Suku Serilemak Pahang Luak Ulu Muar

Suku Serilemak Pahang Luak Ulu Muar Dato' Baginda Maharaja (Haluan Sembah) - Dato' Lembaga

Untuk menghimpunkan semua waris-waris dan orang semenda, seadat dan seresam bagi berkongsi maklumat berkenaan perjalanan Adat Perpatih di bawah Lingkungan Dato' Baginda Maharaja.

Pemakluman Istiadat Menyandar Ke Bawah Kaus YAM Dato' Bendahara Setia Maharaja / Setia Maharaja Lela Pahlawan - Abd Khal...
09/07/2026

Pemakluman Istiadat Menyandar Ke Bawah Kaus YAM Dato' Bendahara Setia Maharaja / Setia Maharaja Lela Pahlawan - Abd Khalid bin Hj Ujang - Dato' Penghulu Luak Ulu Muar ke 14 ke telapak YM Mak Inchek bersuku Batu Belang berlembaga YM Dato' Senara Angsa

Tarikh : 11hb Julai 2026 @ Sabtu
Masa : 10pagi
Tempat : Kg Kuala Talang (berhampiran Masjid Tuan Tulis)

Istiadat Menyandar ini pelengkap kepada mana2 penyandang pesaka yg baru dilantik bg memaklumkan kpd penyandang2 pesaka dan waris2 pihak suku isteri yg mana si suami bak kata adatnya 'kecik bernama besar bergelar' jd ia tidak boleh lagi disuruh menjemput adat nikah kahwin, bertating dan lain2 serta disediakan tempatnya di dlm majlis diadakan.

Yang didahulukan selangkah
Yang ditinggikan seranting
Yang dilebihkan serambut
Yang dimuliakan sekuku

Kalau hidupnya sama dibela
Kalau matinya hendak sama dipelihara

Dimaklumkan telah berlangsung kerapatan pd hari ini utk membincangkan status Istiadat Kerjan Dato' Penghulu Luak Ulu Mua...
01/07/2026

Dimaklumkan telah berlangsung kerapatan pd hari ini utk membincangkan status Istiadat Kerjan Dato' Penghulu Luak Ulu Muar yg ke 14

Kerapatan berkebulatan utk meneruskan Istiadat Kerjan sebagaimana yg telah dirancang.

Seikat bak sirih
Serumpun bak serai
Seciap bak ayam
Sedecing bak besi
Malu tak boleh diagih
S**a tak boleh diinjak
Melompat sama parah
Menyerudup sama bongkok
Jalan sedundun
Selenggang seayun
Rundingan jangan selisih
Muafakat jangan bercanggah

30/06/2026

Salam kpd semua follower
Dimaklumkan posting sebelum ini kami delete dahulu kerana akur dengan titah yg disampaikan melalui surat Pengelola Bijaya Diraja bertarikh 29hb Jun 2026

Terima kasih atas respon dan harap maaf.

Sebarang perkembangan kami akan maklumkan kemudian.

Istiadat pemulangan pusaka Dato Penghulu Luak Ulu Muar drp Perut Pasir Panjang kpd Perut Gemetir Suku Biduanda Waris Lan...
07/04/2026

Istiadat pemulangan pusaka Dato Penghulu Luak Ulu Muar drp Perut Pasir Panjang kpd Perut Gemetir Suku Biduanda Waris Lantai Kulit

Tarikh : 07hb Apr 2026 @ Selasa
Masa : 10:00pagi

1. Telapak arwah Dato Muar - Dato Hj Mansor bin Yusof di Kg Ampang Serong, Tg Ipoh
- Buapak Suku Serilemak Minangkabau - Dato Maharaja Kaya Razali mengadap kpd Buapak Suku Biduanda Waris - Dato Maharaja Kaya Abd Aziz menyerahkan pusaka Dato Penghulu iaitu cop mohor, keris dan pedang cenangkas yg diletakan di atas semerit.
- Kemudian Dato Maharaja Kaya Abd Aziz mengadap p**a kpd Haluan Sembah, YM Dato Baginda Maharaja Hj Saleh bin Ahmad menyerahkan peralatan pusaka tsb yg mana Dato Baginda Maharaja selaku Orang Besar Luak yg diamanahkan utk menjaga pusaka Dato Penghulu Luak.
- Dato Baginda Maharaja menyampaikan ucapan terima kasih kpd penyandang pesaka drp Suku Serilemak Minangkabau iaitu Dato Lembaga YM Dato Orang Kaya Muda Abu Aziz, Buapak, Besar Waris, Ibu Soko, anak2buah dan waris2 kpd arwah Dato Muar kerana membantu perjalanan adat perpatih di Luak Ulu Muar semasa hayat Dato Muar - Dato Hj Mansor.
- YM Dato Orang Kaya Muda Abu Aziz p**a memberikan ucapan balas kpd semua penyandang pesaka yg sentiasa hadir menyokong adat istiadat yg dijalankan di Balai Penghulu khasnya dan di telapak Suku Serilemak Minangkabau amnya.
- Majlis diikuti dgn bacaan tahlil kpd arwah Dato Muar dan Mak Enchik yg dipimpin oleh Tn Imam drp Masjid Kg Ibol.

