Majlis Agama Islam Selangor

Majlis Agama Islam Selangor Lawati laman web MAIS di www.mais.gov.my MAIS ditubuhkan untuk menasihati DYMM Sultan Selangor dalam hal-hal berkaitan dengan Agama Islam.

KULIAH MAGHRIB KHAS - "WASIAT BIJAK URUS HARTA, ELAK PERGADUHAN" SEMPENA KEMPEN WASIAT DHUYUFURRAHMAN NEGERI SELANGOR 20...
15/05/2026

KULIAH MAGHRIB KHAS - "WASIAT BIJAK URUS HARTA, ELAK PERGADUHAN" SEMPENA KEMPEN WASIAT DHUYUFURRAHMAN NEGERI SELANGOR 2026

Ikuti kami bersiaran secara langsung dalam Facebook Majlis Agama Islam Selangor.

▶️Oleh: Ustaz Mohd Hidayat bin Mohd Suhaimi, Penolong Pengurus Baitulmal Zon Barat.
▶️Pada: 15hb Mei 2026, Jumaat (Selepas Maghrib).
▶️Tempat: Masjid Nurul Huda Olak Lempit, Banting

Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan harga tawaran RM 200 bagi pendaftaran wasiat sahaja yang berlangsung sehingga 20 Mei 2026.

Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my

"Jiwa Tiada Gundah, Ibadah Jadi Mudah"

Sekalung TahniahDATO' SERI PROF. DR. NOOR INAYAH BINTI YA'AKUBAnggota Jawatankuasa Pembangunan Baitulmal Majlis Agama Is...
15/05/2026

Sekalung Tahniah

DATO' SERI PROF. DR. NOOR INAYAH BINTI YA'AKUB
Anggota Jawatankuasa Pembangunan Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor

atas pelantikan sebagai

SENATOR DEWAN NEGARA

berkuat kuasa pada

14 MEI 2026

Ikhlas daripada:
Pengerusi MAIS,
Anggota, Setiausaha, Pengurusan dan Pegawai
Majlis Agama Islam Selangor

MENJAWAB SYUBHAT AJARAN AHMADIYYAH QADIANIKesesatan Ahmadiyyah atau Qadiani bukan sekadar perbezaan pandangan pada isu c...
15/05/2026

MENJAWAB SYUBHAT AJARAN AHMADIYYAH QADIANI

Kesesatan Ahmadiyyah atau Qadiani bukan sekadar perbezaan pandangan pada isu cabang agama. Ia merupakan pelanggaran pada asas utama akidah Islam.

Umat Islam perlu sentiasa berwaspada. Status perundangan kumpulan ini sebagai penganut bukan Islam tidak memberi tiket untuk mereka menyebarkan dakyah secara bebas.

Dalam era lambakan maklumat hari ini, sikap berwaspada menjadi semakin penting.

Klik pautan untuk membaca artikel penuh
https://www.mais.gov.my/menjawab-syubhat-ajaran-ahmadiyyah-qadiani/

KULIAH MAGHRIB KHAS PERANCANGAN HARTA DALAM ISLAM SEMPENA KEMPEN WASIAT DHUYUFURRAHMAN NEGERI SELANGOR 2026SUNGAI BESAR,...
15/05/2026

KULIAH MAGHRIB KHAS PERANCANGAN HARTA DALAM ISLAM SEMPENA KEMPEN WASIAT DHUYUFURRAHMAN NEGERI SELANGOR 2026

SUNGAI BESAR, 15 Mei 2026 - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Daerah Sabak Bernam telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah Maghrib Khas berkenaan tajuk "Perancangan Harta Dalam Islam" bersempena Kempen Wasiat Dhuyufurrahman Negeri Selangor 2026 di Surau Al-Hidayah, Taman Berkat pada 14 Mei lepas.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Makhi bin Adnan, Ketua Zon Baitulmal Daerah Zon B (Kuala Selangor & Sabak Bernam), MAIS berkenaan tajuk yang diberi dan dibantu oleh pegawai dari Baitulmal Daerah Sabak Bernam.

Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.

Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan harga tawaran RM 200 bagi pendaftaran wasiat sahaja yang berlangsung sehingga 20 Mei 2026.

Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my

Sebarang pertanyaan, hubungi di talian 03-5514 3772/3773 atau 010-251 9556 (Whatsapp)

Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

ISTIQAMAH"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.”Hadith Riwayat Imam ...
15/05/2026

ISTIQAMAH

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.”

Hadith Riwayat Imam Muslim

TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE GOMBAK DEKATI INSTITUSI MASJID DAN SEKOLAH AGAMAGOMBAK, 14 Mei – Pengerusi Majlis Agama I...
14/05/2026

TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE GOMBAK DEKATI INSTITUSI MASJID DAN SEKOLAH AGAMA

GOMBAK, 14 Mei – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin hari ini mengadakan program turun padang ke daerah Gombak bagi menghadiri sesi dialog bersama 110 Nazir Masjid di Dewan Illiyin, Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Razak.

