Masjid Al-Irsyad, USJ1

Masjid Al-Irsyad, USJ1 No Tel Pejabat : 03 80215871
Email : [email protected]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته📢 PENDAFTARAN AHLI KARIAHMASJID AL IRSYAD USJ 1Pihak Pentadbiran Masjid menyeru kepada Ah...
11/08/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

📢 PENDAFTARAN AHLI KARIAH
MASJID AL IRSYAD USJ 1

Pihak Pentadbiran Masjid menyeru kepada Ahli Kariah yang masih belum mendaftar sebagai Ahli Kariah Masjid Al Irsyad agar berbuat demikian dengan mengisi Borang Pendaftaran Ahli Kariah yang boleh didapati di Pejabat Masjid.

Antara kelebihan menjadi Ahli Kariah:

📌 Badan Khairat Kematian
Secara langsung menjadi Ahli Badan Khairat Kematian Masjid Al Irsyad. Urusan pengendalian jenazah di Masjid Al Irsyad adalah PERCUMA.

📌 Penyertaan Aktiviti Masjid
Berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti masjid termasuk Mesyuarat Agung Tahunan.

📌 Menyokong Pengimarahan Masjid
Menjadi sebahagian daripada komuniti Ahli Kariah yang bersama-sama membantu mengimarahkan dan memakmurkan Masjid Al Irsyad.

Justeru, marilah kita mengambil peluang ini untuk mendaftar sebagai Ahli Kariah Masjid Al Irsyad.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ustaz Alif
📱 018-910 4818

Ustaz Izzul
📱 019-519 0144

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan sem

📢 HEBAHAN FORUM KHAS KEWANGAN ISLAMAssalamualaikum wbt..😃Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Al-Irsyad USJ 1 dengan kerja...
21/07/2026

📢 HEBAHAN FORUM KHAS KEWANGAN ISLAM

Assalamualaikum wbt..😃

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Al-Irsyad USJ 1 dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan USJ 9 akan menganjurkan Forum Khas Kewangan Islam yang membawakan tema:

"Dari Hijrah ke Barakah: Membudayakan Kewangan Islam dalam Kehidupan."

🗓 Tarikh: Khamis, 30 Julai 2026
🕰 Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Al-Irsyad USJ 1

🎙 Moderator:
Ust. Muhammad Syakir Fariduddin Shukran
(Eksekutif Sektor Syariah Bank Rakyat)

🎤 Panel Jemputan:
• Ust. Wan Mohd Shahrizan Mohamed Yatim
(Penolong Naib Presiden, Sektor Syariah Bank Rakyat)

• Ust. Farhan Akhnan Ibrahim
(Eksekutif Sektor Syariah Bank Rakyat)

Forum ini akan membincangkan kepentingan mengamalkan sistem kewangan Islam dalam kehidupan seharian, di samping memberi panduan ke arah pengurusan kewangan yang lebih berkat, patuh syariah dan diredai Allah SWT.

✨ Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga serta sahabat handai bagi memeriahkan majlis ilmu ini. Semoga kehadiran kita menjadi asbab bertambahnya kefahaman, keberkatan rezeki dan kekuatan dalam mengamalkan syariat Islam dalam aspek kewangan.

Jamuan makanan disediakan

“Menyuburkan Keberkatan Insan”





15/07/2026
🎳 PERTANDINGAN BOWLING PIALA NAZIR MASJID AL-IRSYAD USJ 1🎳Assalamualaikum & salam hormat ahli kariah Masjid Al-Irsyad US...
09/07/2026

🎳 PERTANDINGAN BOWLING PIALA NAZIR MASJID AL-IRSYAD USJ 1🎳

Assalamualaikum & salam hormat ahli kariah Masjid Al-Irsyad USJ 1! 👋

Dah lama tak berkumpul santai dengan jiran tetangga sambil beriadah? Ini masanya untuk kita eratkan silaturahim dan serlahkan bakat terpendam! Ayuh sertai Pertandingan Bowling Piala Nazir Masjid Al-Irsyad yang dianjurkan bersama MPP MBSJ Zon 4.

Jangan risau pasal "longkang", yang penting kita seronok-seronok dan sihatkan badan! 🎉

📅 Maklumat Pertandingan:
Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 2:00 PM
Tempat: Ampang Superbowl @ Summit USJ
Yuran Pendaftaran: RM 200 (Satu Kumpulan)

👥 Syarat & Kelebihan Penyertaan:
Komposisi Kumpulan: 1 kumpulan wajib dianggotai oleh 4 orang pemain.
👕 T-Shirt Disediakan
🎮 3 Set Permainan penuh aksi.
🍿 Makanan Ringan Disediakan.

Bayaran boleh dilakukan secara transfer ke akaun Masjid Al-Irsyad 562366116138 Maybank

⚠️ Nota Penting: Pertandingan ini terbuka khas untuk Ahli Kariah Sahaja. Slot adalah terhad, jadi siapa cepat, dia dapat!

📞 Jom Daftar Sekarang!
Dah ada 4 orang line-up mantap? Jangan tunggu lagi, terus isi google form (link di bawah) atau hubungi urus setia kami untuk lock slot kumpulan anda:
📱 010-4306021 (Ust Amirul)
📱 018-9104818 (Alif)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 24 JULAI 2026

Majukan sukan untuk kariah, jumpa anda di Ampang Superbowl! 🏆🔥

https://forms.gle/bjyj9g3s21A1QCk56

29/05/2026

Address

Jalan PERSIARAN SUBANG MEWAH, USJ 1
Subang Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Irsyad, USJ1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Irsyad, USJ1:

Shortcuts

Share

Category