Surau As-Salaam, Sri Mahligai

Surau As-Salaam, Sri Mahligai Surau ahli kariah Sri Mahligai Condo & Townhouse

06/09/2026
5 minit bersama Rasulullah ﷺ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُAhad 30 dan Isnin 31 Ogos 2026 bersamaa...
30/08/2026

5 minit bersama Rasulullah ﷺ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahad 30 dan Isnin 31 Ogos 2026 bersamaan 17 dan 18 Rabiulawal 1446H.

Ustaz Syazani Fakhrullah mengimamkan solat subuh seterusnya membacakan beberapa hadis dari Muntakhab Ahadis bab Solah: Khusyuk dan Khuduk.

1. Sayyidina Mughirah r.a. berkata, "Nabi ﷺ berdiri bersolah sehingga kedua-dua kaki Baginda ﷺ menjadi bengkak maka ada orang bertanya kepada Baginda ﷺ , “Bukankah Allah SWT telah mengampunkan dosa tuan (sekiranya ada sekalipun) sama ada yang telah lalu atau yang akan datang maka kenapa tuan begitu bersusah payah)?" Baginda ﷺ menjawab, "Apakah tidak patut saya menjadi hamba yang bersyukur?" (Bukhari)

2. Sayyidina 'Ammar bin Yasir r.a. meriwayatkan bahawa aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya apabila seseorang itu selesai bersolah maka akan ditulis baginya ganjaran satu persepuluh daripada solahnya atau satu persembilan, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga, atau satu perdua daripada solahnya itu." (Abu Daud)

Keterangan: Maksud daripada hadis di atas ialah sebanyak mana bentuk zahir dan bentuk batin solah seseorang itu menepati sunah Nabi ﷺ sebanyak itulah pahala dan ganjaran akan didapati. (Bazlul Majhud)

3. Sayyidina Fadl bin Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Solah ialah dua rakaat dua rakaat, ada tahiyyat pada setiap dua rakaat, hendaklah merendahkan diri, khusyuk dan menetapkan anggota serta diam. Kemudian (setelah selesai solah) maka angkatlah kedua-dua tangan kamu berdoa dalam keadaan kedua-dua tapak tangan kamu bersetentangan dengan wajah kamu. Kamu sebutkanlah, “Wahai Tuhan, wahai Tuhan." sebanyak tiga kali. Sesiapa yang tidak melakukan demikian maka solahnya kurang (dari segi pahala dan ganjaran)." (Musnad Ahmad)

4. Sayyidina Abu Zar r.a. berkata Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah SWT sentiasa menghadap (menumpukan perhatian) terhadap hamba-Nya semasa hamba itu bersolah selama hamba itu tidak berpaling (tidak memberi tumpuan kepada apa-apa perkara yang lain). Apabila hamba itu memalingkan (tumpuannya daripada solah) maka Allah SWT juga memalingkan tumpuan-Nya daripada hamba itu." (Nasai)

5. Sayyidina Huzaifah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Apabila seseorang hamba berdiri bersolah maka Allah SWT memberi sepenuh perhatian terhadap-Nya sehinggalah dia selesai bersolah ataupun melakukan apa-apa perbuatan buruk (yang bertentangan dengan khusyuk)." (Ibnu Majah)

6. Sayyidina Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Apabila seseorang kamu berdiri untuk solah maka janganlah dia menyapu anak-anak batu (tanpa sebarang keperluan) kerana sesungguhnya rahmat Allah SWT sedang menuju ke arahnya." (Tirmizi)

Keterangan: Pada zaman permulaan Islam, anak-anak batu diletakkan pada garisan di dalam masjid-masjid. Kadang-kadang anak-anak batu itu berada dalam keadaan tercacak yang menyebabkan susah untuk melakukan sujud. Rasulullah ﷺ berkali-kali melarang daripada menyapu anak-anak batu itu kerana pada masa itu rahmat Allah SWT sedang tertumpu. Jangan p**a kerana menyapu anak-anak batu itu ataupun apa-apa perbuatan yang lain seumpamanya akan menyebabkan seseorang itu terlepas daripada rahmat tersebut.

Semoga kita dapat menunaikan solat, terutamanya yang fardu sesempurna mungkin dan diterima Allah SWT.

Ambil ‘iqtibar, amal dan sampaikan pesanan Baginda ﷺ itu. Sampaikanlah kepada orang lain walaupun dengan sepotong ayat. Dakwah adalah tanggungjawab kita bersama. Like, share dan follow page Surau As Salaam, Sri Mahligai.

Wallah’aklam

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Ya Allah, sungguh aku mohon kepada-Mu, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.
(Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)

Semoga ibadah-ibadah kita mendapat keredhaan dan ganjaran yang dijanjikan Allah ‎سبحانه و تعالى

اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku
Kasihani mereka sebagaimana mereka menjagaku semasa kecil.

Banyakkan sedekah, berzikir dan berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ

Bank Muamalat 12030000732714

Surau As-Salaam, Sri Mahligai

5 minit bersama Rasulullah ﷺ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSabtu 29 Ogos 2026 bersamaan 16 Rabiula...
28/08/2026

5 minit bersama Rasulullah ﷺ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sabtu 29 Ogos 2026 bersamaan 16 Rabiulawal 1446H.

Ustaz Syazani Fakhrullah mengimamkan solat subuh seterusnya membacakan beberapa hadis dari Muntakhab Ahadis bab Solah: Khusyuk dan Khuduk.

1. Sayyidina Abu Darda r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa yang berwuduk dan dia memperelok wuduknya kemudian dia bangun menunaikan solah dua rakaat atau empat rakaat dan dia memperelok rukuk dan sujudnya dan kemudian kemudian dia beristighfar kepada Allah SWT maka dosanya akan diampunkan." (Musnad Ahmad: Majma ‘uz-Zawa'id)

2. Sayyidina Uqbah bin 'Amir Juhani r.a. meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda, "Mana-mana hamba yang berwuduk dan dia memperelok wuduknya lalu mendirikan solah dua rakaat dalam keadaan dia menumpukan sepenuh hatinya kepada solahnya dan anggotanya tetap tidak bergerak-gerak maka wajiblah dia memasuki syurga." (Abu Daud)

3. Sayyidina Jabir r.a. berkata, "Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah ﷺ lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, solah yang bagaimanakah yang paling afdal?" Baginda ﷺ bersabda, "Solah yang panjang qiamnya." (Ibnu Hibban)

Ambil ‘iqtibar, amal dan sampaikan pesanan Baginda ﷺ itu. Sampaikanlah kepada orang lain walaupun dengan sepotong ayat. Dakwah adalah tanggungjawab kita bersama. Like, share dan follow page Surau As Salaam, Sri Mahligai.

Wallah’aklam

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Ya Allah, sungguh aku mohon kepada-Mu, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.
(Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)

Semoga ibadah-ibadah kita mendapat keredhaan dan ganjaran yang dijanjikan Allah ‎سبحانه و تعالى

اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku
Kasihani mereka sebagaimana mereka menjagaku semasa kecil.

Banyakkan sedekah, berzikir dan berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ

Bank Muamalat 12030000732714

Surau As-Salaam, Sri Mahligai

Address

Sri Mahligai Condominium & Townhouse, Section 9
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau As-Salaam, Sri Mahligai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau As-Salaam, Sri Mahligai:

Shortcuts

Share