02/11/2025
πΏ KURSUS SEMBELIHAN HALAL SIRI 1 πΏ
Anjuran Pertubuhan Al-Huda Negeri Johor
Alhamdulillah, pada 1 November 2025 (Sabtu) telah berlangsung Kursus Sembelihan Halal Siri 1 bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Masriyah, Simpang Renggam, Johor.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari seluruh Johor.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Nur Hamizah Binti Ahmad dan Ustaz Mohd Ridhuan Bin Ghazali dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang turut berkongsi ilmu dan panduan berkaitan tatacara sembelihan halal mengikut syarak.
Semoga penganjuran siri pertama ini menjadi permulaan kepada siri-siri seterusnya dalam usaha menyemai kefahaman dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan sembelihan halal.
πΈ Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat menjayakan program ini.