SK Sindumin, Sipitang / TVPSS SKS

SK Sindumin, Sipitang / TVPSS SKS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Sindumin, Sipitang / TVPSS SKS, SK Sindumin, Sipitang.

✨SELAMAT HARI GURU✨Seorang guru mungkin tidak mampu memberi kemewahan kepada anak didiknya, tetapi seorang guru sentiasa...
17/05/2026

✨SELAMAT HARI GURU✨

Seorang guru mungkin tidak mampu memberi kemewahan kepada anak didiknya, tetapi seorang guru sentiasa berusaha memberikan ilmu, didikan dan harapan agar mereka mampu mencipta kejayaan sendiri pada masa hadapan.

Setiap teguran adalah kasih sayang, setiap nasihat adalah doa, dan setiap pengorbanan seorang guru adalah demi melihat anak-anak didiknya berjaya menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berguna kepada agama, bangsa serta negara.

“Guru Bitara, Nadi Negara” — kerana dari tangan seorang guru lahirnya generasi pewaris masa depan. ✨

Ikhlas: Warga SK Sindumin

Petah KPM: Public Speaking Primary School Sipitang 2026Tarikh: 12 Mei 2026Tempat: Dalam TalianTahniah diucapkan kepada L...
14/05/2026

Petah KPM: Public Speaking Primary School Sipitang 2026

Tarikh: 12 Mei 2026
Tempat: Dalam Talian

Tahniah diucapkan kepada Lirrai Talitha Tomson kerana mendapat Johan dalam Pertandingan Public Speaking daerah Sipitang pada tahun ini🏆

Adik Lirrai seterusnya akan bertanding mewakili daerah Sipitang dalam peringkat Negeri Sabah. Teruskan perjuangan 💪🏻

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sipitang 12TKB 2026.📅 14 Mei 2026📍 SK Padang BerempahPencapaian: Tempat ke 7-8Jutaan terima ...
14/05/2026

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sipitang 12TKB 2026.

📅 14 Mei 2026
📍 SK Padang Berempah

Pencapaian: Tempat ke 7-8
Jutaan terima kasih dan tahniah kepada barisan jurulatih dan pemain- pemain yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat tidak kenal erti mengaku kalah pada kejohanan ini

Semoga dengan penyertaan ini akan dapat melahirkan bakat -bakat baru dan kembali dengan pencapaian yang lebih baik tahun hadapan.

♟️KEJOHANAN CATUR SEKOLAH RENDAH MSSD SIPITANG 2026 ♟️Tarikh: 13 hingga 14 April 2026Tempat: SK Lubok DaratSyabas dan ta...
17/04/2026

♟️KEJOHANAN CATUR SEKOLAH RENDAH MSSD SIPITANG 2026 ♟️

Tarikh: 13 hingga 14 April 2026
Tempat: SK Lubok Darat

Syabas dan tahniah kepada pasukan catur SK Sindumin dalam Kejohanan Catur Sekolah Rendah MSSD Sipitang 2026. Komitmen, fokus dan semangat tidak mengalah yang ditunjukkan amat membanggakan!

Keputusan:

Jumlah Pungutan Mata Individu:
1. Micah Jotham – 4 mata
2. Syahir Izzuan – 2.5 mata
3. Aiveen Lee – 2.5 mata
4. Indrashah – 2 mata

Kiraan mata Catur:
Menang : 1
Kalah : 0
Seri : 0.5
Jumlah Mata Pasukan: 11 mata

Jangan berputus asa dan teruskan usaha untuk melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah. 💪🏻

20/03/2026
17 MAC 2026 | SELASAMAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT SK SINDUMIN, SIPITANG 2026/1447HGambar-gambar sepan...
19/03/2026

17 MAC 2026 | SELASA

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT SK SINDUMIN, SIPITANG 2026/1447H

Gambar-gambar sepanjang Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan. Alhamdulillah, majlis telah dilaksanakan dengan jayanya.

Syabas buat guru-guru Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab atas pengisian aktiviti yang menarik sepanjang Bulan Ramadhan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang memenangi pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Di akhir majlis, turut diadakan majlis penyerahan duit raya kepada semua murid SK Sindumin.

Akhir acara, semua murid dan guru-guru saling bermaafan. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Selamat bercuti raya semua ❤️

Ikhlas dari SK Sindumin

(Part 2)

17 MAC 2026 | SELASAMAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT SK SINDUMIN, SIPITANG 2026/1447HGambar-gambar sepan...
19/03/2026

17 MAC 2026 | SELASA

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT SK SINDUMIN, SIPITANG 2026/1447H

Gambar-gambar sepanjang Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan. Alhamdulillah, majlis telah dilaksanakan dengan jayanya.

Syabas buat guru-guru Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab atas pengisian aktiviti yang menarik sepanjang Bulan Ramadhan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang memenangi pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Di akhir majlis, turut diadakan majlis penyerahan duit raya kepada semua murid SK Sindumin.

Akhir acara, semua murid dan guru-guru saling bermaafan. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Selamat bercuti raya semua ❤️

Ikhlas dari SK Sindumin

(Part 1)

Iftar Jamaie 2026 SK Sindumin, SipitangTarikh: 16 Mac 2026Masa: 4.30 ptg - 7.15 ptgTempat: Dewan Terbuka SK SinduminAlha...
17/03/2026

Iftar Jamaie 2026 SK Sindumin, Sipitang
Tarikh: 16 Mac 2026
Masa: 4.30 ptg - 7.15 ptg
Tempat: Dewan Terbuka SK Sindumin

Alhamdulillah, Majlis Iftar Jamaie SK Sindumin telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana ukhuwwah pada 16 Mac 2026.

Turut hadir memeriahkan majlis:
👉En. Azri bin Ajak, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
👉En. Ismail @ Mohamad bin Lipin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
👉En. Anuar bin Ibrahim, YDP PIBG SK Sindumin
👉Sub Inspektor Sudin bin Ariffin, Pegawai Perhubungan Sekolah

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu jemputan, ibu bapa serta warga sekolah yang hadir dan sama-sama memeriahkan majlis ini.

Penghargaan khas juga kepada Jawatankuasa Iftar Jamaie atas usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Semoga program seperti ini terus mengukuhkan silaturahim dan menyemai nilai kasih sayang dalam kalangan warga SK Sindumin

Address

SK Sindumin
Sipitang
98850

Telephone

087811175

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sindumin, Sipitang / TVPSS SKS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share