Surau Alhayy Putra Heights

Surau Alhayy Putra Heights Laman Rasmi Surau Al-Hayy Putra Height. Surau ini dibina pada tahun 2018 dan mula beroperasi 2023
(2)

27/03/2026

Takbir Raya Al Hayy

27/03/2026

Video ucapan raya BERSAMA anak2 Al hayy

✨ Ambil kesempatan keberkatan Jumaat…Kadang-kadang Allah datangkan rasa ingin memberi,bukan kerana Dia perlukan harta ki...
13/02/2026

✨ Ambil kesempatan keberkatan Jumaat…
Kadang-kadang Allah datangkan rasa ingin memberi,
bukan kerana Dia perlukan harta kita,
tetapi kerana Dia mahu kita
menambah bekal sebelum kita kembali.

Daripada 1600 slot Ramadan,
547 sudah disempurnakan.
Masih berbaki 1048 slot
yang menunggu hati-hati yang Allah pilih
untuk menjadi sebab
surau ini terus hidup, makmur dan bernafas dengan amal.

Mungkin RM50 kecil pada kita,
tetapi besar nilainya di sisi Allah
jika ia menjadi sebab
cahaya Ramadan menerangi rumah-Nya.

Ayuh Sahabat,
mari berinfaq — bukan kerana kita mampu,
tetapi kerana kita mahu disayangi-Nya.
🌙✨

📞 Untuk tempahan & pertanyaan, sila hubungi AJK Iftar mengikut blok:

Blok A: Imam Kamil +60126751801
Blok B: Puan Nik +60132315040
Blok C: Puan Eza +60143959580
Blok D: Puan Dalila +60196935973
Blok C: Puan Yuni +60176027648

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kita kini hanya tinggal 13 hari sahaja lagi sebelum ketibaan Ramadan, namun k...
06/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kita kini hanya tinggal 13 hari sahaja lagi sebelum ketibaan Ramadan, namun kutipan bagi menampung kos Program IYHA Ramadhan masih belum mencapai sasaran yang diperlukan.

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan harapan, saya memohon jasa baik tuan/puan untuk bersama‑sama membantu menyebarkan hebahan ini kepada ahli keluarga, sahabat handai serta melalui platform media sosial yang boleh dicapai.

Setiap sebaran, setiap sumbangan dan setiap usaha kecil yang kita lakukan — insyaAllah menjadi sebab terlaksananya program ini dengan lancar dan memberi manfaat kepada ramai yang memerlukan.

Semoga Allah membalas segala kebaikan tuan/puan dengan ganjaran yang berlipat ganda, serta mempermudahkan kita dalam menyambut bulan mulia yang bakal tiba.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan.

🌙 Iftar Ramadan: Jom Sama‑Sama Lengkapkan Slot!Assalamualaikum semua ❤️Ramadan dah nak sampai—23 hari je lagi!Surau kita...
26/01/2026

🌙 Iftar Ramadan: Jom Sama‑Sama Lengkapkan Slot!

Assalamualaikum semua ❤️

Ramadan dah nak sampai—23 hari je lagi!

Surau kita perlukan 1,600 slot iftar (RM50/slot) untuk tampung kos 30 hari Ramadan.

Setakat ni, baru 219 slot diisi… jauh lagi nak capai target 😔

Memang agak kritikal kalau nak pastikan juadah berbuka untuk jemaah berjalan lancar tahun ni.
Jadi…
Kalau ada rezeki lebih, jom bantu isi mana yang mampu.
1 slot pun dah sangat bermakna.
5 slot lagi lah besar pahalanya.
10 slot… Allahu, moga melimpah-limpah ganjaran ✨

Sabda Nabi SAW:
“Siapa beri makan orang berpuasa, dia dapat pahala seperti orang itu berpuasa.”

📌 Sasaran: 1,600 slot
📌 Capai setakat ini: 219 slot
📌 Baki: 1,381 slot

Jom sama-sama buat saham akhirat.
Moga jadi asbab pahala berterusan untuk kita dan keluarga 🤲🏼✨

📲 [5623-6667-3871 Maybank 🐯 Surau Al Hayy]

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor AJK Iftar Surau Al Hayy di bawah untuk tindakan lanjut:
Pn Eza 014-3959580 https://wa.link/5jcw0g
Pn Yuni 017-6027648 https://wa.link/lfc27y
Ust Taufiq 019-6029839 https://wa.link/84dqo3

*Status terkini (12hb Januari 2026): Penajaan Slot Iftar Surau Al Hayy Ramadan 1447H*Alhamdulillah. Kemaskini status men...
14/01/2026

*Status terkini (12hb Januari 2026): Penajaan Slot Iftar Surau Al Hayy Ramadan 1447H*

Alhamdulillah. Kemaskini status menunjukkan *1517 slot* masih tersedia untuk tajaan. Terima kasih pada yang telah menaja, dan pada yang berminat, sila hubungi AJK Iftar Surau Al Hayy untuk makluman lanjut.

_Nota: Tempahan slot awal dan bayaran kemudian juga dibolehkan._

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor AJK Iftar Surau Al Hayy di bawah untuk tindakan lanjut:
Pn Eza 014-3959580 https://wa.link/5jcw0g
Pn Yuni 017-6027648 https://wa.link/lfc27y
Ust Taufiq 019-6029839 https://wa.link/84dqo3

Jom share
13/01/2026

Jom share

Check out RAKAN SURAU AL-HAYY’s video.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Dengan izin dan iradat-Nya, Surau Al Hayy kini sedang mel...
29/12/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Dengan izin dan iradat-Nya, Surau Al Hayy kini sedang melalui Fasa 1 kerja-kerja renovasi, melibatkan:
• Menaik taraf pendawaian elektrik, dan
• Pemasangan sistem penyaman udara

bagi memastikan keselesaan yang lebih optimum kepada para jemaah.

