25/08/2026
Program Maulidur Rasul Peringkat Surau Nurul Iman Kampung Lombong.
ุจูุณูู
ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
ู
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita dapat sama-sama menyambut hari kelahiran insan agung dan dapat mengadakan Program Maulidur Rasul Peringkat Surau Nurul Iman Kampung Lombong pada pagi yang penuh keberkatan ini.
Program yang adakan ini bukan sekadar untuk memperingati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, tetapi lebih daripada itu, ia adalah sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, insan agung yang paling mulia di sisi Allah SWT dan contoh terbaik untuk seluruh umat manusia.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21, yang marhumnya "Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan hari akhirat".
Sama-sama kita mengenali sirah Baginda, menghayati perjuangan Baginda, memperbanyakkan selawat serta yang paling penting, menghidupkan sunnah dan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita.
Dalam kita memperingati Rasulullah SAW, kita juga ingin mengambil kesempatan pada bulan kemerdekaan yang akan kita sambut tidak lama lagi, pada 31 Ogos ini, untuk menanamkan semangat patriotik dan kecintaan kepada negara dalam jiwa anak-anak kita.
Anak-anak adalah pewaris masa hadapan. Mereka bukan sahaja perlu dibentuk dengan ilmu agama dan akhlak yang baik, tetapi juga perlu dididik untuk menghargai keamanan, kemerdekaan dan tanah air yang kita cintai.
Kita mahu anak-anak kita membesar sebagai generasi yang cintakan Allah, cintakan Rasulullah SAW, berakhlak mulia dan pada masa yang sama mempunyai rasa tanggungjawab serta kecintaan kepada Malaysia.
Semangat cintakan negara juga hendaklah dipandu dengan nilai-nilai Islam. Kemerdekaan yang kita nikmati bukanlah alasan untuk kita lalai, tetapi menjadi amanah untuk kita mengisi negara ini dengan ilmu, amal, perpaduan, keharmonian dan kebaikan.
Marilah kita jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dalam membina masyarakat yang penyayang, bersatu padu, saling menghormati dan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia.
Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Maulidur Rasul Surau Nurul Iman Kampung Lombong pada pagi ini, khususnya para AJK, para guru, ibu bapa, anak-anak serta seluruh jemaah yang hadir.
Semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan menjadi sebab bertambahnya kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
ุงูููู
ุตู ูุณูู
ูุจุงุฑู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู
ุนูู.
Marilah kita memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW dan berusaha untuk menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan kita.
Selamat menyambut Maulidur Rasul dan selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.
โCintai Rasulullah, Hayati Sunnah Baginda, Sayangi Negara.โ
- Pengurusan Surau Nurul Iman -SNI- Kg.Lombong Seksyen 29 Shah Alam