Madrasah Tahfiz Alhur Al’ain

Madrasah Tahfiz Alhur Al’ain Sebuah Madrasah Tahfiz Al-Quran (Perempuan) di Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PENGAJIAN HAFIZAH
(1)

20/03/2026

Taqabbalallahu minna wa minkum. 🌙✨

Di malam Syawal yang mulia ini, kami warga Tahfiz Al-Hur Al'Ain ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang sentiasa menyokong kami..
Setiap sen yang disalurkan untuk Infaq Pembangunan Madrasah Tahfiz AlHur Al'Ain adalah pelaburan akhirat yang takkan putus pahalanya selagi anak2 tahfiz ini menuntut ilmu..

"Bandingan (derma) orang2 yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji..Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah: 261)

Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan keberkatan yang melimpah ruah..

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin..


Satu persatu pelajar meninggalkan 'penjara suci' ini, kembali ke pangkuan keluarga untuk meraikan penghujung Ramadan dan...
15/03/2026

Satu persatu pelajar meninggalkan 'penjara suci' ini, kembali ke pangkuan keluarga untuk meraikan penghujung Ramadan dan menyambut Syawal yang bakal tiba. 🌙✨

Pesanan buat anak-anak didik:

Istiqamah: Jangan tinggalkan amalan yang telah sebati di madrasah.

Adab & Akhlak: Jadilah cerminan peribadi yang mulia di mata keluarga dan masyarakat.

Penjaga Aurat: Kekalkan kesucian diri di mana jua berada.

Selamat p**ang, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin..


13/03/2026

Layan angin malam sekejap sementara menunggu terawih juz 28 & 29 selesai..
Alhamdulillah, moreh untuk anak2 MATAHA pun dah siap sedia..



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ.. ✍️✨اجواء ألإمتحان للفترة الأخيرة لعام ١٤٤٦/١٤٤٧ھ الموافق ٢٠٢٥/٢٠٢٦منسأل الله تعالى...
03/03/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ.. ✍️✨
اجواء ألإمتحان للفترة الأخيرة لعام ١٤٤٦/١٤٤٧ھ الموافق ٢٠٢٥/٢٠٢٦م
نسأل الله تعالى لبناتنا التوفيق والنجاح وأن يفتح عليهن فتوح العارفين

Fokus dan tenang. ✨

Sekitar suasana Imtihan Penggal akhir di Madrasah Tahfiz Al-Hur Al-'Ain Lilbanat, Jalan Kebun.. Semoga Allah memberkati setiap usaha dan titisan ilmu yang dipelajari..
All the best, anak-anak solehah!
اللهم يسر ولا تعسر




TAJAAN INFAK BERBUKA & SUMBANGAN RAMADAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ MADRASAH ALHUR ALAIN  LILBANAT JALAN KEBUNSemoga ada Hamb...
01/03/2026

TAJAAN INFAK BERBUKA & SUMBANGAN RAMADAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ MADRASAH ALHUR ALAIN LILBANAT JALAN KEBUN
Semoga ada Hamba Allah yang baik hati yang melihat video dapat bersama kami untuk menjayakan mereka disini menjadi hafizah Al Quran yang berjaya

Untuk sebarang infak/sedekah/wakaf atau pertanyaan boleh ke maklumat tertera :

AL HURAIYAH RESOURCES
AFFIN BANK
106740013895

Lokasi kami

Lot 3297, Lorong Abu Bakar,
Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor |
0102305339 Ustaz Zambri (Pengerusi)

🌟 JOM INFAQ UNTUK AKHIRAT 🌟Madrasah Tahfiz AlHur Al'Ain Lilbanat Jalan Kebun kini sedang dalam usaha pembinaan & baik pu...
27/02/2026

🌟 JOM INFAQ UNTUK AKHIRAT 🌟

Madrasah Tahfiz AlHur Al'Ain Lilbanat Jalan Kebun kini sedang dalam usaha pembinaan & baik pulih demi keselesaan para pelajar menuntut ilmu agama.

Alhamdulillah sekarang proses pembinaan berada di fasa akhir..kami Masih memerlukan dana anggaran rm80k lagi..

Ini peluang untuk kita sama-sama menyumbang dan merebut pahala berpanjangan — selagi tempat ini digunakan untuk mengajar dan belajar al-Quran, ilmu dan ibadah, selagi itulah pahala terus mengalir untuk anda, walaupun setelah kita tiada.

📿 “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)

💳 Sumbangan boleh dibuat terus ke acc

ALHURAIYAH RESOURCES
Affin bank
106740013895

🤲 Semoga setiap sumbangan anda menjadi asbab rahmat & keberkatan hidup dunia akhirat Dan menjadi asbab kelepasan daripada kesusahan di alam kubur Dan di padang mahsyar Aamiin Allahumma aamiin
Aamiin ya Rabb.





