Surau Diri Jumaat Al-Amaliah Bandar Baru Setia Awan Perdana

Surau Diri Jumaat Al-Amaliah Bandar Baru Setia Awan Perdana Surau Diri Jumaat Al-Amaliah adalah terletak di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Residen 1

07 Ogos 2024 - Alhamdulillah, Pintu gate tapak kubur selesai di pasang.
07/08/2024

07 Ogos 2024 - Alhamdulillah, Pintu gate tapak kubur selesai di pasang.

‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُJadual Pengajian & Kuliah Maghrib bagi bulan Ogos 2024Muslimin &...
07/08/2024

‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jadual Pengajian & Kuliah Maghrib bagi bulan Ogos 2024
Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

Gotong Royong Pembinaan stor di tapak kubur yang di jalankan dari 07 Jun 2024.Terima Kasih diucapkan kepada semua yang t...
07/08/2024

Gotong Royong Pembinaan stor di tapak kubur yang di jalankan dari 07 Jun 2024.
Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga mendapat ganjaran dari Allah SWT.

30 July 2024 - Projek Pagar di Tapak Kubur BBSAP
07/08/2024

30 July 2024 - Projek Pagar di Tapak Kubur BBSAP

Tarikh : 06 Ogos 2024
07/08/2024

Tarikh : 06 Ogos 2024

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSDJ Amaliah - Bandar Baru Setia Awan Perdana dalam usaha mengumpul ...
07/08/2024

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SDJ Amaliah - Bandar Baru Setia Awan Perdana dalam usaha mengumpul dana untuk meneruskan projek kemudahan asas di Tapak Kubur BBSAP.

Justeru, sumbangan dari anda semua amat di alukan dan semoga mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Berikut adalah butiran akaun bank Surau :-
Bank : Maybank
No Akaun : 5581 6353 4461
Nama Akaun : SURAU DIRI JUMAAT AMALIAH
Sila catat Infak atau wakaf atau tapak kubur sebagai rujukan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi seperti berikut :-
📞 012 511 3356 - En Nor Azman (Pengerusi SDJ Amaliah)
📞 017 640 5720 - En Zulshahran @ Imam Zul (Ketua BIRO Khairat)

Terima Kasih

Majlis penyediaan dan pengagihan bubur lambuk di perkarangan SDJ Amaliah. Sesi agihan bermula sekarang. Dialu alukan sem...
30/03/2024

Majlis penyediaan dan pengagihan bubur lambuk di perkarangan SDJ Amaliah. Sesi agihan bermula sekarang. Dialu alukan semua untuk datang dan ambil.

Rezeki dikongsi bersama..In Sha Allah..Amiin.

01/11/2023

Sepetah & sehebat mana kita berbicara,ingatlah bahawa setiap apa yang kita bicara akan dibicarakan kelak di tempat perbicaraan (Mahsyar)

29/10/2023

Nak balik ke akhirat,
ilmu fardhu Ain kena cukup

19/09/2023
09/09/2023

Dunia harini bukan bertambah baik. Orang Islam dah Tak peduli agama mereka dan amalan. Anak2 remaja dan pemuda menjauhkan diri dari masjid. Ibubapa sibuk kejar dunia dan bertungkus lumus cari keperluan hidup. Solat fardhu 5 waktu anak2 yg dah akil baligh Tak ambil berat.

Orang laki solatnya di masjid surau 5 waktu berjamaah ikut Sunnah ke kasih hati kita Nabi Muhammad SAW. Akhirat esok kita kata nak jumpa Nabi SAW. Tapi kita Tak datang solat berjamaah. Anak2 Tak dilatih kasih kpd rumah Allah. Esok bila kita mati anak2 akan hanyut. Tak tunggu kita mati pun kita dah mula rasa susah dan sedih dgn perangai anak2. Isteri kita dah mula mengalirkan air mata. Cepatlah berubah dan bertindak.

7 tahun usia ibubapa wajib suruh solat dan latih solat berjamaah di surau masjid. 10 tahun abaikan solat maka dirotan. Ini metode Sunnah dalam bentuk psikologi anak2 dan ambil berat mrk terhadap Islam.. Jika tidak kita ikut metode Nabi ini kita akan hadapi banyak Masalah untuk bentuk anak2. Banyak Wang dan tenaga habis serta anak akan kuat memberontak.

Dalam Islam tiada Solat berjamaah di rumah bagi org lelaki yg sihat kuat dan tiada uzur dan sebab. Esok akhirat lelaki yg solat di rumah akan disoal di akhirat. Dia kena jawab kpd Allah. Segala nikmat dan kesenagan hidup Allah dah beri Tetapi bila Allah panggil 5 kali sehari solat di rumah-Nya Tetapi kita Tak datang.

DIA nak bagi anugerah RAHMAT dan kasih sayang kpd kita sebagai bekal mencari krbahagian dan keberkatan hidup Tetapi kita abaikan panggilanNya. Pelbagai alasan kita cipta.

Allah yg bagi bahagia. Nak bahagia kena ikut cara Allah. Jangan ikut cara kita sebab kita makhluk yg lemah dan sentiasa berhajat kpd Allah dan rahmatNya.

Jom lawan syaitan yg selalu bisik macam2 agar kita Tak solat berjamaah. Kita Tak bawa anak2 solat berjamaah. Takkan kita Tak nak anak2 yg bila besar nanti depa jaga masjid surau dan jaga Islam. Sejuk hati kita bila tua nanti anak2 reti berbaki kpd agama dan ibubapa

Saya dah jumpa ramai org yg menangis krn anak dah Tak peduli kpd mrk sewaktu mrk sakit atau tua. Mrk ditinggalkan sendirian. Anak2 ditatang di sara sepenuh jiwa raga malangnya ibubapa itu terlupa bahawa yg boleh menjamin anak kita menjadi anak soleh adalah Iman, takutkan Allah, takut dosa maksiat, dan ajaran amalan agama yg kita berikan kpd mrk. Sejauh mana kita ambil berat agama anak2 maka Sejauh itulah Allah akan jaga mrk utk kita..

Si anak yg membuat ibubapanya bahagia akan dicintai Allah. Sebaliknya jika dia derhaka dan menyakiti ibubapa maka atas dunia lagi Allah azab dia dan dihisab dan diazab dgn keras di akhirat.

Pergilah solat 5 waktu berjamaah dgn ikhlas. Buanglah semua balasan. Kita pun tahu kita boleh. Jangan bagi syaitan menang. Jangan bagi iblis bangga. Bawa semua anak lelaki dan perintah kan mrk solat berjamaah. Mrk wajib taat ibubapa. Kita patahkanlah segala alasan dan putuskanlah belitan syaitan. Insya-Allah selepas itu kita akan dapat ketenangan luar biasa dlm kehidupan. Sentiasa ada jalan keluar dari segala kesulitan. Pasti dapat pedoman yg indah-indah.

Kita sendiri buat pilihan samada untuk bahagia atau sebaliknya.

Cepat2lah buat keputusan untuk jaga solat berjemaah supaya kita dapat keluarga sakinah. Yg dah terlepas tak boleh buat apa. Yg mendatang kita betulkan dan bentuk semula.

- Warkah Kasih Sayang Dari Masjid At-Taiyibin Chemor

Address

Sitiawan
32000

Telephone

+60169707491

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Diri Jumaat Al-Amaliah Bandar Baru Setia Awan Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Diri Jumaat Al-Amaliah Bandar Baru Setia Awan Perdana:

Share

Category