PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR Pumsel Selain itu, jawankuasa awal ini turut dianggotai oleh Tuan Haji Tuan Haji Mohd.

Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Negeri Selangor (PUMSel) merupakan cawangan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) peringkat negeri yang pertama ditubuhkan dalam tahun 1984 dengan Yang Dipertua (YDP) yang pertama iaitu Tuan Haji Mahmad Muhtar bin Haji Mahmad Saleh. Talha bin Abdul Rahman selaku timbalan Yang Dipertua, Tuan Haji Zohdi Bin Haji Toha, sebagai Setiausaha Agung serta Ust Amir Marzuki sebag

ai Timbalan Setiausaha. Jawatankuasa penaja ini kemudian telah mengusahakan pendaftaran PUMSel sebagai sebuah badan berdaftar yang sah. Hasilnya PUMSel telah didaftarkan secara rasminya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 27 Februari 1987. Pada awal penubuhannya, ahli-ahli PUMSel terdiri daripada kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor, pensyarah, kadi, Imam-imam masjid serta guru-guru sekolah agama di sekitar lembah Kelang.

SELAMAT HARI PEKERJA: PENGHARGAAN BUAT STAF PUMSel DI PUM PUSAT 🌹​Hari Pekerja bukan sekadar cuti umum, tetapi simbol pe...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA: PENGHARGAAN BUAT STAF PUMSel DI PUM PUSAT 🌹

​Hari Pekerja bukan sekadar cuti umum, tetapi simbol penghargaan buat mereka yang tidak jemu berbakti. Tulus ikhlas daripada barisan Kepimpinan PUMSel, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf pejabat PUMSel yang bertugas di PUM Pusat.
​Segala penat lelah, masa, dan keringat yang anda curahkan adalah nadi kepada kelancaran gerak kerja dakwah kita selama ini.

​"PEKERJA KESUMA BANGSA"
"Sukarelawan Pemangkin Dakwah"

​Salam hormat,
Pengerusi & Barisan AJK PUMSel

Khas buat Mohd Azmi Walang dan Hamidi Basiron

📢 Kenyataan Rasmi PUMSelPersatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian...
28/04/2026

📢 Kenyataan Rasmi PUMSel

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Dewan di-Raja Selangor: Tindakan keras mesti diambil terhadap pihak yang menghina institusi diraja.

🔹 Menghina Sultan adalah menghina agama, adat dan negara. Perbuatan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah bercanggah dengan ajaran Islam yang menuntut ketaatan kepada pemimpin dan melarang fitnah serta adu-domba.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ (4:59):

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul serta pemimpin-pemimpin di antara kamu.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak akan masuk syurga orang yang s**a mengadu domba.” (Riwayat Muslim, no. 105)

Mereka yang menyebarkan penghinaan terhadap Sultan termasuk dalam golongan nammam – penyebar fitnah yang merosakkan hubungan rakyat dengan pemimpin.

Tuntutan PUMSel:

PDRM & MCMC mengambil tindakan tegas dan segera terhadap semua pihak terlibat.

Pendakwaan penuh di bawah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan Seksyen 504, dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Kementerian Komunikasi mempergiatkan kempen literasi digital mengenai adab, etika dan tanggungjawab di media sosial.

Umat Islam khususnya menolak dan tidak menyebarkan kandungan menghina atau memfitnah.

Selangor Rumah Kami, Sultan Kami, Maruah Kami

Selangor adalah negeri berbilang kaum yang kaya dengan tradisi keharmonian. Institusi diraja adalah elemen penyatu penting dalam struktur sosial dan perlembagaan negara – ia mesti dipertahankan oleh semua.

