05/09/2026
إِِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Maksudnya : “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah.”
Menerima khabar duka atas pemergian salah seorang guru kesayangan kita iaitu Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim B. Din ke rahmatullah sekitar jam 11:55pm (23 R.Awwal 1448h / 5 September 2026) sebentar tadi di Hospital Shah Alam.
Mari bersama hadiahkan surah Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham Ustaz Halim Din dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. 🤲
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia."
وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
Maksudnya: "Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran."
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قُبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجِنَانِ، وَلَا تَجْعَلْ قُبْرَهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِّيْرَانِ
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman-taman syurgaMu.”
Semoga ahli keluarga Al-marhum Ustaz terus tabah. Mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT
بسر أسرار الفاتحة