Surau Al-Bairuha' - Pangsapuri De Palma, Setia Alam

Surau Al-Bairuha' - Pangsapuri De Palma, Setia Alam Surau Pangsapuri De Palma, Setia Alam, Selangor

๐Ÿคฒ
16/06/2026

๐Ÿคฒ

Bersempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448H (Awal Muharam) yang bakal disambut pada 17 Jun nanti, pihak Surau Al-Bair...
15/06/2026

Bersempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448H (Awal Muharam) yang bakal disambut pada 17 Jun nanti, pihak Surau Al-Bairuha' telah menganjurkan Kuliah Maghrib Khas pada Sabtu yang lalu.

Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran JAKIM.

Kuliah yang bertemakan "Awal Muharam: Permulaan Langkah Baharu Menuju Reda Ilahi" ini memberi penekanan kepada kepentingan muhasabah diri, bertaubat, memperbaharui azam serta meningkatkan kualiti ibadah sebagai bekalan dalam menghadapi tahun yang mendatang.

Semoga segala pengisian yang disampaikan dapat menjadi panduan kepada para jemaah dalam membentuk peribadi Muslim yang lebih baik, seterusnya istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Tahun baharu bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar Hijrah, bahkan menjadi peluang untuk setiap Muslim melakukan muhasabah diri, memperbaharui azam serta meningkatkan amal ibadah demi memperoleh keredaan Allah SWT.

Surau Al-Bairuha' - Pangsapuri De Palma, Setia Alam

InsyaAllah esok malam selepas solat maghrib akan diadakan kuliah khas bersempena kedatangan tahun baru (Awal Muharam 144...
12/06/2026

InsyaAllah esok malam selepas solat maghrib akan diadakan kuliah khas bersempena kedatangan tahun baru (Awal Muharam 1448H) jemput semua utk hadir.

24/05/2026

๐ŸŒ™ ๐—๐—ข๐—  ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—”๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—› ๐Ÿค
Rebut peluang amalan terbaik dalam 10 hari terawal Zulhijjah โœจ
Hari-hari yang Allah paling cintai untuk kita beramal soleh.

๐Ÿ—“ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—”๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ต
๐Ÿ“… 9 Zulhijjah 1447H
๐Ÿ—“ 26 Mei 2026 (Selasa)
๐Ÿคฒ Kelebihan Puasa Arafah: โ€œMenghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
(HR Muslim)
Jom ajak keluarga dan sahabat sama-sama hidupkan sunnah Nabi SAW โค๏ธ






MAKLUMAN & PERKONGSIAN ILMUPada Ahad, 17 Mei 2026, telah berlangsung satu sesi penerangan berkaitan Persediaan Wakil Sur...
18/05/2026

MAKLUMAN & PERKONGSIAN ILMU

Pada Ahad, 17 Mei 2026, telah berlangsung satu sesi penerangan berkaitan Persediaan Wakil Surau & Musolla Dalam Pengurusan Awal Kematian sekiranya berlaku di kariah masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pihak Badan Khairat Kematian Masjid Setia Alam (BKK MSA) atas penganjuran program yang amat bermanfaat ini. Program sebegini amat penting dalam memberi pendedahan awal kepada wakil surau dan musolla supaya lebih bersedia dalam menghadapi situasi kematian di kawasan kariah masing-masing.

Secara tidak langsung, AJK surau dan petugas yang terlibat dapat berperanan sebagai first responder bagi membantu pengurusan awal sebelum ketibaan pihak BKK MSA untuk urusan seterusnya. Persediaan ilmu dan kefahaman ini amat penting agar segala urusan dapat dijalankan dengan lebih teratur, tersusun dan penuh hikmah.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua wakil surau dan musolla yang telah meluangkan masa serta mengorbankan waktu hujung minggu untuk hadir ke sesi ini. Semoga segala ilmu, panduan dan manfaat yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya serta disampaikan kepada seluruh ahli kariah demi kebaikan bersama.

โ€œKhidmat kepada ummah bermula dengan ilmu, keikhlasan dan kebersamaan.โ€

Semoga segala usaha ini menjadi asbab kebaikan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Surau Al-Bairuha' - Pangsapuri De Palma, Setia Alam

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, dan ilmu yang dicurahkan...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, dan ilmu yang dicurahkan dalam membentuk generasi berilmu serta berakhlak. Pengorbanan anda adalah nadi kepada kemajuan negara. Terima kasih buat semua yang bergelar guru.. ๐Ÿคฒ

ikhlas daripada
Surau Al-Bairuha' - Pangsapuri De Palma, Setia Alam

Selamat Hari Pekerja! Terima kasih kepada semua pekerja atas dedikasi dan sumbangan anda dalam pembangunan negara. Hari ...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja! Terima kasih kepada semua pekerja atas dedikasi dan sumbangan anda dalam pembangunan negara. Hari ini adalah hari untuk menghargai penat lelah anda. Teruslah berbakti dengan penuh semangat dan ikhlas. Semoga kesejahteraan dan kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan kerjaya anda semua.

Surau Al-Bairuha' - Pangsapuri De Palma, Setia Alam

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H! Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan, dan kemakmuran, serta ...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H! Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan, dan kemakmuran, serta memperkukuh silaturahim dan perpaduan kita semua. Di kesempatan ini, kami AJK Surau Al-Bairuha' - Pangsapuri De Palma, Setia Alam menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekurangan, kekhilafan, dan salah kata. Selamat menyambut lebaran dengan penuh kesyukuran bersama insan tersayang.

Address

Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Bairuha' - Pangsapuri De Palma, Setia Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category