PUMSel berdiri teguh bersama Dewan di-Raja Selangor, pihak berkuasa dan rakyat dalam menjaga kemuliaan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dikeluarkan oleh:
Rumaizi Ahmad
Pengerusi, PUMSel
27 April 2026

Kuala Lumpur: Isu penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mendapat reaksi daripada beberapa pertubuhan kerajaan yang meminta pihak berwajib bertindak tegas tanpa kompromi.

https://www.facebook.com/share/p/18ijMYNqs2/
25/04/2026

https://www.facebook.com/share/p/18ijMYNqs2/

RAYUAN KECEMASAN: KEBAKARAN BESAR SANDAKAN, SABAH

Assalamualaikum Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

Dalam sekelip mata, lebih 1000 buah rumah di perkampungan air Sandakan musnah dijilat api. Struktur kayu yang rapat & angin kuat menyebabkan ramai keluarga kini sehelai sepinggang.

Bayangkan... tempat yang semalam dipanggil "rumah", hari ini hanya tinggal abu dan kenangan.

Mereka kini sangat terdesak. Tiada tempat berteduh, tiada makanan, tiada pakaian.

Lajnah Kebajikan PUM kini turun padang untuk sampaikan bantuan terus kepada mangsa.

Ayuh, kita ringankan beban mereka. Sumbangan Tuan/Puan walau RM10 sangat bermakna.

SALURKAN BANTUAN SEGERA DI SINI:
https://toyyibpay.com/Bantuan-Bencana-Sandakan

Atau imbas QR di poster.

Sebarang pertanyaan, hubungi Urusetia PUM:
010-551 0710 / 03-5514 301

Semoga Allah ganti dengan ganjaran yang lebih baik. Amin.

LAJNAH KEBAJIKAN PUM

MEMPERKASA PENGURUSAN MELALUI TEKNOLOGI AI​Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Kursus Kemahiran AI Dalam Pengurusa...
16/04/2026

MEMPERKASA PENGURUSAN MELALUI TEKNOLOGI AI

​Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Kursus Kemahiran AI Dalam Pengurusan bertempat di SK Asli Bukit Cheding (SKABC). Program intensif selama 3 jam ini merupakan inisiatif kolaborasi antara SKABC dan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) melalui Akademi PUMSel.
​Sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Rumaizi bin Ahmad, DBA ini telah memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta mengenai landskap teknologi masa kini. Pihak PUMSel turut diwakili oleh Ust Azmi Walang dan Ust Rizal Ali sebagai urusetia.

​Antara pengisian utama kursus merangkumi:
🔹 Pengenalan AI & Tadbir Urus (Governance): Memahami etika dan kawalan dalam penggunaan kecerdasan buatan.
🔹 Eksplorasi Tools AI: Mengenali pelbagai alatan yang dapat membantu tugasan harian.
🔹 Latihan Praktikal: Sesi "hands-on" menggunakan model bahasa raya (LLM) terkini seperti Claude, Gemini, dan DeepSeek.

​PUMSel sentiasa komited dalam menyokong usaha peningkatan kemahiran digital (upskilling) dalam kalangan masyarakat, khususnya warga pendidik, agar institusi pendidikan kita terus relevan dan efisien di era digital ini.
​Terima kasih kepada pihak SK Asli Bukit Cheding atas layanan yang baik dan kerjasama yang erat. Semoga ilmu yang dikongsi membuahkan hasil yang bermanfaat untuk semua.

بسم الله الرحمن الرحيمانا لله وانا اليه راجعون​BELASUNGKAWA: USTAZ DR. ABDUL HALIM EL-MUHAMMADY​Persatuan Ulama Malaysia...
16/04/2026

بسم الله الرحمن الرحيم
انا لله وانا اليه راجعون
​BELASUNGKAWA: USTAZ DR. ABDUL HALIM EL-MUHAMMADY
​Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Dr. Abdul Halim El-Muhammady atas pemergian beliau ke rahmatullah.
​Pemergian tokoh akademik, dakwah, dan mantan Timbalan Presiden ABIM ini amat dirasai oleh kita semua.
​Moga Allah SWT mengampuni segala dosa beliau, merahmati roh beliau, dan menempatkan beliau di tempat yang terbaik di sisi-Nya, dalam kalangan para solihin. Amin.
​Salam Takziah dari seluruh Ahli Jawatankuasa dan Ahli PUMSel.
​Al-Fatihah.

