Surau Taman Bukit Saga-Official

Surau Taman Bukit Saga-Official Surau Jumaat terletak di Taman Bukit Saga Seksyen 26, Shah Alam Selangor

Sambutan Hari Raya Aidil Adha STBS27 Mei 2026M | 10 Zulhijjah 1447HSalam Eidul Adha, Eid MubarakSambutan Eidul Adha di S...
01/06/2026

Sambutan Hari Raya Aidil Adha STBS
27 Mei 2026M | 10 Zulhijjah 1447H

Salam Eidul Adha, Eid Mubarak

Sambutan Eidul Adha di Surau Taman Bukit Saga dimeriahkan dengan kunjungan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu juga sebagai Ahli Parlimen Kota Raja.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat di atas sumbangan yang diberikan.

-admin-

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1447H.Insya Allah Program Hari Raya AidilAdha akan bermula pada jam 7:30pagi  sepe...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1447H.

Insya Allah Program Hari Raya AidilAdha akan bermula pada jam 7:30pagi seperti yang diwar-warkan dalam aplikasi WhatsApp.

Mari ramai ramai hadir ke Surau bagi menjayakan program tersebut.

Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2024-2026 (Tahun Kewangan 2025) | 26 April 2026.Alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahuna...
28/04/2026

Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2024-2026 (Tahun Kewangan 2025) | 26 April 2026.

Alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Surau Taman Bukit Saga (STBS) telah berjalan dengan lancarnya.

Mesyuarat Agung Tahunan bermula pada jam 630pm, yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi STBS, Tn Hj Zakaria Daud. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Salahuddin (Nazir Masjid Baitul Mahabbah).

Suasana disekitar majlis yang disambut dengan meriah oleh Ahli Kariah STBS yang sentiasa hadir sebagai tanda sokongan kepada STBS.

Majlis Silaturrahim Aidilfitri Muslimat Surau Taman Bukit Saga (STBS) | 14 April 2026Alhamdulillah, Majlis yang diisi de...
15/04/2026

Majlis Silaturrahim Aidilfitri Muslimat Surau Taman Bukit Saga (STBS) | 14 April 2026

Alhamdulillah, Majlis yang diisi dengan Kuliah & jamuan makan berkonsepkan potluck ini telah mendapat sambutan yang sangat meriah dari ahli kariah.

Terima kasih Ahli Jawatankuasa Muslimat dan Ahli Kariah STBS kerana menjayakan Majlis Silaturrahim Aidilfitri Muslimat.

Semoga Allah memperkuatkan lagi Ukhuwah antara semua ahli kariah STBS.

Suasana sekitar Kuliah Dhuha bersama Ustaz Ridhuan dan Jamuan

Alhamdulillah, Acara Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk Dhuyufurrahman 2026M telah berjalan lancar seperti yang d...
07/04/2026

Alhamdulillah, Acara Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk Dhuyufurrahman 2026M telah berjalan lancar seperti yang dirancang.

Bagi pihak Surau dan diri saya sendiri, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jemaah yang hadir pada Majlis Malam ni.

Terimakasih juga kepada semua pihak berkaitan :
✅penaja makanan
✅penaja Kueh & buah
✅ Penaja Barang ( dari KRT)
✅ penaja Wang Tunai dari Hamba Allah
✅ Pembuat Teh ..brother Zaki
✅ Imam Fouzi yang lead Bacaan Yasin dan Doa Selamat
✅ Lain lain Jemaah yang menjayakan Majlis ini.

Bersama ini disertakan gambar gambar sempena Majlis ini.👇

Sekian, terimakasih.

Pengerusi STBS
5 April 2026.

تقبل الله منا و منكمتقبل يا كريممنا العائدين و الفائزينمعاف ظاهير باطينSelamat Hari Raya! Semoga semua amalan kita di bu...
20/03/2026

تقبل الله منا و منكم
تقبل يا كريم
منا العائدين و الفائزين
معاف ظاهير باطين

Selamat Hari Raya! Semoga semua amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah. Sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh keberkatan dan kegembiraan.
عيد مبارك!

