24/09/2021
Assalamualaikum,.. Salam Jumaat
Adab ketika Solat Jumaat.
1. niat mandi sunnah Jumaat, hari Jumaat dan mandi الأسبوع
2. memakai pakaian serba putih; jubah putih, baju melayu putih, kain pelekat putih, serban putih, rida'/shawl putih dll
3. memakai wangi2an; minyak atar, minyak rambut.
4. memakai cincin
5. menggunakan siwak
6. datang awal ke masjid
7. datang dengan berjalan ke masjid dalam keadaan tenang, rendah hati dan berzikir.
8. apabila memasuki masjid, bacalah doa ini;
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَوْجَهِ مَنْ تَوَجَّهَ إِلَيْكَ، وَمِنْ أَقْرَبِ مَنْ تَقَرَّبَ إِلَيْكَ، وَمِنْ أَفْضَلِ مَنْ سَأَلَكَ وَرَغِبَ إِلَيْكَ
9. duduk di saf hadapan jika ada kekosongan dan tidak melangkah bahu orang untuk mendapatkan saf.
10. niat i'tikaf di dalam masjid
11. tidak berjual-beli setelah azan dilaungkan.
12. tidak duduk dalam keadaan ihtiba' ketika mendengar khutbah.
13. tekun mendengar khutbah, tidak berbual dan tidak tidur.
14. berdoa diantara dua khutbah seperti Sayyidul Istighfar;
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
15. setelah selesai solat Jumaat sebelum berkata-kata, membaca surah Al-Fatihah (7x), surah Al-Ikhlas (7x), surah Al-Falaq (7x), surah An-Nas (7x) kemudian membaca (4x);
اَللّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَاحَمِيْدُ، يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ، يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ، أَغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
16. Solat ba'diyah jumaat setelah jemaah bersurai.