Ahbabul Anwar

Ahbabul Anwar bacaan maulid
alunan Qasidah

12/11/2022
13/09/2022

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Ya Allah limpahkan selawat kepada junjungan Muhammad

undangan qasidah ke majlis walimatul urus..dewan muafakat Permas jaya . semoga Allah merahmati kalian semua.. selamat me...
05/03/2022

undangan qasidah ke majlis walimatul urus..dewan muafakat Permas jaya . semoga Allah merahmati kalian semua..

selamat menempuh alam rumah tangga..

selawat dan Salam buatmu Rasulullah

29/01/2021

CARA UNTUK MENJADI HAMBA YANG SUKSES

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ، الحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ اْلعٰالَمِيْنَ ، اللَّهُمَ صَل ِعَلَى سَيدِنـَا مُحَمَّدٍ الفاتـِح ِلِمَا أُغلِقَ وَالخاتمِ لِمَا سبقَ نَاصِرِالْحَقِ بِالْحَق ِوَالهـَادِي إلىَ صِراطِكَ المُسْتَـَقـِيم وَعَلىَ آلِه حَقَّ قـَدْرِه وَمِقـْدَارِهِ العـَظـِيم

‏قال الإمام الحسن البصري رحمه الله تعالى: " تنقــــــوا الإخـــــوان ، والأصحاب ، والمجـالس ، وأحبـــوا هونا وأبغضوا هونا، فقد أفرط أقوام في حب أقوام فهلكوا, وأفرط أقوام في بغض أقوام فهلكوا، إن رأيت دون أخيك ستراً فلا تكشفه."
- كشف الخفاء (صـ٦٩)
Al Imam Hasan Al Bashri berkata: “Saringlah orang-orang yang ingin kamu jadikan saudara, sahabat dan majlis-majils (ilmu dan perkumpulan yang ingin kamu hadiri), cintailah sekadarnya (jangan berlebih-lebihan) dan bencilah sekadarnya, sungguh satu kaum telah binasa kerana berlebih-lebihan dalam mencintai satu kaum, dan satu kaum telah binasa kerana berlebih-lebihan dalam membenci satu kaum. Jika engkau melihat (aib) saudaramu telah tertutup, maka janganlah kamu buka.” - Sumber: (KASYFUL KHOFA' Hal: 69)

Teman sangat berpengaruh dalam kehidupan kita, oleh kerana itu pilihlah teman yang soleh yang dapat membawa dan mengingatkanmu kepada Allah ﷻ. Begitu juga dengan majlis-majils, pilihlah majlis-majils yang mengajarkan hamba untuk berpegang teguh pada kitab dan sunnah, mengikuti jejak salafus soleh, mengajarkan untuk cinta pada Rasulullah ﷺ dan ahli baitnya serta cinta pada para awliya dan ulama, mengajak untuk berbuat taat dan mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.

Perbanyak zikir dan solawat agar engkau selalu dalam lindungan dan perhatian Allah ﷻ.

10/05/2020

IBLIS ITU SANGAT ALIM..

Jika engkau bertanya tentang Al-Qur'an kpd iblis, maka iblis akan menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tau dengan jelas sekali bila ayat itu turun dari langit...

jika engkau bertanya tentang ilmu hadis kepada iblis, maka iblis akan sangat pandai menjelaskannya, kerana iblis tau asbabul wurud dari hadis...

jika engkau bertanya tentang cerita para nabi, iblis akan dengan tepat menceritakannya kerana iblis sudah ada sejak nabi adam masih berada dalam syurga...

iblis ahli alqur'an...
iblis ahli hadis....
iblis ahli riwayat..
iblis alim/pandai dalam segala ilmu...
tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat...

"AKU LEBIH BAIK DARI SIAPAPUN"

Semoga sedikit ilmu yg dititipkan Allah Subhana Wa Ta'alla dihati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan...

YANG AKU TAKUT

Yang aku takut...
hatiku kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

Yang aku takut...
aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.

Yang aku takut...
egoku terlalu tinggi, hingga
merasa paling baik di antara yang lain.

Yang aku takut...
aku lupa bercermin, namun
sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang aku takut...
ilmuku akan membuatku
menjadi sombong, memandang yang lain berbeza denganku.

Yang aku takut...
lidahku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aibku yang menggunung dan tak sanggup kubenahi.

Yang aku takut...
aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam berbuat.

Yang aku takut...
aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam mengkoreksi diri sendiri.

Yang aku takut...
aku membenci dosa orang lain, namun saat aku sendiri buat dosa aku enggan membencinya.

Kiranya Allah Subhana Wa Ta'alla senantiasa menyedarkanku sehingga lebih rajin dan sibuk mengurus diri daripada mengurusi orang lain yang belum tentu perilaku dan tutur katanya lebih baik dari diriku...


Address

Skudai
81300

Telephone

+60126272749

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahbabul Anwar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Ahbabul Anwar:

Share