Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) Laman Facebook Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
(JAKESS)
'Syariah Asas Keadilan'

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UNISZA KE JAKESSSHAH ALAM, 25 Jun 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mene...
25/06/2026

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UNISZA KE JAKESS

SHAH ALAM, 25 Jun 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan seramai 45 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu program lawatan akademik yang bertujuan memberi pendedahan secara langsung mengenai sistem pentadbiran dan pengurusan kehakiman syariah di Negeri Selangor.

Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar berpeluang melihat sendiri perjalanan prosiding dan perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Syariah Selangor bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung pelaksanaan proses kehakiman syariah.

Selain itu, para peserta turut mengikuti sesi taklimat bertajuk “Pengenalan Mahkamah Syariah Selangor” yang telah disampaikan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman, Pendaftar JAKESS. Taklimat tersebut memberi penerangan mengenai struktur organisasi, bidang kuasa Mahkamah Syariah, fungsi-fungsi utama jabatan serta peranan institusi kehakiman syariah disamping sesi soal jawab bersama para pelajar.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam memperkukuhkan kefahaman mereka terhadap sistem perundangan dan kehakiman syariah serta menjadi platform pembelajaran yang berkesan melalui pengalaman secara langsung di institusi kehakiman.

JAKESS mengalu-alukan lawatan akademik seumpama ini sebagai salah satu usaha memperkukuhkan hubungan strategik antara institusi kehakiman syariah dan institusi pengajian tinggi dalam melahirkan generasi yang lebih memahami peranan serta fungsi Mahkamah Syariah di Malaysia.



📢 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KLANGDimaklumkan bahawa operasi Mahkamah Rendah Syariah K...
19/06/2026

📢 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KLANG

Dimaklumkan bahawa operasi Mahkamah Rendah Syariah Klang (MRS Klang) ditutup sementara bermula 19 Jun 2026 (Jumaat) sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan masalah teknikal bekalan elektrik di premis mahkamah.

✅ Bagi urusan pendaftaran kes, pemfailan dokumen dan pembayaran, orang awam boleh hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Shah Alam.

⚠️ Semua urusan lain yang melibatkan MRS Klang adalah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

📧 Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel: [email protected]

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.



Salam Awal Muharram 1448H Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, rahmat dan kejayaan yang berterusan buat ki...
16/06/2026

Salam Awal Muharram 1448H

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, rahmat dan kejayaan yang berterusan buat kita semua.

Ucapan Tulus Ikhlas:
YAA Ketua Hakim Syarie Dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor



SHAH ALAM, 12 Jun 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) hari ini menerima kunjungan empat orang pela...
12/06/2026

SHAH ALAM, 12 Jun 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) hari ini menerima kunjungan empat orang pelajar daripada Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana bagi menjalankan kajian akademik berkaitan pengurusan rekod.

Pelajar yang terlibat ialah Siti Balqish Nabila binti Mohd Zakri, Nurin Natasya binti Shopiee, Nursyifaa Hadirah binti Roslan dan Nurul Imani Shamimi binti Zulkipli. Kajian tersebut dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kursus Theological Information Management (IMR511) untuk program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod.

Sesi temu bual dan taklimat telah berlangsung di Pejabat Seksyen Rekod JAKESS. Taklimat berkaitan pengurusan rekod jabatan telah disampaikan oleh Encik Sofian bin Ibrahim, Pegawai Rekod JAKESS, dibantu oleh Puan Nuraziraakmar binti Othman dan Cik Khairun Iman Nadhira binti Norazli selaku Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) JAKESS.

Sepanjang sesi tersebut, para pelajar telah diberikan penerangan mengenai sistem dan amalan pengurusan rekod yang dilaksanakan di JAKESS, merangkumi aspek pewujudan, pengendalian, pengkelasan, penyimpanan, pemeliharaan, peminjaman dan pelupusan rekod mengikut prosedur serta peraturan yang ditetapkan. Turut dikongsikan ialah pelaksanaan sistem klasifikasi fail berasaskan fungsi, pengurusan rekod penting jabatan, penjilidan dan pendigitalan dokumen, serta inisiatif penambahbaikan pengurusan rekod yang dilaksanakan oleh jabatan.

JAKESS sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dalam usaha menyokong aktiviti akademik dan penyelidikan yang dapat menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap amalan pengurusan rekod yang baik dalam sektor awam.

Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta membantu memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang pengurusan rekod dan maklumat, selaras dengan keperluan semasa profesion pengurusan rekod di Malaysia.



KUNJUNGAN HORMAT AMANAH RAYA BERHAD KE JAKESSSHAH ALAM. 12 Jun 2026 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS)...
12/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT AMANAH RAYA BERHAD KE JAKESS

SHAH ALAM. 12 Jun 2026 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Amanah Raya Berhad (ARB) yang diketuai oleh Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ahli Majlis Pengawasan Syariah Amanah Raya Berhad (ARB).

Ketibaan delegasi ARB telah disambut oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor, bersama pegawai-pegawai kanan JAKESS.

Sesi perbincangan memberi fokus kepada Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532), khususnya peranan Amanah Raya Berhad dalam pengurusan amanah, wasiat dan pentadbiran pusaka serta hubung kaitnya dengan fungsi Mahkamah Syariah dalam urusan berkaitan faraid dan pentadbiran harta pusaka orang Islam.

Kunjungan ini turut menjadi platform bagi bertukar pandangan dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan pusaka dan perancangan harta umat Islam secara lebih cekap, sistematik dan selaras dengan kehendak Syariah.

Semoga hubungan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua institusi ini dapat terus diperkasakan demi memberikan manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran harta pusaka umat Islam.



4 Jun 2026 (Rabu)- Satu lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertemakan "Malaysia Membaca: Merayakan Buku" be...
04/06/2026

4 Jun 2026 (Rabu)- Satu lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertemakan "Malaysia Membaca: Merayakan Buku" bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, hari ini.

Lawatan yang disertai seramai lebih kurang 40 orang delegasi ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) selaras dengan kempen membaca kebangsaan sebagai asas merealisasikan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030.



DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

sembah takzim daripada:

YAA KETUA HAKIM SYARIE
DAN SELURUH WARGA KERJA
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

🌙 Salam Aidiladha 1447H/2026MSemoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperteguh nilai keikhlasan, pengorbanan dan...
26/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H/2026M

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperteguh nilai keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan dalam setiap amanah yang dipikul. Semoga segala ibadah korban diterima Allah SWT serta menjadi pemangkin kepada pembinaan ummah yang lebih sejahtera dan berkeadilan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Ucapan Tulus Ikhlas Daripada:
YAA Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor



Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada:Tuan Faizarul Nizam Bin Azhari – Penerima Pingat Perkhidmatan C...
21/05/2026

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada:

Tuan Faizarul Nizam Bin Azhari – Penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.)
Tuan Mohd Soleh Bin Bahari – Penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

Bersempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang ke-80.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada organisasi, masyarakat dan agama.

Ikhlas daripada
YAA Ketua Hakim Syarie dan seluruh warga kerja
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor



Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada:Encik Muhamad Fahruddin Bin Mohamad BajuriPenerima Pingat Jasa ...
21/05/2026

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada:

Encik Muhamad Fahruddin Bin Mohamad Bajuri
Penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

Puan Haryanti Binti Abu Hassan
Penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

Bersempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang ke-80. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada jabatan, masyarakat dan agama.

Ikhlas daripada:
YAA Ketua Hakim Syarie dan seluruh warga kerja
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor



Address

Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Sha
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355191291

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS):

Shortcuts

Share