Masjid Arruhama'a Kampung Kepala Parit

Masjid Arruhama'a Kampung Kepala Parit Masjid Arruhama,a Kampung Kepala Parit terletak didalam mukim Bukit Raya daerah Pendang

Kenduri kesyukuran selepas musim menuai padi,tahlil dan sambutan bulan ramadan pada malam ini..Pihak masjid mengucapkan ...
07/03/2024

Kenduri kesyukuran selepas musim menuai padi,tahlil dan sambutan bulan ramadan pada malam ini..

Pihak masjid mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan pada semua penduduk kampung kepala parit dan seluruh umat islam yang akan mula berpuasa tidak lama lagi.

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

Anak rusa jalan melintang
Rambutnya berkilau sungguh terang
bulan puasa telahpun datang
sambutlah dengan hati yang girang.

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

SALAM NIFSU SYAABANKelebihan malam nifsu Syaaban adalah Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya. Semoga Allah SW...
24/02/2024

SALAM NIFSU SYAABAN

Kelebihan malam nifsu Syaaban adalah Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada hamba-Nya dalam melaksana ibadah dan memperbanyakan amal kebajikan. Insya-Allah

Ambillah kesempatan menyambut hari raya untuk menaut kembali kasih yang terpisah, cinta yang terlerai dan pereratkan ika...
21/04/2023

Ambillah kesempatan menyambut hari raya untuk menaut kembali kasih yang terpisah, cinta yang terlerai dan pereratkan ikatan kekeluargaan yang murni dan tulus.

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk seluruh warga Kampung Kepala Parit (KKP)

Kenyataan Media JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN berhubung Pemakaian Pelitup Muka Ketika Solat Suna...
21/04/2023

Kenyataan Media JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN berhubung Pemakaian Pelitup Muka Ketika Solat Sunat Aididil Fitri Tahun 2023/ 1444H.

Diharap mendapat perhatian dan tindakan kepada Pengurusan Masjid Arruhama'a Kampung Kepala Parit

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. A...
19/10/2022

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Aamiin🤲🤲

Assalamualaikum Dijemput semua anak kariah untuk mengimarahkan Ceramah Maal Hijrah 1444 Peringkat Daerah Pendang🗓️ Ahad,...
30/07/2022

Assalamualaikum

Dijemput semua anak kariah untuk mengimarahkan Ceramah Maal Hijrah 1444 Peringkat Daerah Pendang

🗓️ Ahad, 31.07.2022,
☪️ Selepas solat Magrib
👳‍♀️ Tuan Syeikh Mohd Sayuthi Bin Abdullah
🕌 Masjid Arruhama'a Kampung Kepala Parit, Jlan Tokai, Alor Setar .

Tentetif majlis

7.00 Kehadiran tetamu dan jemputan
7.30 Solat Magrib
8.00 Ceramah Maal Hijrah
9.00 Solat Isyak
9.30 Jamuan makan
10.30 Bersurai

InsyaAllah 🔊📹 Live FB 📹🔊 di FB Masjid Arruhama'a

Jamuan berkonsepkan gerai- gerai.

Menu :

- Mee Tulang Special
- Nasi Himpit / Rendang Ayam
- Buah - Buahan segar
- kuih Muih
- Nasi Kabuli Kambing Special
- Nasi Minyak / Kambing Masak Merah
- Bubur Pulut Hitam
- Ais Krim Malaysia
- Dadih Mantop
- Teh Tarik Mengancam
- Air balang 3 Warna

Sila Sebarkan/Foward,
Semoga mnjadi Manfaat Bersama

Sekian Terima kasih

Selamat Menyambut Awal Muharram 2022/1444H buat semua umat Islam.Semoga pada tahun baru ini dapat kita memperbaiki diri,...
30/07/2022

Selamat Menyambut Awal Muharram 2022/1444H buat semua umat Islam.

Semoga pada tahun baru ini dapat kita memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Mari jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun lalu ..Salam Maal Hijrah 1444 dan Selamat Tahun Baru Islam.

Selamat hari raya aidiladha daripada Masjid Arruhama'a Kampung Kepala Parit ....sedikit gambaran yang sempat di rakam ke...
11/07/2022

Selamat hari raya aidiladha daripada Masjid Arruhama'a Kampung Kepala Parit ....sedikit gambaran yang sempat di rakam ketika proses ibadah korban pada tahun ini..

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah dan dipermudahkan urusan....terima kasih pada penduduk kampung yang bersama sama membantu dalam urusan korban pada tahun ini....

Allhamdulillahh selesai majlis sambutan hari raya aidilfitri tahun 2022...Sedikit Gambaran dapat disimpan untuk kenang k...
14/05/2022

Allhamdulillahh selesai majlis sambutan hari raya aidilfitri tahun 2022...

Sedikit Gambaran dapat disimpan untuk kenang kenangan pada masa masa akan datang...inshallahh ada rezeki kita cuba buat lagi majlis seperti ini....

Pihak masjid dan semua yang terlibat dan tidak terlibat secara langsung ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa penduduk penduduk kampung untuk mejayakan majlis ini....

Jika ada salah dan silap...terkasar bahasa ingin kami memohon ribuan kemaafaan...semoga jalinan kemesaraan ini dpt menyatupadukan kita semuaa....aminn ..

AssalamualaikumSeperti sedia maklum.....setiap tahun pihak masjid dan penduduk kampung akan mengadakan majlis sambutan h...
08/05/2022

Assalamualaikum

Seperti sedia maklum.....setiap tahun pihak masjid dan penduduk kampung akan mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri tahun 2022 dan Tahlil....untuk tahun ini..majlis akan diadakan seprti berikut:

Tempat : Masjid Arruhama'a Kampung Kepala Parit
Tarikh : 13.5.2022
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam

Kepada anak2 rantau kkp, jika ada sesiapa yg berhajat untuk memberikan sumbangan sempena majlis jamuan raya & tahlil di kkp boleh hubungi Tuan Fakharuddin untuk maklumat lanjut 0135111522

Semua dijemput hadir untuk meriahkan suasana

Address

Masjid Arruhama'a
Simpang Empat
06650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Arruhama'a Kampung Kepala Parit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category