Solat Hari Raya Aidilfitri 2026M & Jamuan Hari Raya selepas Solat Sunat Aidilfitri di Surau Taman Bukit Saga

1. Solat Hari Raya Aidilfitri akan bermula pukul 8.30 pagi.
2. Imam Abdul Raziq Radzlin sebagai Khatib & Imam jemputan untuk Solat Aidilfitri 2026M/1447H. Sila datang lebih awal untuk kita sama sama bertakbir Raya
3. Jamuan Hari Raya akan disediakan setelah Solat Hari Raya berakhir. Semua Jemaah dijemput menjamu selera.
4. Para keluarga Jemaah juga digalakkan membawa makanan tambahan secara potluck supaya Jamuan lebih meriah.

Sekian,
Terima kasih

-admin-

*MAJLIS KHATAM QURAN SURAU TAMAN BUKIT SAGA 1447H/2026M*Assalamualaikum kepada semua ahli Kariah Surau Taman Bukit Saga ...
16/03/2026

*MAJLIS KHATAM QURAN SURAU TAMAN BUKIT SAGA 1447H/2026M*

Assalamualaikum kepada semua ahli Kariah Surau Taman Bukit Saga (STBS) yang dihormati.

Surau TBS telah selesai menganjurkan 2 sesi Majlis Khatam Quran sempena Ramadhan tahun ini.

1. Khatam Quran Jemaah Muslimin seramai *27* orang pada,Ahad (15 Mac 2026), 6 petang.
2. Khatam Quran Jemaah Muslimat seramai *45* orang pada Isnin (16 Mac 2026), 10 pagi.

Tahniah diucapkan kepada semua jemaah tadarus Ramadan tahun ini.

Sekian, terima kasih.

-admin-

MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN ANJURAN SURAU TAMAN BUKIT SAGA (STBS) BERSAMA ANAK ANAK YATIMAlhamdulillah, Surau Taman Bu...
13/03/2026

MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN ANJURAN SURAU TAMAN BUKIT SAGA (STBS) BERSAMA ANAK ANAK YATIM

Alhamdulillah, Surau Taman Bukit Saga sekali lagi berkesempatan menganjurkan Majlis Tautan Kasih Ramadan bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Puchong Perdana. Majlis turut dimeriahkan oleh kehadiran En Roslan Jamil, SUk MPP Zon 10 MBSA.

Disamping itu, persembahan Qasidah daripada kumpulan anak-anak cilik At-Taqwa menceriakan lagi suasana majlis.

Majlis ini menjadi ruang untuk ahli kariah berkongsi rezeki serta menyantuni anak-anak yatim di samping mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat.

Pihak surau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang serta pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Suasana disekitar majlis

Salam Nuzul Al-Quran 1447H. 🌙'ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَق "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekal...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H. 🌙

'ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَق
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)"

Semoga keberkatan Al-Quran sentiasa mengalir dalam hidup kita. Amin.

*ASSALAMUALAIKUM WBT*Kepada semua yang dihormati dan dikasihi.Jom kita datang beramai-ramai mengimarahkan Surau Taman Bu...
06/03/2026

*ASSALAMUALAIKUM WBT*

Kepada semua yang dihormati dan dikasihi.

Jom kita datang beramai-ramai mengimarahkan Surau Taman Bukit Saga pada pagi subuh *Sabtu 07hb Mac 2026* ini sempena *Nuzul Quran 1447H* sambil mendengar dan menghayati ilmu yang akan disampaikan oleh *Imam Muda Hafiz* In Syaa Allah.

Address

No 1 Jalan Asahan Dua 26/29B Taman Bukit Saga
Shah Alam
40400

Telephone

+60194751800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Taman Bukit Saga-Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Taman Bukit Saga-Official:

Shortcuts

Share