Dana Wakaf & Sumbangan Masjid Setia Alam

Dana Wakaf & Sumbangan Masjid Setia Alam Menyampaikan maklumat wakaf dan permohonan sumbangan dari surau-surau/kariah dan Masjid Setia Alam

Sumbangan/Wakaf Khusus untuk Masjid Setia Alam :

PAHALA WAKAF MENGALIR ABADI
NO AKAUN : 245-202-200-269-7 (AMBANK SETIA ALAM)
" JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID SETIA ALAM "

Kami juga berkongsi pelbagai info agensi/surau/individu terkesan yang sumbangan dan menjadikan satu platform sumbangan kariah Setia Alam yang tepat.

AssalamualaikumDimaklumkan bahawa Surau As-Salam sedang melaksanakan projek naik taraf siling ruang solat utama demi kes...
02/08/2026

Assalamualaikum

Dimaklumkan bahawa Surau As-Salam sedang melaksanakan projek naik taraf siling ruang solat utama demi keselesaan seluruh ahli kariah.

Kenaikan bil elektrik yang semakin meningkat saban bulan akibat penggunaan penghawa dingin yang kerap, ditambah p**a dengan keadaan cuaca yang semakin panas, telah mendorong pihak surau untuk mengambil langkah yang lebih berkesan dan menjimatkan dalam jangka panjang.

Antara tujuan utama projek ini adalah untuk:

✅ Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
✅ Memastikan ruang solat lebih cepat sejuk dan kekal selesa.
✅ Menambah baik sistem pencahayaan agar lebih kemas dan moden.
✅ Meningkatkan keselesaan serta kekhusyukan para jemaah.
Jumlah kos yang diperlukan ialah RM30,000, melibatkan 600 lot, dengan nilai RM50 bagi setiap lot.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat yang berterusan serta memberi manfaat kepada seluruh ahli kariah dan generasi akan datang.

Jzkk

18/07/2026
18/07/2026
☂️❤️ PAYUNG PRIHATIN PIBG☂️❤️Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dukacita dimaklumkan bahawa bapa murid SK Setia Alam, s...
19/06/2026

☂️❤️ PAYUNG PRIHATIN PIBG☂️❤️

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa murid SK Setia Alam, sedang menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketumbuhan otak pada 29 April 2026. Beliau masih memerlukan rawatan lanjut dan belum dibenarkan bekerja buat masa ini.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan, PIBG SK Setia Alam membuka kutipan sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga sepanjang tempoh pemulihan beliau.

🏦 Saluran Sumbangan
Bank: Maybank
Penama Akaun: Noor Syahira binti Karim
No. Akaun: 1520 4044 0545

Tiada sumbangan yang terlalu kecil, setiap bantuan amat bermakna buat keluarga ini dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.

UNIT KEBAJIKAN DAN DANA
PIBG SESI 2026/2027
SK SETIA ALAM

Makluman KariahJualan Kebajikan bagi membantu En Asrulhida menampung kos rawatan isteri (kanser limfoma) dan menyara 7 o...
15/03/2026

Makluman Kariah

Jualan Kebajikan bagi membantu En Asrulhida menampung kos rawatan isteri (kanser limfoma) dan menyara 7 orang anaknya.

Jualan produk Bidara, Kasturi Kijang, Gula pasir dan Gula Sirap berkalori Rendah.

Jualan bermula seperti berikut;

Tarikh: 15 Mac 2026 & 16 Mac 2026
Masa: 4 petang hingga 10 malam.
Lokasi: Masjid Setia Alam.

Terima kasih atas sokongan tuan/puan.

Address

No 2 , Jalan Setia Prima U13/S Setia Alam Darul Ehsan
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dana Wakaf & Sumbangan Masjid Setia Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Dana Wakaf & Sumbangan Masjid Setia Alam:

Shortcuts

Share