25/08/2026
✨ MAJLIS ZIKIR MARHABAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M ✨
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Zikir Marhaban sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M dengan penuh penghayatan dan suasana yang penuh keberkatan.
Majlis ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama menghayati sirah dan keperibadian mulia Rasulullah ﷺ, memperbanyakkan selawat serta menyemai rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Semoga majlis yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan dan menjadi asbab untuk kita terus meneladani akhlak, sunnah serta perjuangan Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.
🌹 Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.
اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