19/07/2026
📸 Gambar Aktiviti Retreat Pelayan-Pelayan BEM Kalvari Sibu Jaya 2026
🙌 Segala puji dan syukur hanya bagi Tuhan Yesus!
Retreat Pelayan-Pelayan BEM Kalvari Sibu Jaya yang julung kali diadakan telah berlangsung dengan penuh berkat dan jayanya. Terima kasih kepada setiap peserta yang telah meluangkan masa untuk hadir, belajar, bertumbuh dan diperlengkapi bersama.
❤️ Marilah kita terus melayani dengan kerendahan hati, selaras dengan tema retreat kita:
“Kerendahan Hati Dalam Melayani.”
Kiranya apa yang telah dipelajari menjadi dorongan untuk kita terus setia melayani, bukan sahaja di gereja, tetapi juga di tempat kerja, dalam komuniti dan di dalam keluarga. Di mana pun Tuhan menempatkan kita, di situlah ladang pelayanan kita. 🌾
✨ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pastor Thomas Anyi dan Pastor Along atas setiap sesi pengajaran yang begitu memberkati, praktikal dan relevan untuk diaplikasikan dalam pelayanan serta kehidupan seharian.
🤝 Terima kasih juga kepada semua yang telah terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan retreat ini. Kiranya Tuhan membalas setiap pengorbanan dan pelayanan anda.
💙 Tuhan Yesus memberkati kita semua.
Sampai bertemu lagi dalam seminar, retreat dan program-program akan datang! 🙏🔥