23/02/2026
PEMBUKAAN TAPAK PERSEMADIAN JENAZAH DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KG. DATO’ IBRAHIM MAJID.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak Pengurusan Badan Khairat Kematian & Kebajikan KDIM ingin memaklumkan kepada semua Ahli / Waris BKK&K berhubung perkara di atas seperti kenyataan berikut:-
i. Badan Khairat Kematian & Kebajikan adalah tertakluk di bawah naungan Masjid Jamek Al Mustaghfirin KDIM.
ii. Tapak persemadian Jenazah yang sedia ada telah penuh sepenuhnya.
iii. Kini tapak persemadian Jenazah yang baru akan dibuka dan dikenalpasti sebagai Blok “ B “.
iv. Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa BKK&K / KDIM pada 11 Januari 2026 tapak persemadian Jenazah Blok “ B “ akan diseliatur sepenuhnya oleh Jawatankuasa BKK&K / KDIM.
v. Target utama Pihak Pengurusan BKK&K / KDIM dan Kg. Dato’ Ibrahim Majid adalah mempunyai Tanah Perkuburan Islam yang lebih bersistematik dari segi kebersihan, susunatur tapak persemadian Jenazah dan keseragaman kepuk berlandaskan
kepada garis panduan dan peraturan dari Pejabat Kadi Daerah.
vi. Oleh yang demikian pemasangan kepuk hanya dilakukan oleh Jawatankuasa BKK&K / KDIM sahaja.
vii. Pemasangan kepuk dari syarikat luar adalah tidak dibenarkan sama sekali.
viii. Pemasangan kepuk tanpa kebenaran dari Jawatankuasa BKK&K / KDIM akan dibongkar semula.
ix. Tiada pembenaan bangunan kekal selain dari kepuk seperti bangku.
x. Jawatankuasa BKK&K / KDIM akan menyediakan set kepuk yang telah mendapat persetujuan bersama oleh Jawatankuasa BKK&K / KDIM dan bernombor siri.
xi. Pengurusan BKK&K / KDIM akan menyediakan borang permohonan kepada Ahli / Waris yang berhasrat untuk pemasangan kepuk.
xii. Sila berhubung dengan Jawatankuasa yang bertanggung jawab :-
1. En. Amran bin Hassan (No. Telefon 014-3864496)
2. En. Samhadi bin Suparman (No. Telefon 016-7491588)
xiii. Mohon kerjasama dan terima kasih kepada semua Ahli / Waris di dalam membantu usaha untuk memperkemas dan memperindah Tanah Perkuburan Islam Kg. Dato’ Ibrahim Majid.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Samsuddin Taimain
HJ. SAMSUDDIN BIN TAIMAIN
Pengerusi,
Masjid Jamek Al Mustaghfirin,
Kg. Dato’ Ibrahim Majid.