KELAB TAHA UUM

KELAB TAHA UUM KELAB TABUNG HAJI UUM SESI 2025/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII] โœจDirgahayu Tuanku,Kelab T...
01/06/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII] โœจ

Dirgahayu Tuanku,

Kelab Tabung Haji UUM merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda, pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia dan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan keberkatan.

Sembah Takzim Daripada:
Kelab Tabung Haji (TAHA)
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2025/2026


[Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™ ]โ€œDaging (haiwan kurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan mencapai (keredhaan) Allah, te...
27/05/2026

[Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™ ]

โ€œDaging (haiwan kurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan mencapai (keredhaan) Allah, tetapi yang mencapai (keredhaan)-Nya darimu adalah ketakwaan.โ€ (Surah Al-Hajj: 37)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan Hari Raya Aidiladha yang penuh dengan kemuliaan, keberkatan, dan ibrah yang mendalam. Inilah masanya untuk kita kembali menghayati erti pengorbanan yang sebenar, menyuburkan sifat keikhlasan, serta mempertingkatkan ketaqwaan kita sebagai hamba-Nya.

Kami dari Kelab Tabung Haji (TAHA) Universiti Utara Malaysia, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga universiti & semua umat Islam.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah korban. Moga segala amal ibadah dan pengorbanan kita kali ini diterima serta diberkati oleh-Nya.

Ikhlas daripada:
Kelab Tabung Haji (TAHA)
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2025/2026


*๐Ÿ•‹ PROGRAM WEBINAR HAJI MERENTAS ZAMAN:MENELUSURI PENGALAMAN HAJI ๐Ÿ•‹* ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡...
16/05/2026

*๐Ÿ•‹ PROGRAM WEBINAR HAJI MERENTAS ZAMAN:MENELUSURI PENGALAMAN HAJI ๐Ÿ•‹*

ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Salam Biru Warna ๐Ÿ’™

Kelab Tabung Haji (TAHA) dengan sukacitanya menjemput semua untuk menyertai Webinar Haji Merentas Zaman : Menelusuri Pengalaman Haji yang bakal berlangsung seperti berikut: โœจ

๐Ÿ—“ Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)
โฐ Masa : 11.00 am โ€“ 1.00 pm
๐Ÿ’ป Tempat : Platform Cisco Webex

โœ… Merit disediakan
โœ… Pendaftaran percuma
โœ… Terbuka kepada semua

๐Ÿ“Œ Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu.

๐Ÿ”— Link Pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfaN7dI6fybiqzjlSbTAn_76up682YYxzRaDRrHM1FNP8jeBQ/viewform?usp=publish-editor

๐Ÿ”— Link Group WhatsApp:
https://chat.whatsapp.com/DtIif9W11RI1s8wlJHLcTs

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Natrah : +60 11-1555 3951

Sekian.

* *
* *

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KELAB TAHA UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to KELAB TAHA UUM:

Share