Masjid Universiti Teknologi MARA Shah Alam - Media FB Rasmi

Masjid Universiti Teknologi MARA Shah Alam - Media FB Rasmi Melaksanakan program-program pengimarahan masjid Sebelum dimasyhurkan menjadi Masjid, tempat ini dikenali sebagai Pusat Islam, UiTM Shah Alam.

Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam telah dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 10 Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadhan 1432H. Masjid telah diurus di dalam Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) yang bertanggungjawab merancang, melaksana, menyel

ia serta memantau segala program dan aktiviti kerohanian di UiTM selaras dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan aqidah di Malaysia. Bahagian ini terbahagi kepada tiga pusat:

1. Pusat Pengurusan Dan Imarah Masjid

2. Pusat Bimbingan Dan Pendidikan

3. Pusat Dakwah Dan Khidmat Komuniti


Pusat Pengurusan Dan Imarah Masjid (PusPIM)

Bertanggungjawab menjalankan program-program pengimarahan dan pengurusan fasiliti Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh PusPIM:

Program Ihya Ramadhan
Karnival Semarak Hijrah
Program Hari Kebesaran Islam
Kursus Umrah Dan Haji Tarbawi
Program Lambaian Ka'abah
Kelas Pengajian Al-Quran
Kursus Pengurusan Jenazah
Pengurusan tempahan peralatan & ruang masjid
Pengurusan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa
Pengurusan Informasi Masjid (facebook@masjid UiTM)



Pusat Bimbingan Dan Pendidikan (PBP)

Bertanggungjawab menjalankan penyelarasan program bimbingan dan nasihat agama kepada warga UiTM dan komuniti dengan program dan aktiviti kerohanian. Perkhidmatan Bimbingan Dan Nasihat Agama Individu
Perkhidmatan Bimbingan Dan Nasihat Agama Kelompok
Program Mau'izah
Program Kerohanian Pelajar Baru
Kelas Kokurikulum Kerohanian
Wacana Ilmuan Islam
Seminar Pengukuhan Akidah
Program Discovery Journey of Da'e
Program Duduk Santai



Pusat Dakwah Dan Khidmat Komuniti (PDK)

Bertanggungjawab menjalankan program dan aktiviti dakwah. Kursus Pra Perkahwinan
Pena Da'ie
Bicara Ad-Din
Semarak Solat Berjemaah
Seminar Keluarga Sakinah
Kelas Pengajian Talaqqi Berkitab: Mahasiswa Jejak Ilmu

[ β€‹π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 β€‹πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐓𝐔𝐀𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ π‡π€π‰πˆ π‡π€πŒπƒπ€ππˆ ]Assalamualaikum wrt wbt. Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Pem...
07/09/2026

[ β€‹π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 β€‹πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐓𝐔𝐀𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ π‡π€π‰πˆ π‡π€πŒπƒπ€ππˆ ]

Assalamualaikum wrt wbt.

Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, UiTM Shah Alam ingin merakamkan jutaan terima kasih di ​atas sumbangan yang diberikan sebagai Pengarah di Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa.

​Selamat melangkah ke gerbang persaraan.

Semoga fasa baharu ini dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan di samping keluarga tersayang, serta kesejahteraan hidup yang berterusan.

​"Jasamu dikenang, budi disanjung."

​Ikhlas Daripada:
Warga Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, UiTM Shah Alam.

[  #π‹π„ππ’π€ππ‡π„πˆ: π’π„π‹π€πŒπ€π“ ππ„ππ†π€ππ“πˆπ 𝐁𝐀𝐑𝐔 ]5.9.2026 (Sabtu) - Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT....
05/09/2026

[ #π‹π„ππ’π€ππ‡π„πˆ: π’π„π‹π€πŒπ€π“ ππ„ππ†π€ππ“πˆπ 𝐁𝐀𝐑𝐔 ]

5.9.2026 (Sabtu) - Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Warga Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) berkesempatan untuk hadir meraikan majlis Walimatulurus Penolong Pendaftar (HEI), Ustazah Nurizzah Zafirah Binti Mohammad Nasaruddin dengan pasangannya, Ustaz Muhammad Ali Bin Muhd Radzi.

​Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fii khair.

​Kami mendoakan agar ikatan suci yang terbina ini sentiasa dilimpahi mawaddah, sakinah, dan rahmah, serta kekal bahagia hingga ke syurga-Nya.

Sekian, wassalam.

04/09/2026

((SIARAN LANSUNG))
[ KHUTBAH DAN SOLAT JUMAAT 04.09.2026 ]
TAJUK: MEREALISASIKAN HAKIKAT KEMERDEKAAN
KHATIB/IMAM: USTAZ MUHAMMAD ALIF BIN MAZUKI
BILAL: USTAZ MOHD BAKRI AMINUDDIN

SILA LIKE SHARE DAN FOLLOW

[  #π‹π„ππ’π€ππ‡π„πˆ: πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ”π†π€π‘π€π π‰π€π–πˆ, πŒπ”ππ’π˜πˆ 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 π‰π€π–πˆ ]2.9.2026 (Rabu) - Telah berlangsung Kursus Pemugaran Jawi, Muns...
04/09/2026

[ #π‹π„ππ’π€ππ‡π„πˆ: πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ”π†π€π‘π€π π‰π€π–πˆ, πŒπ”ππ’π˜πˆ 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 π‰π€π–πˆ ]

2.9.2026 (Rabu) - Telah berlangsung Kursus Pemugaran Jawi, Munsyi Dewan Jawi pada 1 - 2 September 2026 yang melibatkan penyertaan dua orang Munsyi Dewan Jawi daripada Bahagian Hal Ehwal Islam iaitu Ustaz Mohammad Shaffiaizad Amar Mohammed Sabri dan Ustazah Nurizzah Zafirah Mohammad Nassaruddin.

Kursus ini merupakan satu inisiatif dalam memperkukuh serta memantapkan penguasaan dan kemahiran tulisan Jawi, khususnya dalam kalangan Munsyi Dewan Jawi sebagai individu yang berperanan penting dalam memastikan penggunaan tulisan Jawi dilaksanakan dengan tepat, betul dan selaras dengan pedoman yang ditetapkan.

Sepanjang kursus ini berlangsung, pelbagai aspek berkaitan tulisan Jawi telah diberi perhatian melalui perbincangan, penelitian dan pemurnian, khususnya berkaitan kaedah ejaan Jawi, pemakaian huruf, pembentukan kata serta penggunaan tulisan Jawi yang tepat dalam urusan rasmi dan akademik.

Kursus ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kompetensi Munsyi Dewan Jawi dalam melaksanakan peranan sebagai rujukan dan pembimbing berkaitan tulisan Jawi, di samping memperkasa usaha pemeliharaan dan pemerkasaan tulisan Jawi dalam konteks institusi pendidikan tinggi.

Semoga pelaksanaan kursus ini dapat memberikan manfaat yang berterusan dalam memperkukuh penggunaan tulisan Jawi yang betul dan berkualiti, seterusnya menyumbang kepada usaha memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan bahasa dan identiti bangsa.

Sekian, wassalam.

[ π‰π„πŒππ”π“π€π πŠπ„ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπˆπ’πŠπ”π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 πˆπ’π‹π€πŒ ]Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Peme...
03/09/2026

[ π‰π„πŒππ”π“π€π πŠπ„ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπˆπ’πŠπ”π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 πˆπ’π‹π€πŒ ]

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, UiTM Shah Alam akan mengadakan Diskusi Pengurusan Harta Islam seperti maklumat berikut:

πŸ—“οΈ: 21 September 2026 (Isnin)
πŸ•£: 8.00 pagi-5.00 petang
πŸ“: Dewan Muktamar 1, Masjid UiTM Shah Alam

Diskusi ini akan membincangkan persoalan berkenaan:
πŸ”ŽPerbezaan wasiat, hibah dan faraid
πŸ”ŽKiraan faraid yang betul
πŸ”ŽProses pengurusan harta pusaka

Jom tambah ilmu dan fahami hak, amanah serta tanggungjawab kita dalam mengurus harta.