2. Balai Penghulu yg baru diisytiharkan di Kg Kuala Talang
- Lamat 2 das menandakan kesampaian Haluan Sembah bersama Dato2 Lembaga, para Buapak dan Besar Waris membawa pusaka Dato Penghulu Luak
- Kesampaian disambut oleh penyandang pesaka drp Suku Batu Belang iaitu Buapak Dato Paduka Menti Zainal bin Mokhtar. Telapak ini secara rasmi menjadi balai penghulu yg baru.
- Setelah semua mengambil tempat, Dato Paduka Menti mengadap Ke Bawah Kaus Dato Penghulu bersama Mak Enchik mempersilakan hadir ke hadapan serambi utk menerima istiadat penyerahkan pusaka Dato Penghulu Luak.
- Dato Paduka Menti mengadap kpd Haluan Sembah, YM Dato Baginda Maharaja memaklumkan utk memulakan adat istiadat.
- YM Dato Baginda Maharaja Hj Saleh mengadap kpd Ke Bawah Kaus menyampaikan kesemua peralatan pusaka Dato Penghulu Luak.
- Setelah selesai Ke Bawah Kaus menghunus keris pusaka dan mengucup menandakan kerelaan utk menerima tugas sebagai Dato Penghulu dan akan mempertahankan Luak dan adat perpatih drp segala anasir2 yg cuba menganggu-gugat.
- Majlis seterusnya mempersilakan Ke Bawah Kaus Dato Penghulu utk menyampaikan ucapan.
- Majlis mempersilakan Dato Maharaja Kaya Abd Aziz selaku imam Masjid Tn Tulis utk memimpin bacaan doa selamat dan kesyukuran di atas pengisytiharan Dato Penghulu Luak Ulu Muar yg baru.
- Seterusnya dijemput anakbuah bernama Tn Yunus yg mahir dlm persenjataan utk memberikan penerangan peralatan pusaka Dato Penghulu iaitu pedang cenangkas yg diwarisi turun temurun drp Dato Penghulu yg dulu.
- Majlis memberi peluang kpd penyandang2 pesaka yg hadir utk merafak sembah kpd Dato Penghulu yg baru.
- Akhir sekali Ke Bawah Kaus mempersilakan semua yg hadir utk menerima jamuan yg telah disediakan.

Salam takziah kpd keluarga Ke Bawah Kaus YM Dato Penghulu Luak Ulu Muar
01/03/2026

Salam takziah kpd keluarga Ke Bawah Kaus YM Dato Penghulu Luak Ulu Muar

Sempena sambutan Hari Keputeraan ke - 78 DYMM Yang Dipertuan Besar N.S, Luak Ulu Muar telah melancarkan  Program Jelajah...
06/02/2026

Sempena sambutan Hari Keputeraan ke - 78 DYMM Yang Dipertuan Besar N.S, Luak Ulu Muar telah melancarkan Program Jelajah Keilmuan & Ziarah Pusaka 2026

Tarikh : 31hb Jan 2026 @ Sabtu
Tempat : Homestay Pusaka Bonda - Kg Kuala Talang, Tg Ipoh

Kehadiran -
DYMM Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
DYMM Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud
Anakanda YTM Tunku Besar Seri Menanti - Tunku Ali Redhauddin

Program bermula dgn pelepasan peserta berbasikal di perkarangan Masjid Kg Parit diketuai oleh Tunku Ali Redhauddin menuju ke check point :
1. Gerai Cendol di Perhentian Bas Kuala Pilah
2. Kolej Yayasan Negeri Sembilan
3. Telapak Dato Muar Bongkok di Kg Parit Seberang
4. Masjid lama Kg Kuala Serdang
5. Masjid Tn Tulis di Kg Kuala Talang
- di setiap check point sedikit penerangan perjalanan sejarah diberikan oleh setiap wakil
- di Masjid Tn Tulis rombongan di bawa melawat perigi Tn Tulis yg masih digunakan, perusahaan madu kelulot oleh Dato Membesar Mohd Shah, ziarah makam Tn Tulis dan akhirnya sessi mengacau penganan bersama penduduk sekitar.

Di Homestay Pusaka Bonda kesampian Tuanku dan Tunku Ampuan disambut secara beradat diketuai oleh YM Dato Penghulu Luak Ulu Muar bersama YM Dato Penghulu Luak Terachi, Luak Gunung Pasir, Luak Jempol dan Luak Inas. Keramaian juga dibarisi oleh YM Dato-Dato Lembaga bersama Cik Puan, Buapak, Besar Waris, Ibu Soko, anakbuah, waris soko, orang semenda nan seadat dan seresam.
Turut menyerikan majlis YB Adun Seri Menanti - Ustaz Muhd Sofian dan YB Adun Pilah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Noorzunita Begum

Majlis bermula dgn kesampaian kump**an berbasikal disambut oleh Kebawah Duli Tuanku dan Tunku Ampuan seterusnya mengalungkan medal kpd anakanda YTM Tunku Besar Seri Menanti - Tunku Ali Redhauddin

Tuanku berdua turut menyambut ketibaan kump**an basikal klasik. Selepas itu Tuanku berdua dibawa melawat kawasan sekitar Homestay Pusaka Bonda.

Majlis diteruskan dgn penyampaian cenderamata dan buahtangan drp setiap suku di Luak Ulu Muar kpd Kebawah Duli Tuanku dan Tunku Ampuan.

Akhirnya Kebawah Duli Tuanku dan Tunku Ampuan bersama anakanda YTM Tunku Besar Seri Menanti diraikan dgn santapan Di Raja kulinari tradisi Luak Ulu Muar. Suasana diserikan dgn alunan muzik tradisi Cak Lempong.

Address

Jalan Seremban
Sri Menanti
71500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suku Serilemak Pahang Luak Ulu Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share