Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam Sebuah masjid yang menjadi pusat ibadah, ilmu, aktiviti kebajikan & kemasyarakatan bagi umat Islam
(1)

مسجد١لاعتصم - Masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya, Shah Alam, menawarkan jadual kuliah setiap bulan serta aktiviti masjid dan juga streaming audio dan video kuliah-kuliah terpilih setiap bulan.

03/06/2026

INFO KULIAH MAGHRIB
MASJID AL-I'TISAM
TTDI JAYA

◆ Rabu
◆ 3 Jun 2026
◆ 17 Zulhijjah 1447

Selepas Solat Maghrib

Kuliah Maghrib
ان شاء الله
akan disampaikan oleh

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Najib bin Ahmad Zailani حفظه الله

Kitab : Fiqh Manhaji

Pautan siaran langsung Kuliah Maghrib Masjid Al-I'tisam di : -

Facebook : -
https://www.facebook.com/alitisam/videos

SILA LIKE LAMAN RASMI FACEBOOK MASJID AL-I’TISAM UNTUK LEBIH INFO DAN MAKLUMAT

INFO DAN GAMBAR PROGRAMMINUM PETANG RABUMASJID AL- I'TISAMTTDI JAYARABU3 JUN 2026Program Minum Petang Rabu yang menjadi ...
03/06/2026

INFO DAN GAMBAR PROGRAM
MINUM PETANG RABU
MASJID AL- I'TISAM
TTDI JAYA

RABU
3 JUN 2026

Program Minum Petang Rabu yang menjadi rutin diadakan sebaik sahaja selesai solat fardhu Asar terus menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah sesama jemaah.

Program ini bukan sekadar menikmati juadah ringan minuman petang, malah menjadi medium untuk memupuk semangat persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan warga kariah.

Semoga majlis kecil yang penuh keberkatan ini terus menyatukan hati-hati kita dalam mencari keredaan Allah SWT serta mengimarahkan Masjid Al-I'tisam.

Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir dan kepada para penyumbang serta petugas yang menjayakan program ini.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan untuk program Minum Petang Rabu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun :

Masjid Al-I'tisam
Maybank
5624 7810 9225

Jom Infaq Hari JumaatMarilah kita bersama-sama merebut peluang beramal pada hari yang penuh keberkatan ini. Amalan infaq...
03/06/2026

Jom Infaq Hari Jumaat

Marilah kita bersama-sama merebut peluang beramal pada hari yang penuh keberkatan ini. Amalan infaq kini boleh dilaksanakan dengan lebih mudah melalui kaedah atas talian, seterusnya membuka ruang untuk kita meningkatkan ketaatan serta kecintaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak p**a menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka p**a tidak akan berdukacita." (Surah al-Baqarah: 261-262)

Segala sumbangan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Semoga setiap pemberian menjadi asbab limpahan rahmat serta ganjaran yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Hulurkan sumbangan ke akaun berikut:

• Masjid Al-I'tisam
• Maybank
• 5624 7810 9225

INFO DAN GAMBAR PROGRAMZIARAH KARIAHMASJID AL-I'TISAM TTDI JAYARABU3 JUN 2026Sesi Ziarah Kariah telah diadakan ke unit p...
03/06/2026

INFO DAN GAMBAR PROGRAM
ZIARAH KARIAH
MASJID AL-I'TISAM
TTDI JAYA

RABU
3 JUN 2026

Sesi Ziarah Kariah telah diadakan ke unit pangsapuri salah seorang ahli kariah Masjid Al-I'tisam TTDI Jaya yang baru sahaja diuji dengan musibah kebakaran di Unit Pansapuri Sri Melewar petang semalam.

Pihak Pengurusan Masjid diketuai oleh Ustaz Muhammad Najib bin Ahmad Zailani selaku Pengurus disertai oleh beberapa Pegawai Masjid telah turun padang bagi melihat sendiri keadaan kediaman dan menyampaikan sokongan moral kepada Puan Aida Rosnita binti Abd Halim, Pangsapuri Sri Melewar.

Impak kebakaran tersebut telah mendatangkan kerosakan yang amat berat pada struktur siling, bumbung, serta barangan di dalam rumah Puan Aida Rosnita. Kebanyakannya musnah dan meninggalkan kesan rentung.

Mari kita sama mendoakan agar Puan Aida Rosnita binti Abd Halim sekeluarga diberikan ketabahan yang tinggi, kekuatan, serta digantikan dengan rezeki yang lebih baik dan melimpah-ruah oleh Allah SWT atas ujian yang menduga ini.

INFO DAN GAMBAR PROGRAMPROGRAM IBADAH KORBAN 2026 MASJID AL-I'TISAM TTDI JAYARABU27 MEI 2026 Syukur ke hadrat Allah SWT,...
03/06/2026

INFO DAN GAMBAR PROGRAM
PROGRAM IBADAH KORBAN 2026
MASJID AL-I'TISAM
TTDI JAYA

RABU
27 MEI 2026

Syukur ke hadrat Allah SWT, sebanyak 12 ekor lembu telah selamat disembelih dan dilapah berkat kerjasama padu, tenaga, dan peluh daripada seluruh ahli kariah, para sukarelawan, dan pihak Pengurusan Masjid Al-I'tisam TTDI Jaya.

