29/01/2023
BADAN KHAIRAT BANDAR SETIA ALAM
Assalamualaikum wbt
Tuan/Puan yang dimuliakan. Berikut adalah maklumat mengenai Badan Khairat Bandar Setia Alam yang kini diletakkan dibawah pengurusan Masjid Setia Alam:
1. Pembaharuan keahlian dan pendaftaran ahli baru Badan Khairat Bandar Setia Alam bagi tahun 2023 kini dibuka kepada semua ahli kariah Masjid Setia Alam.
2. Tarikh tutup pendaftaran dan pembaharuan keahlian adalah pada 15 Mac 2023.
3. Yuran Tahunan keahlian Ada lah sebanyak RM20 sekeluarga sehingga 7 orang untuk setahun.
4. Yuran Pendaftaran Ahli Baru adalah sebanyak RM50 sekeluarga sehingga 7 orang.
5. Yuran Tambahan sebanyak RM10 akan dikenakan untuk keluarga yang mempunyai lebih dari 7 orang ahli.
6. Keahlian adalah untuk ahli kariah Setia Alam dan keluarga terdekat sahaja (Suami, isteri, anak-anak atau kedua ibu bapa yang tinggal serumah dengan ahli). Ibu bapa atau saudara mara yang tidak tinggal bersama-sama dengan ahli tidak layak mendapat manfaat badan khairat.
7. Pendaftaran baharu atau pembaharuan keahlian boleh dilakukan di link shorturl.at/cmntO atau https://tinyurl.com/chbcmd8a
8. Sila hubungi nama-nama yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan.
- Dr. Syamsul Azuar (019-2630774)
- Pn. Rosmah (012-7379878)
- Dr. Zaidi (019-3287226)
- Tn. Hj. Abd Ghafor (013-3302749)
- Tn. Hj. Azam (013-6825215)
- En. Alif (019-2107229)
- En Azriel (016-2415637)
- YM. Tengku Syazwan (012-9704797)
Untuk Infaq kepada Badan Khairat, boleh dibuat melalui link : https://bit.ly/InfaqBadanKhairatSetiaAlam