05/09/2026
🌹 UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌹
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Karnival Maulidur Rasul & Merdeka 69 | 1448H/2026 Masjid Al Madaniah USJ18 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pihak Masjid Al Madaniah USJ18 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa, idea dan sokongan dalam menjayakan karnival ini.
❤️ MENCINTAI RASULULLAH SAW
Marilah kita jadikan sambutan Maulidur Rasul ini bukan sekadar sebuah program, tetapi sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita terus menghidupkan sunnah Baginda, mencontohi akhlak mulia Baginda dan memperbanyakkan selawat sebagai bukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
“Semoga cinta kepada Rasulullah SAW terus subur di hati, menjadi cahaya dalam kehidupan dan membawa kita bersama Baginda di akhirat kelak.”
🌟 Terima kasih khususnya kepada agensi dan pihak yang terlibat:
* 🏥 Pihak Hospital (SAAS)
* 🏦 Bank Islam
* 🕋 Tabung Haji
* 🕌 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
* Audiolab Hearing SS2
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada para jemaah, peserta, ibu bapa, anak-anak serta seluruh warga masyarakat yang hadir memeriahkan karnival ini. Kehadiran dan sokongan semua amat bermakna buat kami.
🌹 Penghargaan istimewa juga buat pihak Surau Nurul Ehsan, Sri Tanjung dan lajnah-lajnah Masjid Al-madaniah usj 18 yang telah banyak membantu, memberikan sokongan dan bersama-sama berganding bahu dalam memastikan kelancaran program ini. Jasa dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai.
Semoga segala usaha, sumbangan dan kebaikan yang diberikan oleh semua pihak dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT serta menjadi amal soleh yang berpanjangan.
Daripada:
Pengurusan Masjid Al Madaniah USJ18