Dari proses sembelihan awam sehinggalah agihan daging kepada mereka yang berhak, semuanya berjalan dengan lancar dan penuh muafakat. Memang meriah, bak kata orang: "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."

Di sini dikongsikan sedikit sorotan lensa sepanjang program berlangsung untuk tatapan semua.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program kali ini. Semangat gotong-royong dan ukhuwah yang ditunjukkan oleh kariah Masjid Al-Itisam amat luar biasa !

Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik, infak, dan tenaga anda semua dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Sehingga kita berjumpa lagi di program ibadah korban tahun hadapan, In shaa Allah.

02/06/2026

INFO PROGRAM
MASJID AL-I'TISAM
TTDI JAYA

TADABBUR AL-QURAN MUSLIMAT MASJID AL-I'TISAM

Selasa | 2 Jun 2026

Jam 9.00 pagi

Tadabbur Al-Quran
ان شاء الله
akan disampaikan oleh:

Al-Fadhil Ustaz Umar Abdul Aziz حفظه الله

Surah: Yusuf

Pautan siaran langsung Tadabbur Al-Quran Muslimat Masjid Al-I'tisam di : -

Facebook : -
https://www.facebook.com/alitisam/videos/

SILA LIKE LAMAN RASMI FACEBOOK MASJID AL-I’TISAM UNTUK LEBIH INFO DAN MAKLUMAT

31/05/2026

INFO KULIAH MAGHRIB
MASJID AL-I'TISAM
TTDI JAYA

◆ Ahad
◆ 31 Mei 2026
◆ 14 Zulhijjah 1447H

Selepas Solat Maghrib

Kuliah Maghrib
ان شاء الله
akan disampaikan oleh

Al-Fadhil Ustaz Mohd Azizi bin Yaacob حفظه الله

Tajuk : Asbabun Nuzul Surah Al-Kauthar

Pautan siaran langsung Kuliah Maghrib Masjid Al-I'tisam di : -

Facebook : -
https://www.facebook.com/alitisam/videos

SILA LIKE LAMAN RASMI FACEBOOK MASJID AL-I’TISAM UNTUK LEBIH INFO DAN MAKLUMAT

INFO DAN GAMBAR PROGRAMSARAPAN PAGI AHADMASJID AL-I'TISAM TTDI JAYAAHAD31 MEI 2026Program Sarapan Pagi Ahad dan Kuliah S...
30/05/2026

INFO DAN GAMBAR PROGRAM
SARAPAN PAGI AHAD
MASJID AL-I'TISAM
TTDI JAYA

AHAD
31 MEI 2026

Program Sarapan Pagi Ahad dan Kuliah Subuh telah berlangsung dengan baik.

Program ini bukan sahaja menjadi ruang untuk menikmati juadah bersama, malah mengeratkan ukhuwah, memperkukuhkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam mengimarahkan program hujung minggu di Masjid Al-I'tisam.

Terima kasih kepada semua yang hadir serta memberikan sokongan dan limpahkanlah keberkatan kepada para jemaah yang sentiasa istiqamah hadir ke masjid, menghadiri majlis ilmu dan menyokong program-program masjid.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab bertambahnya rahmat, keberkatan dan kemakmuran masjid.

Kepada yang ingin memghulurkan sumbangan Sarapan Pagi Ahad, boleh menyalurkan sumbangan secara transaksi online kepada :

Masjid Al-I'tisam
Maybank
5624 7810 9225

30/05/2026

INFO KULIAH MAGHRIB
MASJID AL-I'TISAM
TTDI JAYA

◆ Sabtu
◆ 30 Mei 2026
◆ 13 Zulhijjah 1447H

Selepas Solat Maghrib

Kuliah Maghrib
ان شاء الله
akan disampaikan oleh

Al-Fadhil Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal حفظه الله

Tajuk : Wajib Ke Zakat Pendapatan ?

Pautan siaran langsung Kuliah Maghrib Masjid Al-I'tisam di : -

Facebook : -
https://www.facebook.com/alitisam/videos

SILA LIKE LAMAN RASMI FACEBOOK MASJID AL-I’TISAM UNTUK LEBIH INFO DAN MAKLUMAT

29/05/2026

INFO KULIAH MAGHRIB
MASJID AL-I'TISAM
TTDI JAYA

◆ Jumaat
◆ 29 Mei 2026
◆ 12 Zulhijjah 1447H

Selepas Solat Maghrib

Kuliah Maghrib
ان شاء الله
akan disampaikan oleh

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Akmal Arif bin Mohd Azahari حفظه الله

Kitab : Tasawwuf | Tahalli Sifat Mahmudah

Pautan siaran langsung Kuliah Maghrib Masjid Al-I'tisam di : -

Youtube : -
/ -itisam

Facebook : -
/ videos

SILA LIKE LAMAN RASMI FACEBOOK MASJID AL-I’TISAM UNTUK LEBIH INFO DAN MAKLUMAT

Address

Jalan Sastera U2/1, TTDI Jaya
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-I'tisam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-I'tisam:

Share