Sesi tersebut menjadi platform komunikasi dua hala bagi membincangkan pelbagai isu dan cabaran semasa yang dihadapi dalam pengurusan masjid, selain memperkukuhkan peranan institusi masjid dalam menyantuni masyarakat setempat.

Usai sesi dialog, Pengerusi MAIS meneruskan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Islam Al-Islah, Lembah Keramat bagi meninjau perkembangan projek pembangunan institusi berkenaan.

Lawatan kemudiannya diteruskan ke Masjid Cahaya Iman, Country Homes Rawang serta Sekolah Rendah Agama (SRA) Bandar Country Homes bagi melihat sendiri keperluan prasarana dan kemudahan di institusi terbabit.

Turut hadir ialah Dato’ Ir. Haji Cheremi Haji Tarman, Orang Besar Daerah Gombak; Datin Paduka Saudah Sulaiman, Anggota MAIS; Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; Puan Hajah Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Ustazah Rabihah Ibrahim, Timbalan Pengarah Operasi JAIS dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Ustaz Haji Hashim Muhamad.

Hadir sama wakil daripada Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, JAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor, Bakti Suci Sdn. Bhd. dan MAIS.

TAUBAT"Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya."H...
14/05/2026

TAUBAT

"Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya."

Hadith Riwayat Bukhari

13/05/2026

DUA KEKOSONGAN JAWATAN TERKINI DI MAIS, rujuk di ruangan komen.

KULIAH MAGHRIB KHAS - DI SURAU TAMAN GOMBAK RIA SEMPENA KEMPEN WASIAT DHUYUFURRAHMAN NEGERI SELANGOR 2026GOMBAK, 13 Mei ...
13/05/2026

KULIAH MAGHRIB KHAS - DI SURAU TAMAN GOMBAK RIA SEMPENA KEMPEN WASIAT DHUYUFURRAHMAN NEGERI SELANGOR 2026

GOMBAK, 13 Mei 2026 - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Daerah Gombak telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah Maghrib Khas berkenaan tajuk "Wasiat Dhuyufurrahman” bersempena musim Haji 1447H di Surau Taman Gombak Ria pada 12 Mei Lepas.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Izhar Bin Ismail, Ketua Zon Baitulmal Daerah Zon A (Gombak & Hulu Selangor) berkenaan tajuk yang diberi dan dibantu oleh pegawai dari Baitulmal Daerah Gombak.

Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam urusan wasiat & pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.

Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan harga tawaran RM 200 bagi pendaftaran wasiat sahaja yang berlangsung sehingga 20 Mei 2026.

Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my

Sebarang pertanyaan, hubungi di talian 03-5514 3772/3773 atau 010-251 9556 (Whatsapp)

Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGORSertai kami untuk melebarkan lagi kerjaya.Pihak MAIS kini mem...
13/05/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Sertai kami untuk melebarkan lagi kerjaya.

Pihak MAIS kini membuka peluang kepada calon-calon anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi 2 kekosongan jawatan.

Sertai kami segera. Permohonan hendaklah melalui pautan:

Pengarah Kewangan
https://my.jobstreet.com/job/92078101?ref=direct-share-hirer-jobs-list

Pengurus Promosi & Perkhidmatan
https://my.jobstreet.com/job/92077574?ref=direct-share-hirer-jobs-list

📅 Tempoh Permohonan : bermula dari 13 Mei 2026 (Rabu) sehingga 12 Jun 2026 (Jumaat) sehingga pukul 12.00 tengah hari.

Info lanjut sila layari di www.mais.gov.my

P/S: Dimohon untuk menyebarluaskan info ini agar lebih ramai mereka yang berkelayakan untuk memohon. Terima kasih di atas Kerjasama yang sahabat semua berikan.

KULIAH MAGHRIB KHAS - "WASIAT PERKUKUH SILATURAHIM, JARIAH YANG MENGALIR" SEMPENA KEMPEN WASIAT DHUYUFURRAHMAN NEGERI SE...
13/05/2026

KULIAH MAGHRIB KHAS - "WASIAT PERKUKUH SILATURAHIM, JARIAH YANG MENGALIR" SEMPENA KEMPEN WASIAT DHUYUFURRAHMAN NEGERI SELANGOR 2026

BANGI, 13 Mei 2026 - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Daerah Hulu Langat telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah Maghrib Khas berkenaan tajuk "Wasiat Perkukuh Silaturahim, Jariah Yang Mengalir" bersempena Kempen Wasiat Dhuyufurrahman Negeri Selangor 2026 di Masjid Kariah Pekan Bangi, Bangi pada 12 Mei lepas.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hilmi bin Jamaluddin, Ketua Zon Baitulmal Daerah Hulu Langat & Sepang berkenaan tajuk yang diberi dan dibantu oleh pegawai dari Baitulmal Daerah Hulu Langat.

Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.

Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan harga tawaran RM 200 bagi pendaftaran wasiat sahaja yang berlangsung sehingga 20 Mei 2026.

Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my

Sebarang pertanyaan, hubungi di talian 03-5514 3772/3773 atau 010-251 9556 (Whatsapp)

Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

Address

Bangunan Sultan Idris
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

0355143400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Majlis Agama Islam Selangor:

Share