Masjid Sultan Idris Shah II Slim River Masjid Daerah Muallim

Masjid Sultan Idris Shah II Slim River Masjid Daerah Muallim Masjid Daerah Muallim

Kuliah sebelum solat Jumaat telah disampaikan oleh Al-Fadhil Dr. Naim dengan tajuk “Kelebihan Membaca Al-Quran dalam Bul...
06/03/2026

Kuliah sebelum solat Jumaat telah disampaikan oleh Al-Fadhil Dr. Naim dengan tajuk “Kelebihan Membaca Al-Quran dalam Bulan Ramadan”.

Antara isi penting yang dikongsikan ialah:

1️⃣ Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan
Allah SWT berfirman:

> شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ
Maksudnya: “Bulan Ramadan ialah bulan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

2️⃣ Setiap huruf Al-Quran digandakan pahala
Sabda Rasulullah SAW:

> مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا
Maksudnya: “Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan digandakan menjadi sepuluh.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

3️⃣ Ramadan adalah bulan Al-Quran
Nabi SAW akan bertadarus Al-Quran bersama Malaikat Jibril setiap Ramadan.

Daripada Ibn Abbas RA:

> كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ أَجْوَدَ النَّاسِ... وَكَانَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ فِي كُلِّ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah manusia paling pemurah… dan Jibril datang bertemu Baginda pada setiap Ramadan lalu bertadarus Al-Quran bersama Baginda.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

4️⃣ Al-Quran memberi syafaat di hari akhirat
Sabda Nabi SAW:

> اقْرَؤُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
Maksudnya: “Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada orang yang membacanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk memperbanyakkan membaca, mentadabbur dan mengamalkan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. 🤲📖✨

“Kempen Penggunaan Plastik Sekali Guna telah disampaikan oleh Puan Habibah, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perak. Slot p...
06/03/2026

“Kempen Penggunaan Plastik Sekali Guna telah disampaikan oleh Puan Habibah, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perak.

Slot penerangan ini berlangsung selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari hingga 1.00 tengah hari. Mudah-mudahan segala perkongsian yang telah disampaikan dapat memberi manfaat, menambah kesedaran serta mendorong kita untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dalam kehidupan seharian.”

Alhamdulillah, suasana berbuka puasa  sangat meriah dengan kehadiran orang ramai yang bersama-sama menikmati juadah berb...
05/03/2026

Alhamdulillah, suasana berbuka puasa sangat meriah dengan kehadiran orang ramai yang bersama-sama menikmati juadah berbuka. Penuh dengan ukhuwah, senyuman dan keberkatan Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda:

"مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا"

Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Semoga Allah SWT meluaskan rezeki, memberkati harta dan mengganjari pahala yang berlipat ganda kepada semua yang berinfaq serta menyumbang untuk menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.

Mudah-mudahan setiap kebaikan yang dilakukan menjadi asbab rahmat, keampunan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

اللهم تقبل منا ومنكم صالح الأعمال

Jom 😍
28/02/2026

Jom 😍

CERAMAH KEMPEN HINDARI PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNADAN PENGASINGAN BARANGAN KITAR SEMULA(Bersempena Penjagaan Kebersih...
23/02/2026

CERAMAH KEMPEN HINDARI PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA
DAN PENGASINGAN BARANGAN KITAR SEMULA

(Bersempena Penjagaan Kebersihan Persekitaran Masjid)

📅 Tarikh: 3 Mac 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 6.30 petang – 7.00 malam
(Slot menunggu waktu berbuka puasa – 30 minit)
📍 Tempat: Masjid Sultan Idris Shah II,
Slim River, Perak

Semua Dijemput Hadir 😍

Suasana Solat Terawih malam ini di Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River, Masjid Daerah Muallim.Hati tenang, jiwa ters...
18/02/2026

Suasana Solat Terawih malam ini di Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River, Masjid Daerah Muallim.

Hati tenang, jiwa tersentuh, saf-saf terisi dengan hamba-hamba Allah yang mengharapkan rahmat dan keampunan-Nya.

Semoga setiap langkah ke masjid, setiap rakaat yang didirikan, dan setiap doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT.

PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN KITAR SEMULA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 2026Tarikh: Ahad, 8 Februari 2026Masa:...
08/02/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN KITAR SEMULA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 2026

Tarikh: Ahad, 8 Februari 2026
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River, Perak

Perasmian:

YDH Toh Paduka Setia Dato’ Dr. Ir. Safry Kamal bin Haji Ahmad
Orang Besar Jajahan Muallim

Anjuran:

Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River bersama Puan Habibah binti Yaakob,
Ahli Majlis MAIPk (Bahagian Kelestarian Alam, Kitar Semula, Inovasi,
Gaya Hidup Sihat dan Komuniti Masyarakat)
Kehadiran

Program ini telah disertai oleh ahli qariah serta cikgu-cikgu pembimbing dan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Slim River, Ahli Jawatankuasa Masjid serta penduduk setempat dengan anggaran kehadiran seramai 80 orang.

Tentatif / Aktiviti Program

Taklimat kebersihan serta amalan kitar semula (3R).
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan persekitaran.
Pelaksanaan beberapa inisiatif pemerkasaan Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan secara tersusun dan berterusan.

Penutup

Program ini telah berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kebersihan, amalan kitar semula serta mengeratkan ukhuwah antara pihak masjid, institusi pendidikan dan komuniti setempat dalam menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak.

Jom malam ni 😍
02/02/2026

Jom malam ni 😍

Dengan segala hormatnya, seluruh Ahli Kariah Masjid Sultan Idris Shah II Slim River yang berumur 18 tahun ke atas dijemp...
29/01/2026

Dengan segala hormatnya, seluruh Ahli Kariah Masjid Sultan Idris Shah II Slim River yang berumur 18 tahun ke atas dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-7 ini bagi bersama-sama menyumbang pandangan dan memperkukuh pengurusan masjid.

Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River, PerakKhamis | 29 Januari 2026Satu taklimat dan perbincangan telah diadakan berk...
29/01/2026

Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River, Perak
Khamis | 29 Januari 2026
Satu taklimat dan perbincangan telah diadakan berkaitan Kebersihan Persekitaran, Amalan Kitar Semula (3R), Gaya Hidup Sihat serta Kempen No Plastic Beg.

Taklimat ini telah disampaikan oleh YBrs. Puan Habibah binti Yaakob,
Ahli Majlis, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk),
bersama Timbalan Pengerusi Masjid, Haji Mohd Junid bin Haji Anuar, serta Ahli Jawatankuasa Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River.

Turut hadir dan terlibat dalam perbincangan ialah:
Encik Azizul – Timbalan Setiausaha
Encik Rozali – Bendahari

Selain taklimat, sesi perbincangan turut memfokuskan kepada perancangan beberapa aktiviti kebersihan dan keceriaan masjid sempena Sambutan Bulan Ramadan Al-Mubarak, bagi mewujudkan persekitaran masjid yang bersih, sihat, lestari serta mesra alam.

Semoga usaha ini menjadi asbab meningkatnya kesedaran jemaah terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan, alam sekitar dan memakmurkan masjid.

Semua Muslimin Dan Mulimay dijemput Hadir 😍
14/01/2026

Semua Muslimin Dan Mulimay dijemput Hadir 😍

Address

Jalan Besar
Slim River
35800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sultan Idris Shah II Slim River Masjid Daerah Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share