17/05/2026
β¨Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada kariah Sibu Jaya yang telah hadir serta memeriahkan Bengkel Sembelihan anjuran JKP Masjid Al-Madinatul Husna, Sibu Jaya. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menjayakan program yang penuh manfaat ini. π€ππ
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi panduan serta manfaat berterusan dalam kehidupan seharian, di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat. πβ¨
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan bengkel ini. Tidak lupa juga kepada penceramah jemputan bengkel ini iaitu Ustaz Mohammad Solehin yang sudi untuk berkongsi ilmu berkaitan sembelihan kepada kariah yang hadir.
Semoga segala usaha dan pengorbanan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT. π€²
"Setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan sepanjang hayat." π