09/06/2026
Alhamdulillah, penyerahan sumbangan set jenazah telah disampaikan kepada Masjid Kampung Pendamar, Klang sebagai salah satu usaha membantu memudahkan urusan pengurusan jenazah di peringkat komuniti setempat.
Sumbangan ini bukan sekadar bantuan kelengkapan, tetapi satu bentuk persediaan penting apabila berlaku kematian dalam masyarakat. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan, memudahkan pihak masjid, serta memberi manfaat kepada keluarga yang memerlukan.
Terima kasih kepada pihak Masjid Kampung Pendamar atas penerimaan dan doa yang diberikan. Semoga setiap sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua penyumbang.
Infak Pakaian Terakhir β kerana setiap jenazah berhak diuruskan dengan sempurna.