Nafas Doa For You

Nafas Doa For You Perbaiki Kehidupan & Kewangan dengan Teknik Mudah Makbul Doa - "NAFAS DOA".

🌿 Ustaz,bolehkah ajarkan cara berselawat yang betul. Apa yang seharusnya dihadirkan dalam hati saat berselawat itu,agar ...
08/11/2024

🌿 Ustaz,bolehkah ajarkan cara berselawat yang betul. Apa yang seharusnya dihadirkan dalam hati saat berselawat itu,agar tak jemu-jemu berselawat?

☘ Yang pertama,kena minta tolong dengan Allah dahulu.
πŸ€ Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa aku.
πŸ€ Jadikan aku orang yang bertaubat nasuha & aku bertaubat atas segala dosa dan maksiat.
πŸ€ Sebut satu satu dosa kita, tiap satu kita sebut, tiap satu itulah kita mohon keampunan Tuhan.
πŸ€ Dan membayang-bayangkan API neraka yg membakar kita, kalau kita tak bertaubat kepada Allah.
πŸ€ Apa yang kita kena gerun;
1) Kalau-kalau kita masuk API neraka apabila kita mati nanti.
2) Gerun kalau-kalau amal ibadah kita tak diterima oleh Allah.
3) Takut mati tanpa iman.
πŸ€ Sebelum nak ada rasa lazatnya selawat ke atas Nabi,nak kena ada rasa lazatnya dalam taubat dulu sampai benci sungguh terhadap segala maksiat, fashya' & mungkar.
πŸ€ Bagi orang yang sudah sempurna taubatnya kepada Allah, Maka dia akan dihadiri kerohanian Rasulullah tatkala dia berselawat ke atas Nabi.
Jadi, Rohani Rasulullah akan datang setiap kali seseorang itu berselawat ke atas Nabi.
πŸ€ Walaupun dalam 1 masa 1 billion orang berselawat di 1 billion tempat yang kita tak tahu bagaimanakah keadaannya Allah taala aturkan,Allah jadikan.
πŸ€ Itulah hikmahnya sebelum subuh tu, kita:
- Istighfar 300x
- selawat 100x
πŸ€ Kita taubat dahulu, kemudian baru kita selawat.
πŸ€ Hadirkan dalam hati kita, akan rasa kasih pada Nabi.
πŸ€ Barang siapa yg sudah bermimpi jumpa Nabi, hadirkan wajah Nabi sebagaimana dia bermimpi itu.
πŸ€ Bagi kita tak pernah mimpi jumpa Nabi lagi, macam mana nak buat? Maka, dipaksalah hati itu agar timbul kasih akan Nabi.
πŸ€ Contohnya kita membayangkan Nabi banyak perjuangannya, hebat pengorbanannya untuk menegakkan Islam diatas muka bumi.
πŸ€ Nabi sanggup berlapar, Nabi sanggup buat banyak perkara demi ummat.
πŸ€ Kalau tak ada Nabi,orang perempuan dah lama pupus.Orang Arab jahiliyah dulu dia bunuh anak perempuan, pasal dia kata orang perempuan mendatangkan kecelakaan kepada keluarga dia.
πŸ€ Datang Nabi menceritakan tidak, perempuan itulah rahmat. Nabi kata anak perempuan itu adalah perhiasan rumahtangga.
πŸ€ Orang Arab jahiliyah kata orang perempuan tu sial, dia bunuh anak perempuan. Patut orang perempuan kasih pada Nabi.
πŸ€ Kalau tak boleh juga, minta tolong dengan Allah.Ya Allah, jadikan aku orang yang kasih pada NabiMu, Nabi Muhammad dan jadikan aku orang yang kasih padaMu Ya Rabbi.
πŸ€ Sambil selawat hadirkan Ya Allah, jadikan aku orang yang kasih akan Nabi.

🌿 Tuan Guru Anwar Helmy

09/06/2024

Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah.

Jom sama2 kita tingkatkan amalan di 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini πŸŒ™πŸŒ™

πŸ•‹ 🌜 βœ…

Nak masuk je ramadan, saya dah mula gelisah.Rasa tak tenang. Rasa macam nak melaluinya tu payah.Ya.Bulan ramadan lah jua...
08/05/2024

Nak masuk je ramadan, saya dah mula gelisah.

Rasa tak tenang.

Rasa macam nak melaluinya tu payah.

Ya.

Bulan ramadan lah jualan dan pembaikian laptop komputer yang paling sendu.

Kalau kat Plaza Imbi tu, memang sunyi. Nak sehari ada orang datang membeli dan baiki memang tiada.

Dah "stuck", buntu, tak tahu nak buat apa, maka saya kadang duduk saja dan istighfar. Meminta Allah bantulah.

Kadang terfikir baik bulan puasa berniaga kat bazar. Kawan untung ribu kot. Ada yang boleh simpan duit sampai tahun depan. Punyalah seronok. Kata saya dalam hati.

