12/11/2025
SURAU AS-SYAKIRIN, TMN MERPATI INDAH
Taman Merpati Indah, 14110 Simpang Ampat.
Ruj. Kami : SAS/MIN/01/2025 (2026-2028)
Tarikh : 25 Oktober 2025
MINIT MESYUARAT AGUNG SURAU AS-SYAKIRIN BIL. 01/2025
Tarikh: Sabtu, 25 Oktober 2025
Masa: 8.30 pagi – 10.15 pagi
Tempat: Surau As-Syakirin
1. KEHADIRAN
1. Rohaizad Bin Mohamad Hassan
2. Mohd Sopian Bin Hashim
3. Hazlin Bin Mohamed
4. Mohd Johari Bin Ishak
5. Azman Bin Abdullah
6. Mohd Fazly Bin Edros
7. Yusmin Bin Mohd Yusuf
8. Mohd Ismail Bin Mohammed Yunus
9. Mohd Syafiq Najimi Bin Fadzilah
10. Zainal Abidin Bin Che Omar
11. Saiful Rizduan Bin Sabdin
12. Haji Azman Bin Mad Dali
Tidak Hadir dengan Makluman: Tiada
Tidak Hadir tanpa Makluman: Tiada
2. AGENDA MESYUARAT
2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang Lepas
Minit Mesyuarat Agung yang lepas telah dibentangkan dan disahkan sebulat suara.
Maklum Balas Perkara Berbangkit:
- Perkara 4.4: Jemputan kepada pemilik Restoran Dinas / wakil untuk memaklumkan hasil sumbangan bulanan dan ucapan penghargaan.
- Perkara 4.2: Penjelasan lanjut berkaitan terma&syarat Skim Khairat Kematian. Disyorkan supaya resit bayaran dikeluarkan atas nama individu yang membuat bayaran oleh pihak Masjid.
2.2 Pembentangan Aktiviti / Agenda yang Telah Dilaksanakan oleh AJK
Proses mengecat surau.
Pembaikan&penyelenggaraan penghawa dingin serta penambahan kipas siling.
Pengalihan grill tingkap dan penghadang cermin.
Pemasangan&penyelenggaraan CCTV di dalam surau.
Perolehan dana berterusan daripada Masjid B. Tambun dan Restoran Dinas.
Pelaksanaan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2023&2025 (kerjasama dengan KRT).
Penambahan paip/pili air wuduk
2.3 Pembentangan Penyata Kewangan Berakhir 30 September 2025
Penyata kewangan telah dibentangkan oleh Bendahari dan diterima dengan sebulat suara. Disyorkan agar Surau As-Syakirin mewujudkan resit rasmi bagi setiap bayaran kepada individu, contohnya bayaran saguhati imam tarawih daripada Masjid B. Tambun.
2.4 Pembubaran dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Surau Sesi 2026 – 2028
Pengerusi: Mohd Sopian Bin Hashim
Timbalan Pengerusi: Mohammed Rohaizad Bin Mohamad Hassan
Setiausaha: Mohd Fazly Bin Edros
Bendahari: Mohd Johari Bin Ishak
Ahli Jawatankuasa:
1. Saiful Ridzwan Bin Sabdin
2. Shamsul Kamar Bin Zakaria
3. Muhammad Naim Bin Abdul Aziz
4. Mohd Nizam Bin Ismail
5. Muslimah
6. Muslimah
Pemeriksa Kira-Kira:
1. Mohd Syafiq Najimi Bin Fadzilah
2. Mohd Ismail Bin Mohammed Yunus
3. SENARAI PEGAWAI-PEGAWAI SURAU
Imam 1: Rap Ishkandar Shah Bin Raja Baharudin
Imam 2: Azman Bin Abdullah
Bilal 1: Mohd Zaki Bin Hassan
Bilal 2: Zainal Abidin Bin Che Omar
Siak: Yusmin Bin Mohamed Yusuf
4. HAL-HAL LAIN
Permohonan peruntukan pembangunan surau akan dibuat secara bertulis kepada Pejabat Wakil Rakyat DUN dan Parlimen.
Aduan daripada jemaah Bangladesh berhubung teguran pembesar suara surau oleh kejiranan bukan Islam perlu diambil perhatian serius oleh AJK.
Akaun Surau perlu diaktifkan semula oleh Pengerusi, Timbalan, Setiausaha dan Bendahari bagi mengelakkan pembekuan.
Imam 1&2 digalakkan menghebahkan jadual bertugas serta mengajak penduduk solat berjemaah. Jadual penggiliran boleh dikongsi dalam kumpulan WhatsApp surau.
Majlis Bacaan Yassin disyorkan diadakan sebulan sekali mengikut kesesuaian Imam dan jemaah.
Proses pembersihan surau hendaklah dijalankan secara berkala di bawah penyelarasan Siak.
Data aset milik surau perlu dikemas kini bagi memudahkan kerja penyelenggaraan atau penggantian jika berlaku kerosakan.
5. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat Agung ditangguhkan pada jam 10.15 pagi. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan jemaah yang hadir.
Disediakan oleh:
(............................................)
MOHD FAZLY BIN EDROS
Setiausaha Surau As-Syakirin
Tarikh: 25 Oktober 2025
Disahkan oleh:
(............................................)
MOHD SOPIAN BIN HASHIM
Pengerusi Surau As-Syakirin
Tarikh:25 Oktober 2025