📢 MUNTADA ILMI PUMSEL SIRI 2/2026 TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA!Alhamdulillah, program Muntada Ilmi PUMSel Siri 2/202...
06/04/2026

📢 MUNTADA ILMI PUMSEL SIRI 2/2026 TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA!

Alhamdulillah, program Muntada Ilmi PUMSel Siri 2/2026 bertajuk “AI Skills in Organizational Management: An Introduction” telah berjaya dilaksanakan pada 5 April 2026 (Ahad) secara dalam talian melalui Google Meet.
🎙 Penceramah: Rumaizi Ahmad, Pengerusi PUMSel

Program ini telah menghimpunkan AJK PUMSel, ahli PUMSel serta jemputan khas, dengan penyertaan yang sangat memberangsangkan dan komitmen yang tinggi daripada semua peserta.

🧠 Apa yang dipelajari? Peserta telah didedahkan dengan: ✅ Konsep asas Kecerdasan Buatan (AI)
✅ Sejarah dan perkembangan AI hingga era Agentic AI
✅ Jenis-jenis AI dan fungsinya
✅ Teknik Prompt Engineering yang efektif
✅ 5 tools AI utama untuk kegunaan NGO
✅ Aplikasi praktikal AI dalam pengurusan organisasi
✅ Panduan penggunaan AI secara beretika
✅ Perspektif Islam: AI sebagai wasilah yang perlu diurus dengan amanah

💡 Impak Program Program ini membuka ruang kepada: ✨ Peningkatan kecekapan pengurusan organisasi
✨ Penggunaan AI sebagai “pembantu digital” dalam operasi NGO
✨ Kesedaran tentang kepentingan teknologi dalam dakwah & pentadbiran
🤝 Penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah dan semua peserta yang telah menjayakan program ini.
📌 Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasa gerak kerja PUMSel ke arah lebih efisien dan berimpak tinggi, selari dengan perkembangan teknologi semasa.

https://www.facebook.com/share/17xDSsUq6N/
01/04/2026

https://www.facebook.com/share/17xDSsUq6N/

PUM GESA TINDAKAN TEGAS TERHADAP PEMANDU MABUK: JANGAN BIARKAN JALAN RAYA MENJADI "SUNGAI MAUT"

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) merakamkan rasa dukacita dan hiba yang amat mendalam berhubung kejadian tragis terbaru melibatkan seorang pemuda yang menjadi mangsa nahas pemandu mabuk. Rakaman tular yang memaparkan mangsa melambung tinggi akibat impak rempuhan yang amat dahsyat sehingga terjatuh di atas kenderaan dalam keadaan tidak bernyawa adalah satu tragedi yang sangat menyayat hati dan tidak boleh dimaafkan.

Sehubungan dengan itu, PUM menyatakan pendirian tegas dan tuntutan berikut:

Tindakan Undang-Undang Yang Maksimum: PUM menggesa pihak kerajaan dan pihak berkuasa agar mengambil tindakan paling tegas terhadap pelaku. Hukuman sedia ada perlu dikaji semula agar bersifat lebih mencegah (deterrent) supaya jalan raya kita tidak terus menjadi "sungai maut" akibat kecuaian melampau individu yang mementingkan diri sendiri.

Pelaksanaan Konsep Diat (Pampasan): PUM menyokong penuh usaha kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan sistem Diat (pampasan nyawa) berasaskan prinsip hukum Islam yang adil. Diat bukan sekadar hukuman, tetapi satu bentuk keadilan sosial yang membela nasib keluarga mangsa yang kehilangan punca pendapatan atau insan tersayang akibat jenayah berat seperti ini. Pelaksanaan sebatan juga boleh difikirkan secara serius.

