Pemuda PAS Shah Alam

Call Directions

Pemuda PAS Shah Alam Tel : 010-5285064
Emel: [email protected]
Tulisan/artikel disini tidak mewakili pendirian DPPSA kecuali dinyatakan mengikut terma yg ditetapkan

Dewan Pemuda PAS Shah Alam atau ringkasnya DPPSA merupakan salah satu sayap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kawasan Shah Alam ditubuhkan pada tahun 1985. Dibahagikan kepada 2 kawasan Daerah Mengundi iaitu : DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik.

Anak Muda Kene Cakna.Ini Realiti Kita...
06/10/2026

Anak Muda Kene Cakna.

Ini Realiti Kita...

πŸƒβ€β™‚οΈ PROGRAM KELUARGA SIHAT PASTI SHAH ALAM πŸ’šAlhamdulillah, Program Keluarga Sihat PASTI Shah Alam yang berlangsung hari...
03/10/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ PROGRAM KELUARGA SIHAT PASTI SHAH ALAM πŸ’š

Alhamdulillah, Program Keluarga Sihat PASTI Shah Alam yang berlangsung hari ini berlangsung dengan penuh meriah dan ceria! 🌟

Lebih 100 orang anak-anak PASTI Kawasan Shah Alam hadir bersama-sama memeriahkan program sempena Hari Sukan Negara 2026.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk senamrobik keluarga, pertandingan mewarna, fitness challenge serta pemeriksaan kesihatan. Semuanya dalam suasana santai, sihat dan penuh ukhuwah. πŸ’ͺπŸ»πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru PASTI dan anak-anak yang hadir dan menjayakan program ini.

Sihat tubuh badan, ceria anak-anak, bahagia keluarga! ❀️





πŸ“ USRAH JASADI: PICKLEBALL | UKHUWAH, SIHAT JASMANIAlhamdulillah, selesai program Usrah Jasadi: Pickleball anjuran Pemud...
29/09/2026

πŸ“ USRAH JASADI: PICKLEBALL | UKHUWAH, SIHAT JASMANI

Alhamdulillah, selesai program Usrah Jasadi: Pickleball anjuran Pemuda PAS Shah Alam yang berlangsung pada malam 28 September 2026.

Bukan sekadar berpeluh di gelanggang, tetapi menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, membina silaturahim dan menjaga kesihatan jasmani dalam kalangan anak muda.

Aktiviti santai, suasana meriah dan semangat persaudaraan yang menjadi pengisian malam. πŸ’ͺπŸ»πŸ“

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama memeriahkan Usrah Jasadi kali ini.

Ukhuwah Diperkasa, Jasmani Dijaga!






BELASUNGKAWADewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun ...
28/09/2026

BELASUNGKAWA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali atas pemergian beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kekhilafannya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. 🀲🏻

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†Pemuda PAS Shah Alam merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kontingen PASTI Kawasan S...
27/09/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†

Pemuda PAS Shah Alam merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kontingen PASTI Kawasan Shah Alam atas kejayaan dalam Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2026.

Alhamdulillah, kontingen PASTI Shah Alam berjaya meraih:

πŸ₯‡ Bercerita (Lelaki) – Johan
πŸ₯‡ Azan – Johan
πŸ₯ˆ Sajak (Lelaki) – Naib Johan
πŸ₯ˆ Kalam Jamaie – Naib Johan
πŸ₯ˆ Hafazan (Perempuan) – Naib Johan
πŸ₯‰ Hafazan (Lelaki) – Tempat Ketiga

2 Johan β€’ 3 Naib Johan β€’ 1 Tempat Ketiga πŸ†

Tahniah kepada seluruh peserta, guru pembimbing, guru pengiring serta ibu bapa atas usaha, bimbingan dan sokongan yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melahirkan generasi Rabbani yang berilmu, berakhlak dan berwawasan. 🌱

Tahniah Kontingen PASTI Shah Alam!
Syabas dan teruskan kecemerlangan! πŸ’š

PEMUDA PAS SHAH ALAM

22/09/2026

DUN Melaka bubar hari ini

Ayuh, gelombang biru

πŸ“š SELAMAT MENDUDUKI PSRA 2026!Buat semua calon PSRA 2026, khususnya adik-adik SRITI Negeri Selangor, Pemuda PAS Shah Ala...
21/09/2026

πŸ“š SELAMAT MENDUDUKI PSRA 2026!

Buat semua calon PSRA 2026, khususnya adik-adik SRITI Negeri Selangor, Pemuda PAS Shah Alam mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan selamat maju jaya! 🌟
Segala usaha, ulang kaji dan persediaan yang telah dilakukan selama ini, kini tiba masanya untuk memberikan yang terbaik.

Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan:

🀲 Berdoa dan mohon dipermudahkan Allah SWT.
😊 Tenangkan hati dan yakin dengan diri sendiri.
πŸ“– Baca soalan dengan teliti sebelum menjawab.
✍️ Jawab dengan sebaik mungkin berdasarkan ilmu yang telah dipelajari.
πŸ’ͺ Berusaha bersungguh-sungguh dan jangan mudah berputus asa.

Jika berdepan soalan yang sukar, jangan panik. Tenangkan fikiran, baca semula soalan dan cuba jawab dengan kemampuan terbaik.
Ingat adik-adik, usaha yang ikhlas dan kesungguhan dalam menuntut ilmu juga merupakan satu bentuk kejayaan.

Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, memudahkan segala urusan, melancarkan perjalanan peperiksaan dan mengurniakan kejayaan yang terbaik kepada semua calon PSRA 2026.

🌟 Selamat menduduki PSRA 2026!
Usaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, kejayaan menanti. 🀲
Pemuda PAS Shah Alam
Sentiasa mendoakan kejayaan generasi pewaris ummah.




πŸ‡²πŸ‡Ύ HARI MALAYSIA | RIDE ANAK MUDA SHAH ALAM 🏍️πŸ”₯Alhamdulillah, sempena Hari Malaysia 2026, DACS Shah Alam berjaya menghim...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ HARI MALAYSIA | RIDE ANAK MUDA SHAH ALAM 🏍️πŸ”₯

Alhamdulillah, sempena Hari Malaysia 2026, DACS Shah Alam berjaya menghimpunkan lebih kurang 15 orang anak muda dari Shah Alam dalam program Ride Hari Malaysia.

Bermula dari RV Masjid Negeri Shah Alam, konvoi anak muda bergerak bersama menikmati perjalanan sambil mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan.

Destinasi kali ini, Air Terjun Sungai Kanching 🌿🏍️

Bukan sekadar ride, tetapi ruang untuk anak muda berkenalan, berkawan dan membina kebersamaan dalam suasana santai.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Berbeza latar, satu Malaysia.
🀝 Anak muda bersatu, ukhuwah diperkasa.

Terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan program ini.

DACS Shah Alam
Anak Muda Bersatu Untuk Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ







πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIAMalaysia Madani bukan sekadar kata-kata.Rakyat mahu keadilan, pemimpin yang amanah dan masa depa...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA

Malaysia Madani bukan sekadar kata-kata.
Rakyat mahu keadilan, pemimpin yang amanah dan masa depan yang lebih baik.
Perpaduan mesti dirasai, bukan hanya dilaungkan.

Ikhlas Dari
Pemuda PAS Shah Alam

15/09/2026

Address

No 3-3, Jalan Pegaga G U12/G, Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam Darul Ehsan
Shah Alam
40000

Telephone

+60137603367

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share