Kepada warga UiTM Shah Alam yang berminat, sila imbas kod QR pendaftaran atau tekan pada pautan di bawah.

https://q.me-qr.com/e3wi8v96

"Waris bukan sekadar nama-ia soal hak, tanggungjawab dan keberkatan"

Sekian, wassalam.

teratas

[  : DUHA WITH NISA' ]2.9.2026 (Rabu) - Telah berlangsung program Duha with Nisa' Surah Asy-Syams secara atas talian ole...
02/09/2026

[ : DUHA WITH NISA' ]

2.9.2026 (Rabu) - Telah berlangsung program Duha with Nisa' Surah Asy-Syams secara atas talian oleh Ustazah Dr Taqwa binti Zabidi, Jakim.

Perbincangan merangkumi tiga bahagian dalam surah iaitu kekuasan Allah SWT, rahsia kejayaan dan kisah kaum Thamud.

Semoga majlis ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sekian, wassalam.

[  : SEKITAR MAUIZAH MINGGU KEEMPAT BULAN OGOS 2026 ]Assalamualaikum wrt wbtTAJUK : ADAB-ADAB DENGAN ALLAHImam Al-Ghazal...
02/09/2026

[ : SEKITAR MAUIZAH MINGGU KEEMPAT BULAN OGOS 2026 ]

Assalamualaikum wrt wbt

TAJUK : ADAB-ADAB DENGAN ALLAH

Imam Al-Ghazali mengutamakan kepentingan beradab dengan pencipta kita, Al-Khaliq dalam bab pergaulan dan persahabatan kerana hakikatnya kita sentiasa dalam pemerhatian Allah SWT selama 24 jam sehari. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.

Antara Jabatan dan Fakulti yang terlibat adalah:

β–ͺ️Kolej Kediaman Seroja & Meranti - Ustaz Mohd Afiz Hasan
β–ͺ️Fakulti Seni Lukis & Seni Reka - Ustaz Ahmad Ammar Rozaini
β–ͺ️Institut Pengajian Siswazah - Ustazah Nur Ilmina Batrisyia Bahrim
β–ͺ️Fakulti Alam Bina - Ustaz Abdul Mutalib Jamil
β–ͺ️Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam - Ustaz Mohamad Shaffiaizad Amar
β–ͺ️Bahagian Gaji & Kewangan Staf - Ustaz Mohd Nazril Saad

[  : KEHADIRAN KE PERSIDANGAN MASJID SERANTAU 1448H ]30.8.2026 (Ahad) - Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam telah me...
30/08/2026

[ : KEHADIRAN KE PERSIDANGAN MASJID SERANTAU 1448H ]

30.8.2026 (Ahad) - Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam telah menghantar Bilal Kanan, Ustaz Mohd Bakri Aminuddin, sebagai wakil ke Persidangan Masjid Serantau 1448 H yang diadakan di Ipoh, Perak.

Persidangan telah berlangsung selama 2 hari dari 29 sehingga 30 Ogos 2026.

Semoga penyertaan ini memberi impak positif dan memperkasakan pengurusan imarah masjid di UiTM.

Sekian, wassalam.

[ TAHNIAH ]
30/08/2026

[ TAHNIAH ]

Alhamduillah, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa telah berjaya merangkul tiga (3) Anugerah dalam International Information Management Online Showcase (iiMOS) 2026 melalui projek Sistem Pelaporan Adiwangsa (SiPA).

‒⁠ ⁠Top 5 Award Expert Category
‒⁠ ⁠Diamond Award Expert Innovator
⁠‒⁠ ⁠Gold Medal

πŸ’œ

28/08/2026

[ : CARA RASULULLAH MAKAN ]

Address

Kompleks Pusat Islam, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi Mara
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 05:30 - 21:30
Tuesday 05:30 - 21:30
Wednesday 05:30 - 21:30
Thursday 05:30 - 21:30
Friday 05:30 - 21:30
Saturday 05:30 - 21:30
Sunday 05:30 - 21:30

Telephone

+60355442350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Universiti Teknologi MARA Shah Alam - Media FB Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Universiti Teknologi MARA Shah Alam - Media FB Rasmi:

Shortcuts

Share

Category