20/03/2026
πβ¨ Salam Aidilfitri 1447H β¨π
Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati,
pihak Persatuan Mahasiswa Hadhari Puncak Perdana (PMHPP) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh warga mahasiswa serta komuniti yang dikasihi.
Di kesempatan yang mulia ini, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekhilafan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak sepanjang perkhidmatan dan interaksi bersama.
Firman Allah SWT:
ββ¦dan hendaklah mereka memaafkan serta berlapang dada. Tidakkah kamu s**a bahawa Allah mengampuni kamu?β
(Surah An-Nur: 22)
Semoga Syawal yang menjelma ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan jiwa, serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
β¨ Syawal menjelma, hati kembali suci,
Moga setiap langkah diberkati dan dipenuhi rahmat Ilahi.
βMEMBANGUN GENERASI BERKUALITI DAN BERSAHSIAH MULIAβ