Setakat ini, kerja-kerja renovasi telah mencapai kira-kira 40% kemajuan, sebagai persediaan menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba.

Semoga segala bentuk sumbangan ; sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga, masa, buah fikiran dan sokongan ; menjadi asbab keberkatan dan ganjaran pahala di sisi Allah SWT buat semua yang terlibat.

Sesungguhnya, usaha memperindahkan dan memakmurkan rumah Allah ini adalah satu amanah yang mulia, dan kita berada dalam perhatian serta rahmat-Nya.

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, kehadiran jemaah bagi setiap solat fardu juga semakin menggalakkan. Semoga saya dan anda semua terus kekal istiqamah mendirikan solat berjemaah, di mana jua kita berada, dengan izin Allah SWT.

Pihak AJK Surau akan berkongsi perkembangan terkini renovasi surau secara berkala dari semasa ke semasa.

Insya-Allah.

27/12/2025

Assalammualaikum wbt,
​Berita gembira buat semua ahli kariah dan para penderma Surau Al-Hayy.
​Alhamdulillah, empat unit aircond yang kita usahakan bersama telah berjaya dipasang sepenuhnya hari ini. Kini ruang solat kita lebih sejuk dan selesa untuk aktiviti ibadah dan pengajian.

​Pihak pengurusan surau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma yang telah menyumbang. Semoga Allah murahkan rezeki tuan-puan sekeluarga dan memberkati infak ini.

​Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih semua! ❄️🕌

📢 HEBAHAN KULIAH DHUHA📖 Kitab Al-Mukaddimah: Penghayatan Hakikat Tauhid🗓 Tarikh: Sabtu, 13 Disember 2025⏰ Masa: 9:30 pag...
12/12/2025

📢 HEBAHAN KULIAH DHUHA
📖 Kitab Al-Mukaddimah: Penghayatan Hakikat Tauhid
🗓 Tarikh: Sabtu, 13 Disember 2025
⏰ Masa: 9:30 pagi
📍 Lokasi: Surau Al-Hayy, Putra Heights
🌹 Disampaikan oleh: Ustazah Nurul Syahida Arifin

🍽 Jamuan: Potluck (pihak surau menyediakan Nasi lemak)

✨ Ayuh hadir!
“Ilmu adalah cahaya yang menerangi hati. Jangan biarkan hari berlalu tanpa menambah bekal untuk akhirat. Datanglah, duduklah bersama, dan rasai manisnya majlis ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah.”

✅ Sebarkan & jemput sahabat-sahabat!
Semoga majlis ini menjadi asbab kita meraih rahmat dan keberkatan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ🔅Hebahan Kelas Pengajian Kitab T...
22/07/2025

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🔅Hebahan Kelas Pengajian Kitab Tasawwuf Sufi Sejati anjuran Surau Al Hayy di bawah bimbingan Ustaz AmirulHafidzi 🤍

🗓️ Tarikh: 27 Julai 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 Pagi - 10.30 Pagi
📍 Tempat: Surau Al Hayy Harmoni Putra Heights
🚗https://maps.app.goo.gl/751g9XhCvUKyyKTi8?g_st=ic

Terbuka kepada semua Muslimin & Muslimat‼️
Peserta baru & Lama

Pada yang berminat untuk join / hadir sama… Boleh isi form di bawah untuk kami kumpulkan dalam 1 group 🤗
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdWLDA9wDZ1lm95yWo1YUtoLg8cbVYjfg2r-7Z8GFAfavKM0A/viewform?usp=header

Untuk pembelian kitab boleh tekan link pesanan dibawah👇🏻
https://drive.google.com/drive/folders/1ExjHS7SRsEu4LiWvef1rYU6HIh8uvvnk?usp=drive_link

Untuk Info lanjut boleh hubungi:
Muslimin
Ustaz Taufiq
wasap.my/60196029839/Pengajiankitabtasawwuf
Faznor
wasap.my/60122234210/Pengajiankitabtasawwuf

Muslimat
Kak Long Yuni
wasap.my/60176027648/Pengajiankitabtasawwuf
Kak Yang Eza
wasap.my/60143959580/Pengajiankitabtasawwuf

Assalamualaikum..🔅Hebahan *Kelas Pengajian Kitab Tauhid Al Mukaddimah* anjuran *Muslimat Surau Al Hayy* di bawah bimbing...
27/05/2025

Assalamualaikum..

🔅Hebahan *Kelas Pengajian Kitab Tauhid Al Mukaddimah* anjuran *Muslimat Surau Al Hayy* di bawah bimbingan *Ustazah Nurul Shahida Arrifin* 🤍

🗓️ Tarikh: 22 Jun 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 Pagi - 10.30 Pagi
📍 Tempat: Surau Al Hayy Harmoni Putra Heights
🚗https://maps.app.goo.gl/751g9XhCvUKyyKTi8?g_st=ic

Terbuka kepada semua Muslimat‼️
*Peserta lama atau baru*

Pada yang berminat untuk join / hadir sama… Boleh isi form di bawah untuk kami kumpulkan dalam 1 group 🤗

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeyh_IuqPraQqIpsOX2B36oljKh9NXw2J4DMJ6NlJxtkr2R2Q/viewform?usp=header

Info lanjut boleh hubungi:
*Kak Long Yuni*
wasap.my/60176027648/Pengajiankitab

*Kak Yang Eza*
wasap.my/60143959580/Pengajiankitab

Address

Surau Alhayy Putra Heights, Persiaran Putra Megah
Subang Jaya
47650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Alhayy Putra Heights posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share