12/09/2026
SOALAN : Adakah merawat melalui ruqyah menafikan peranan doktor dalam
rawatan penyakit?
JAWAPAN : Berhubung dengan ikhtiar rawatan penyakit melalui kaedah terapi ruqyah, adakah bermaskud bahawa menafikan peranan doktor dalam rawatan penyakit? Dalam isu berkaitan dengan peranan doktor perubatan di hospital dan klinik, rawatan melalui terapi ruqyah adalah sebagai salah satu bentuk ikhtiar rawatan sepertimana mendapatkan rawatan daripada seorang doktor. Tidak wujud soal menafikan peranan doktor dalam konteks usaha untuk mencari penawar bagi sesuatu penyakit.
Hal ini boleh dirujuk kepada beberapa hadith yang menyatakan bahawa Allah tidak
menurunkan sesuatu penyakit, melainkan bersamanya ubat. Ini bermakna Nabi
SAW memberikan galakkan dan sarankan agar berikhtiar mencari ubat apabila
sakit atau ditimpa sesuatu penyakit. Cuma, ia memerlukan usaha, kegigihan serta
kesabaran yang tinggi untuk mencari dan mendapatkan penawar yang sesuai
dengan penyakit tersebut.
Daripada Abi Hurayrah RA, daripada Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidaklah Allah SWT menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan baginya ubat (kesembuhan).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Manakala dalam riwayat Usamah bin Syarik RA berkata, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: "Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah SWT tidak menciptakan penyakit kecuali diciptakan juga bersamanya ubat, melainkan satu penyakit sahaja iaitu penyakit tua." (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Diriwayatkan dari Abi Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah, dan janganlah kamu berubat dengan benda yang diharamkan.” (Hadith riwayat Abu Dawud)
Daripada Jabir RA, daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila sesuatu ubat dapat mengubati sesuatu penyakit, maka ia sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.” (Hadith Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW menggalakkan umat baginda untuk berikhtiar mencari ubat, namun cara dan pendekatan berikhtiar tersebut adalah bergantung kepada kepandaian dan
kepintaran masing-masing. Perkara utama yang diberi penekanan adalah tidak mencampurkan antara hak dengan batil yakni tidak berubat dengan menggunakan bahan ubatan yang diharamkan seperti najis, arak dan sebagainya. Apa yang penting dan utama adalah ketika berusaha mencari ikhtiar rawatan, pastikan mengikuti syariat Islam.
Kemudian dalam berubat p**a, keyakinan tentang kesembuhan p**a adalah
hanya milik Allah SWT sahaja. Hal ini kerana apa jua pekerjaan yang dilakukan,
niat adalah perkara utama yang ditekankan. Dengan niat yang baik, akan
menentukan hala tuju sesuatu amalan itu sama ada diterima atau ditolak. Oleh itu,
ketika berikhtiar mencari ubat, letakkan keyakinan bahawa hanya Allah yang
Maha Penyembuh penyakit, lainya adalah sekadar ikhtiar dan usaha manusia
sahaja.
Dari itu, jelas menunjukkan bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang mampu untuk memberikan nilai kesembuhan penyakit jasmani dan rohani manusia. Bahkan, bukan sekadar ayat-ayat tertentu sahaja, tetapi keseluruhan al-Quran itu mendatangkan petunjuk dan hidayah kepada semua manusia. Kemudian, melalui panduan hadis Nabi SAW, baginda sangat menggalakkan orang yang sakit supaya berikhtiar mencari ubat dan penawar sesuatu penyakit. Pendekatan rawatan melalui penggunaan ruqyah daripada al-Quran adalah salah satu pendekatan yang boleh diamalkan dan bertepatan dengan keterangan al-Quran dan penjelasan daripada Nabi SAW.
Salinan : Artikel ini adalah hasil penyelidikan di bawah geran UMRG yang berjudul “Pusat-Pusat Rawatan Alternatif Islam Berteraskan al-Quran dan al-Sunnah: Kajian di Malaysia” yang bernombor: RG419-12HNE dan dibentangkan dalam The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV) pada 14-15 April 2014 bertempat di Centre of Quranic Research (CQR), Wisma R&D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Rawatan ruqyah patuh syarak tidak menghalang pesakit daripada meneruskan rawatan dengan pakar atau doktor dihospital, malahan menggalakkan gabungan kedua-dua kaedah rawatan agar saling lengkap dan melengkapi kerana yang memberi kesembuhan tetap Allah SWT!