Pendidikan dan Keselamatan Jalan Raya: Usaha mendidik pemandu mengenai tanggungjawab dan nilai nyawa manusia harus diperkasakan. Kerajaan juga digesa meningkatkan langkah keselamatan di kawasan berisiko bagi melindungi pengguna jalan raya yang tidak berdosa.

Kawalan Terhadap Alkohol - Punca Masalah: PUM mendesak agar kawalan lebih ketat dikenakan terhadap penjualan dan pengambilan alkohol bagi memastikan insiden yang berpunca daripada mabuk ini tidak terus menghantui masyarakat.

PUM mendoakan agar roh almarhum mangsa dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Kami juga ingin menyampaikan ucapan takziah yang paling tulus kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Cukuplah nyawa yang terkorban. Keadilan harus ditegakkan demi maruah nyawa dan keselamatan awam.

“Mendepani Cabaran, Membina Ummah”

DR AINUL ASYRAF BIN LOKMAN
Pengerusi
Sekretariat Syubban (Pemuda)
Persatuan Ulama Malaysia
01 April 2026

22/03/2026
🌙 ZIARAH KASIH & DAKWAH RAMADAN ORANG ASLI 2026Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor kolaborasi dengan  SK A Bkt Chedi...
20/03/2026

🌙 ZIARAH KASIH & DAKWAH RAMADAN ORANG ASLI 2026
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor kolaborasi dengan SK A Bkt Cheding

Alhamdulillah. Pada 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447H, PUM Selangor sekali lagi menghulurkan tangan kasih kepada saudara-saudari kita, komuniti Orang Asli Muslim di Kuala Langat, Selangor.

Bermula seawal 2.30 petang, pas**an PUM Selangor bergerak ke perkampungan Orang Asli di Bukit Cheding, Bukit Kemandol, Busut Baru, Pulau Kempas, Bukit Kechil dan Bukit Perah — membawa bersama bakul rahmah, duit raya dan yang paling utama: kehadiran dan ukhuwwah.

🏡 Ziarah ke Rumah
Kami menziarahi keluarga demi keluarga — mengetuk pintu, bersalaman, dan menyerahkan terus sumbangan Bakul Rahmah yang mengandungi keperluan asas dapur. Setiap ketukan pintu itu adalah mesej: anda tidak dilupakan.

📖 Halaqah Bimbingan
Sebelum waktu berbuka, kami duduk bersama-sama — bersila di atas tikar — dalam sesi halaqah yang santai namun bermakna. Bimbingan asas ibadah, perbincangan tentang Ramadan dan penguatan akidah disampaikan dengan penuh kasih sayang.

🌅 Berbuka Puasa Bersama
Ketika azan Maghrib berkumandang, suasana menjadi hening seketika. Kemudian riuh rendah bersama. Meja iftar yang panjang, tangan yang bersalam, dan hati yang satu. Inilah Ramadan yang sebenar.

🙏 Tarawih Berjemaah
Malam diteruskan dengan Solat Isya' dan Tarawih berjemaah — saf yang lurus, hati yang khusyuk. Selepas moreh, satu per satu nama dipanggil — anak-anak kecil Orang Asli melangkah ke hadapan, menerima duit raya dengan senyuman yang tidak ternilai harganya.
Dakwah bukan sekadar kata-kata. Ia adalah kehadiran. Ia adalah genggaman tangan. Ia adalah berbuka bersama dalam kesederhanaan yang penuh barakah.

"Setiap sumbangan anda menghidupkan Ramadan mereka."

Terima kasih kepada seluruh ahli, s**arelawan dan penderma yang menjadikan program ini satu kenyataan. Terima kasih juga kepada wakil Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, PPD dan pentadbir sekolah berdekatan.

Semoga Allah SWT membalas setiap keringat dan ringgit yang dihulurkan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

🤲 Santuni • Dakwah • Berkongsi Rezeki

Address

14B, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share