Masjid An-Nasriyah

Masjid An-Nasriyah Official Page for Masjid An-Nasriyah Sitiawan
--------------------------
Laman Rasmi Masjid An-Nasriyah Sitiawan

TARIKH : 13 MAC 2026 / 23 RAMADHAN 1447HPihak masjid telah menerima 150 bekas bubur lambuk dari Universiti Kuala Lumpur ...
14/03/2026

TARIKH : 13 MAC 2026 / 23 RAMADHAN 1447H

Pihak masjid telah menerima 150 bekas bubur lambuk dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kampus Lumut untuk diagihkan kepada ahli kariah Masjid An-Nasriyah. Terima kasih atas sumbangan ini dan semoga memberi manfaat kepada semua penerima.

Assalamualaikum wbt Dengan segala hormat dan takzim JK Masjid An-Nasriyah, Sitiawan (MANAS) menjemput Tn/Pn Ahli Kariah ...
12/03/2026

Assalamualaikum wbt
Dengan segala hormat dan takzim JK Masjid An-Nasriyah, Sitiawan (MANAS) menjemput Tn/Pn Ahli Kariah ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali ke8. Semoga kehadiran Tn/Pn dpt mengimarahkan lagi pengurusan Masjid. Jazakallahu khair

Pecutan 10 Ramadhan terakhir di Masjid An-Nasriyah
12/03/2026

Pecutan 10 Ramadhan terakhir di Masjid An-Nasriyah

18/02/2026
KULIAH DHUHA MUSLIMATTARIKH : 14 FEBRUARI 2026 / 26 SYAABAN 1447HKuliah Dhuha Muslimat yang dianjurkan oleh Biro Muslima...
15/02/2026

KULIAH DHUHA MUSLIMAT
TARIKH : 14 FEBRUARI 2026 / 26 SYAABAN 1447H

Kuliah Dhuha Muslimat yang dianjurkan oleh Biro Muslimat dan Pembangunan Keluarga, Masjid An-Nasriyah telah berjaya dilaksanakan di Ruang Solat Utama masjid. Lebih 500 pengunjung dianggarkan hadir memenuhi jemputan untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Y.Bhg. AFH. Ustazah Muzayyanah bt Abdullah dan mengunjungi gerai-gerai pameran dan jualan yang disediakan.

Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung yang menyediakan khidmat Pemeriksaan Kesihatan kepada pengunjung yang berminat, juga kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Manjung yang membuka tapak Jualan Rahmah Madani dengan harga jualan yang sangat murah. Program ini juga menerima permintaan dari peniaga-peniaga kecil untuk mengadakan jualan produk masing-masing di perkarangan masjid.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir, yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Address

Masjid An-Nasriyah, Jalan Raja Omar, Simpang Empat
Sitiawan
32000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An-Nasriyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid An-Nasriyah:

Share

Category