26/02/2026

Tenang sungguh suasana pagi ini di Madrasah Tahfiz Al-Hur Al'Ain lilbanat.. Sayup-sayup kedengaran alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang menjadi penyejuk jiwa, bersatu p**a dengan bunyi rintik hujan yang sedang membasahi bumi..

Di sinilah para srikandi al-Quran tekun meniti jalan ilmu meraih redha Ilahi.. Semoga setiap baris ayat yang dihafal menjadi saksi dan syafaat buat mereka Dan kedua Ibu bapa mereka di akhirat kelak 🤲✨

Hujan-hujan ni jom aamiinkan Titipan Doa Buat Permata Al-Quran ini..
Ya Allah, peliharalah anak-anak di Madrasah Tahfiz Al-Hur Al-Ain Lilbanat ini. Terangkanlah hati mereka sesinar cahaya Al-Quran, kukuhkanlah ingatan mereka dalam menjaga setiap baris ayat-Mu, dan hiasilah peribadi mereka dengan akhlak semulia hamba-Mu yang bertaqwa.

Jadikanlah setiap huruf yang dibaca sebagai pemberat timbangan amal dan syafaat buat kedua ibu bapa mereka di akhirat kelak. Limpahkanlah keberkatan buat para guru yang mendidik, serta permudahkanlah urusan madrasah ini dalam melahirkan generasi mukminah yang kamil..Aamin Allahumma aamiin





Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..menu Iftar dan Moreh anak-anak Tahfiz AlHur Al’Ain Lilbanat, Jalan Kebun hari ini...
25/02/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..menu Iftar dan Moreh anak-anak Tahfiz AlHur Al’Ain Lilbanat, Jalan Kebun hari ini telah ditaja dengan hidangan yang begitu menyelerakan..

Jazakumullah khair jaza' buat penyumbang budiman.. Semoga setiap butir nasi yang dimakan dan setiap ayat Al-Quran yang dibaca oleh anak-anak ini menjadi asbab pahala yang mengalir berterusan buat tuan/puan sekeluarga. Amin Ya Mujib 🤲
utk tajaan ramadan
AL HURAIYAH RESOURCES
AFFIN BANK
106740013895
Lokasi kami
Lot 3297, Lorong Abu Bakar,
Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor
0102305339 Ustaz Zambri (Pengerusi)

AKTIVITI RAMADANMalam ini suara anak2 tahfiz AlHur Al'Ain lilbanat menghiasi ruang solat dengan bacaan juz 9.. Bukan mud...
24/02/2026

AKTIVITI RAMADAN
Malam ini suara anak2 tahfiz AlHur Al'Ain lilbanat menghiasi ruang solat dengan bacaan juz 9.. Bukan mudah bagi anak-anak semuda ini untuk istiqamah dalam hafazan dan ibadah malam, namun semangat mereka dalam mengejar keredhaan Allah sangat menginspirasikan..

Setiap malam Terawih mereka akan membaca 1 juz kecuali setiap malam Sabtu mereka akan bawa 2 juz..ini adalah cara terbaik untuk memantapkan lagi hafazan (murojaah) bagi pelajar tahfiz..

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya." — (HR. Bukhari)

Semoga Allah SWT memberkati dan menguatkan ingatan serta hati anak-anak ini dalam menjaga kalam-Nya.. Moga mereka menjadi syafaat buat ibu bapa di akhirat kelak..

Mohon doa daripada tuan-tuan dan puan-puan agar anak-anak ini terus dipelihara hatinya, diterangkan mindanya, dan dipermudahkan urusan hafazan mereka sehingga khatam 30 Juzuk. 📖❤️

Jazakumullah khair jaza' pada semua penginfaq sepanjang ramadhan..semoga Allah memberkati kalian semua aamiin
AL HURAIYAH RESOURCES
AFFIN BANK
106740013895
Lokasi kami
Lot 3297, Lorong Abu Bakar,
Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor
|010 230 5339 Ustaz Zambri (Pengerusi)




Bunga di meja penyejuk mata, ilmu di dada penyuluh jiwa..Tenang sungguh melihat suasana kelas di hari Jumaat yang mulia ...
20/02/2026

Bunga di meja penyejuk mata, ilmu di dada penyuluh jiwa..
Tenang sungguh melihat suasana kelas di hari Jumaat yang mulia ini.. Moga segala urusan kita dipermudahkan.. aamiin

Terbit fajar di ufuk timur,
Mekar melati di tepi jalan;
Jumaat barakah penuh syukur,
Menuntut ilmu jadi bekalan..



Address

Lot 3296, Lorong Abu Bakar, Jalan Kebun
Shah Alam
40460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Alhur Al’ain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share