Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1

Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1 Mengimarahkan Rumah Allah SWT

MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT FELDA PASOH 1 TAHUN 2026 Assalamua...
25/08/2026

MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT FELDA PASOH 1 TAHUN 2026

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan Peringkat Felda Pasoh 1 tahun 2026 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Ogos 2026 / Khamis
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Ubudiah Kariah Felda Pasoh 1

"MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI"

Muslimin dan muslimat dijemput memeriahkan majlis ini.

25/08/2026
25/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah perarakan sempena Majlis Maulidur Rasul Peringkat FELDA Pasoh 1 yang dianjurkan oleh Masjid Ubudiah FELDA Pasoh 1.

Semoga setiap langkah yang kita hayunkan, diiringi alunan selawat dan puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menjadi asbab untuk kita semakin mendekatkan diri, menyemai rasa cinta dan meneladani akhlak Baginda.

Semoga segala usaha dan amal yang kita lakukan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT, menjadi asbab hidayah buat kita serta seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua badan dan organisasi yang telah bersama-sama menjayakan program ini β€” JKKR, GPW, Masjid Ubudiah, SK Pasoh Satu, MBFM, surau-surau, Tadika KEMAS, Pejabat FELDA serta seluruh warga FELDA Pasoh 1.

Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan.

Anda semua memang berhak digelar HEBAT!

Semoga ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam diri kita semua.

25/08/2026
25/08/2026

Sambutan Maulid Nabi Peringkat Masjid & Felda Pasoh Satu

Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat FELDA Pasoh 1, Masjid Ubudiah Kariah Felda Pasoh 1 dengan kerjasama badan/ age...
20/08/2026

Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat FELDA Pasoh 1, Masjid Ubudiah Kariah Felda Pasoh 1 dengan kerjasama badan/ agensi dalam rancangan akan menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul pada ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Ogos 2026 (Selasa)
Masa : 7.00 Pagi
Tempat Berkumpul : Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1
Laluan Perarakan : Jalanraya dikawasan Perkampungan Felda Pasoh 1

πŸ”Ή Pertandingan Kontinjen Kreatif Maulidur Rasul dan Pertandingan Pakaian Berhias "Pahlawan Islam" juga diadakan pada hari tersebut.

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama berarak memeriahkan majlis.

"MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Mohon Hebahan Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1448H/2026M peringkat Masjid Ubudiah Kariah Felda Pasoh 1 akan diadakan pad...
14/08/2026

Mohon Hebahan

Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1448H/2026M peringkat Masjid Ubudiah Kariah Felda Pasoh 1 akan diadakan pada ketetapan berikut :

πŸ—“οΈ 29 Ogos 2026 | Sabtu
⏰ Selepas Solat Maghrib
πŸ“ Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1

Semua Dijemput Hadir

π—§π—˜π—₯π—§π—œπ—• π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§Tertib dalam solat mengajar kita bahawa ibadah bukan dilakukan sesuka hati. Setiap rukun mempunyai sus...
12/08/2026

π—§π—˜π—₯π—§π—œπ—• π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§

Tertib dalam solat mengajar kita bahawa ibadah bukan dilakukan sesuka hati. Setiap rukun mempunyai susunan yang perlu dipatuhi. Apabila kita menjaga tertib dalam solat, kita sedang melatih diri untuk hidup dengan disiplin, teratur dan sentiasa tunduk kepada aturan Allah SWT.

Moga segala amalan kita diterima Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun atas segala jasa...
02/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti sepanjang menerajui pentadbiran Negeri Sembilan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.

Address

Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1
Simpang Pertang
72300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category