Kampung serting ulu jempol

Kampung serting ulu jempol Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kampung serting ulu jempol, KAMPUNG SERTING ULU, Simpang Pertang.

31/5/2026 | AhadKampung Serting UluBersama Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sembilan, Jempol...
31/05/2026

31/5/2026 | Ahad
Kampung Serting Ulu

Bersama Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sembilan, Jempol Cikgu Ritakamal Bin Mohamad Yunus menyerahkan sumbangan bakul makanan drp IPK tajaan Nestle. Turut sama wakil JPKK Kg Serting Ulu.



Ibadah Korban Hari Ke-228/5/2026 | KhamisKampung Padang BiawasAlhamdulillah, Program Ibadah Qurban 1447H/2026M anjuran S...
28/05/2026

Ibadah Korban Hari Ke-2
28/5/2026 | Khamis
Kampung Padang Biawas

Alhamdulillah, Program Ibadah Qurban 1447H/2026M anjuran Surau Kg Padang Biawas, Serting Ulu yang berlangsung pada 28 Jun 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya dalam suasana penuh muafakat dan semangat kebersamaan penduduk kampung. Sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya disempurnakan ibadah qurbannya hasil kerjasama erat serta sokongan daripada semua pihak yang terlibat.

Program turut diserikan dengan bacaan Tahlil ringkas yang dipimpin oleh Tuan Imam Mohd Zaidi Bin Rentah, Imam Surau Padang Biawas bagi menambah keberkatan serta mengimarahkan lagi majlis yang berlangsung.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai wadah untuk memperkukuhkan ukhuwah, menyemai semangat gotong-royong dan merapatkan silaturahim sesama masyarakat kampung.

Mudah-mudahan segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima serta diberkati oleh Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamin.



Ibadah Korban27/5/2026 | RabuMasjid Kariah Serting UluAlhamdulillah, ibadah korban peringkat Kampung Serting Ulu telah s...
27/05/2026

Ibadah Korban
27/5/2026 | Rabu
Masjid Kariah Serting Ulu

Alhamdulillah, ibadah korban peringkat Kampung Serting Ulu telah selesai dilaksanakan dengan jayanya dalam suasana penuh muafakat dan semangat kebersamaan penduduk kampung.

Sebanyak 7 ekor lembu yang diberjaya disempurnakan ibadah korbannya dengan hasil kerjasama semua penduduk kampung yang hadir.

Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima serta diberkati oleh Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamin.


Solat Sunat Aidiladha 1447HSuasana solat sunat Aidiladha di Masjid Kariah Serting Ulu. Alhamdulillah, ramai anak-anak pe...
27/05/2026

Solat Sunat Aidiladha 1447H

Suasana solat sunat Aidiladha di Masjid Kariah Serting Ulu. Alhamdulillah, ramai anak-anak perantauan yang pulang bagi menyambut hari raya bersama keluarga di kampung.



Assalamualaikum wbtSelamat Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk Kampung Serting Ulu. Semoga ibadah yang kita jalani...
27/05/2026

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk Kampung Serting Ulu. Semoga ibadah yang kita jalani mendapat rahmat daripadaNya

Ikhlas Daripada

Barisan JPKK Kampung Serting Ulu

2/5/2026 | SabtuJompoe ArcheryJompoe Archery telah mengadakan Aktiviti Riadah Sunnah bersama jemaah Surau Padang Biaweh....
03/05/2026

2/5/2026 | Sabtu
Jompoe Archery

Jompoe Archery telah mengadakan Aktiviti Riadah Sunnah bersama jemaah Surau Padang Biaweh. Alhamdulillah, penyertaan yang memberangsang daripada semua lapisan umur.

Bagi mereka yang berancang untuk mengadakan program memanah, boleh contact PM Abg Rom Jompoe..



2/5/2026 | SabtuPekarangan Depan Masjid Kariah Serting UluTengah berlangsung jualan rahmah di hadapan pagar Masjid Karia...
02/05/2026

2/5/2026 | Sabtu
Pekarangan Depan Masjid Kariah Serting Ulu

Tengah berlangsung jualan rahmah di hadapan pagar Masjid Kariah Serting Ulu. Mari warga berdekatan, meh memboli dengan harga murah…


πŸ“£ ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ π–π€π†π‡πˆπ‡ ππˆπ’πŒπˆπ‹π€π!! πŸ€©πŸ“£ πŸ“£ Ini merupakan poster lokasi Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Sembilan.Moh ...
29/04/2026

πŸ“£ ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ π–π€π†π‡πˆπ‡ ππˆπ’πŒπˆπ‹π€π!! 🀩

πŸ“£ πŸ“£ Ini merupakan poster lokasi Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Sembilan.

Moh waghih Nogori dapatkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga yang murah, di bawakan khas oleh KPDN NS ✨

πŸ”₯ Jom datang ke Program Jualan RAHMAH
untuk potongan harga KAW KAW! πŸ”₯

Untuk kek Serting Ulu :
Tarikh : 2/5/2026 (Sabtu)
Maso : 8.30 am - 12.30 pm
Tempat : lokasi ditukar ke Dopan Masjid Kariah Serting Ulu

Apo laie, moh seghobu!








17/4/2026 | JumaatMajlis Hari Raya AidilFitri Kampung Serting UluAlhamdulillah, sambutan Rumah Terbuka Kampung Serting U...
17/04/2026

17/4/2026 | Jumaat
Majlis Hari Raya AidilFitri Kampung Serting Ulu

Alhamdulillah, sambutan Rumah Terbuka Kampung Serting Ulu berlangsung dengan meriah dan jayanya sekali.

Majlis yang bermula selepas Solat Jumaat sehingga pukul 5.00 petang, telah dimeriahkan dengan ratusan gelak dan tawa tetamu yang hadir.

Turut hadir ke Majlis Hari Raya pada hari ini YM Dato’ Lela Putra Setiawan Dato’ Mazri Bin Haji Mansol, Penghulu Luak Jempol, YB Dato’ Mohd Razi Bin Mohd Ali, ADUN Sungai Lui, Pegawai-pegawai kerajaan daripada pelbagai agensi seperti PDRM, Pejabat Daerah Jempol, RISDA, Peladang, PPDJL, POS Simpang Pertang, dan ramai lagi.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang juadah rumah terbuka pada hari ini. Terima kasih juga kepada semua penduduk kampung yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung serta mereka yang bertungkus lumus daripada semalam sehingga ke hari ini dalam memastikan perjalanan majlis kita hari berjalan dengan lancar sekali. Terima Kasih Daun Keladi, Tahun Depan Bantulah Lagi.

Inilah yang dikatakan dengan β€œSerumpun”. Muafakat dan perpaduan diterapkan dalam penyatuan Ummah.




Address

KAMPUNG SERTING ULU
Simpang Pertang
72300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung serting ulu jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share