢*Kuliah Maghrib Khas Masjid Makmuriah 1448H*➡️Penceramah : Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mohamad Sharil- Pega...
02/07/2026

📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢

*Kuliah Maghrib Khas Masjid Makmuriah 1448H*

➡️Penceramah : Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mohamad Sharil

- Pegawai Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
- Penceramah Bertauliah Negeri Selangor (PBNS)

➡️Hari : Sabtu
➡️Tarikh : 11 Julai 2026
➡️Tempat : Dewan Solat Masjid Makmuriah Sungai Besar
➡️Masa : Selepas Solat Maghrib

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Sekian pemakluman, terima kasih.

Pengurusan,
Masjid Makmuriah Sungai Besar.
————————————————————
Boleh ikuti secara maya di 👇

➡️ Facebook Rasmi : Masjid Makmuriah Pekan Sungai Besar
________________________________

➡️ Sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun :

🏧 BANK ISLAM
12056010002203
Masjid Jamek Makmuriah Sungai Besar

Kuliah Subuh & Maghrib Bulan Julai Masjid Makmuriah Sungai Besar 2026 || 1448H
30/06/2026

Kuliah Subuh & Maghrib Bulan Julai Masjid Makmuriah Sungai Besar 2026 || 1448H

Address

Jalan Parit Satu
Sungai Besar
45300

Telephone

+60199993121

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Makmuriah Pekan Sungai Besar - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category