Surau Al-Malikussoleh

Surau Al-Malikussoleh Page Rasmi AMS
Platform utama warga KMST untuk mendapatkan update terkini berkenaan AMS

20/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita telah menyempurnakan ibadah Ramadan dan kini menyambut hari kemenangan dengan penuh rasa syukur.

Pihak surau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh jemaah dan penduduk setempat. Semoga segala amalan kita diterima dan kita dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang.

Terima kasih atas sokongan dan kehadiran sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan diberkati.

Bergema takbir memuji Ilahi,
Menggetar jiwa tanda kemenangan,
Sebulan Ramadan kita hayati,
Kini Syawal disambut penuh kesyukuran.

Ikhlas daripada,
Pihak Pengurusan Surau 🤍

19/03/2026

Tazkirah Ramadan Bersama Imam Muda Hassan

🌙 *Jemputan Qiamulail Perdana* 🌙Dalam sunyi malam yang penuh keberkatan, marilah kita bersama-sama menghidupkan hati dan...
14/03/2026

🌙 *Jemputan Qiamulail Perdana* 🌙

Dalam sunyi malam yang penuh keberkatan, marilah kita bersama-sama menghidupkan hati dan jiwa dengan bermunajat kepada Allah.

Dengan penuh rasa rendah diri, kami menjemput tuan/puan untuk hadir ke Qiamulail Perdana yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Hafiz Shazelan

🗓️ *Tarikh: Ahad 15Mac 2026*
🕓 *Masa: 4.00 pagi*
📍 *Tempat: Surau Al-Malikussoleh KMST*
🍽 *Sahur disediakan*

Mungkin inilah malam yang Allah pilih untuk kita menundukkan hati, memohon keampunan, dan menitiskan air mata taubat. Dalam keheningan sepertiga malam, setiap doa yang lahir dari hati yang ikhlas tidak akan pernah sia-sia di sisi-Nya.

Datanglah walau dengan hati yang penat, dengan dosa yang terasa berat, kerana pintu rahmat Allah sentiasa terbuka luas untuk hamba-Nya yang ingin kembali.

Jangan biarkan malam berlalu tanpa kita mendekat kepada-Nya.
Ayuh kita bertemu dalam sujud, sebelum fajar menyingsing.

✨ Semoga langkah kecil kita menuju rumah Allah menjadi saksi cinta kita kepada-Nya.

❤️ JOM LIKE, SHARE & FOLLOW❤️ KULIAH SUBUH RAMADAN BERSAMA *TUAH HAJI HUSHIM BIN HAJI SALLEH*(PAKAR MOTIVASI & KAUNSELOR...
14/03/2026

❤️ JOM LIKE, SHARE & FOLLOW❤️

KULIAH SUBUH RAMADAN
BERSAMA *TUAH HAJI HUSHIM BIN HAJI SALLEH*

(PAKAR MOTIVASI & KAUNSELOR)

📖 : TAJUK : MEMBURU MALAM LAILATUR QADAR
📅 : TARIKH: AHAD | 15 MAC 2026/25 RAMADAN 1447H
🕰️ : WAKTU : SELEPAS SOLAT SUBUH
📍: SURAU AL-MALIKUSSOLEH KMST

🌼"Barang siapa menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka ALLAH akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga" (Al-Hadis)🌺

Jom menuntut ilmu��

🌺 ASSALAMUALAIKUM WBT MUSLIMIN MUSLIMAT YG DIRAHMATI ALLAH SWT🌺🌺KULIAH MAGHRIB SURAU ALMALIKUSSOLEH KMST🌺▶️ TARIKH: 23/1...
23/01/2026

🌺 ASSALAMUALAIKUM WBT MUSLIMIN MUSLIMAT YG DIRAHMATI ALLAH SWT🌺

🌺KULIAH MAGHRIB SURAU ALMALIKUSSOLEH KMST🌺

▶️ TARIKH: 23/1/2026
▶️ HARI: JUMAAT
▶️ MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB
▶️ KITAB TAJWID
▶️ ALFADHIL UST AZIZ CHE OMAR

🌺 MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERSAMA MENGIMARAHKAN MAJLIS ILMU TERIMA KASIH 🌺

🌺 JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN 🌺
DIALU2KAN #

Address

Kampung Melayu Subang Tambahan
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Malikussoleh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al-Malikussoleh:

Share

Category