Satu hari,

Tiba-tiba mak tegur. Tanya tentang bisnes dan macamana ramadan ni. Ada jualan dan pembaikian tak.

Saya diam je.

"Takde" tu je saya jawab. Mak sambung,

"Apa kata bulan ni ramadan ni sedekah khidmat? Maksudnya, cari mana-mana tahfiz ke, sekolah ke, atau pusat pengajian, cakap saya nak khidmat. Membaiki percuma"

Ah sudah!

Dah lah bulan ramadan paling susah nak menjual. Ni kena buat percuma pulak! Memang tak lah! Kata saya dalam hati.

"Buatlah mat. Bulan baik ni, lain cara Tuhan nak hiburkan kita. Benda paling berat ni, belajarlah buat. Moga nanti jadi ringan"

Saya blur lagi.

Ada satu pagi tu, saya dah hampir setengah hari iklankan komputer laptop, dan servis tapi tiada yang pm dan whatsapp.

Saya cuba tanya pelanggan yang biasa, hantar gambar stok laptop baru, tapi bluetick saja. Ada yang jawab, nantilah beli. Nak guna duit persiapan raya.

Hampa.

Tiba-tiba dapat panggilan dari satu tahfiz di Negeri Sembilan.

"Saya dapat nombor encik dari Sekolah Mengaji untuk orang buta di Wangsa Maju. Encik ada baiki komputer mereka kan?"

"Oh ya saya. Ada"

"Itulah. Kami baru dapat sumbangan komputer tapi dalam tu kosong. Boleh installkan software?"

Negeri Sembilan. Minyak tol saja RM150. Modal tiada. Ada lah RM30 saja dalam poket.

"Cuma bayaran tu, maaf. Kami pun kekurangan dana cuma nanti kalau ada, kami bagi"

"Oh takpe. Tak perlu bayar. Saya datang tolong percuma saja ya!"

Entah kenapalah laju saya jawab begitu.

Masak! RM30 je!

Tengok minyak ada lagi. Duit yang ada buat bayar tol sajalah.

Alhamdulillah.

Saya sampai ada lima komputer. Saya tolong install kan Microsoft Office dan software basic lain. Selesai tu, pengetua sendiri datang jumpa dan salam. Ucapkan terima kasih.

Masa ni saya sebak.

Sebab buat benda yang susah nak buat.

Balik ni kosong. Takde apa dalam tangan. Nak balik berbuka dengan keluarga pun macam segan. Apa pun tiada.

"Encik Abu, ni anak-anak doakan encik moga dimurahkan rezeki. Dimudahkan urusan. Encik abu je yang sanggup datang tolong ni. Saya mewakili semua tahfiz, ucapkan terima kasih yang amat"

Pulang.

Sepanjang jalan saya diam je.

Bertakung dah airmata ni. Terus saya sebut,

"Ya Allah. Kalaulah bukan kerana Engkau, untuk apa aku buat semua ini?"

Saya ulang sebut tu sampai hati jadi tenang.

Nak sampai rumah, tiba-tiba panggilan dari tahfiz tadi. Aduh, ada masalah komputer yang saya tolong tadi ke.

"Encik Abu, pihak penyumbang komputer tu bersalah sebab pekerja dia tak install kan. Terkejut dia bila saya kata encik abu dah tolong install semua. Jadi, dia minta no akaun encik abu. Dia nak bayar. Boleh?"

Demi Allah, banyak.

RM1000 saya dapat di pertengahan ramadan tu. Disusuli dengan pesanan pasang komputer, servis di tahfiz yang lain, dan sampailah di hujung ramadan tak henti-henti rezeki Allah beri.

Ramadan kali ini,

Lain benar Tuhan beri.

Sebab saya dah niat dari awal ni, andai ada lebihan rezeki, nak bagi untuk ahli keluarga sendiri, dan bantu kawan-kawan yang sedang berjuang untuk terus hidup dari hari ini sampai selepas ramadan syawal nanti.

Terima kasih Allah.

Setiap hari ada pesanan dan pembaikan.

Setiap hari duduk depan sekolah begini, hantar laptop pada cikgu-cikgu yang membeli.

KasihMu Allah di ramadan ini.

Selalu ada bersama kami.

05/05/2024

Mintak Gaji RM1,000 Dapat RM1,500.

Salam Ramadhan 1445 Hijriah πŸŒ™πŸŒ™
11/03/2024

Salam Ramadhan 1445 Hijriah πŸŒ™πŸŒ™

20/10/2023

Hidup Tenang Daripada Depression, Anxiety & Panick Attack

ALLAH GANTI SEMULA KERUGIAN RM56KLepas akak ni amalkan solat tahajud & Nafas Doa. 1 per satu Hajatnya Allah makbulkanβœ… 2...
20/10/2023

ALLAH GANTI SEMULA KERUGIAN RM56K

Lepas akak ni amalkan solat tahajud & Nafas Doa. 1 per satu Hajatnya Allah makbulkan

βœ… 2 orang anak dapat kerja serentak
βœ… 3 Homestay kepunyaannya fully book
βœ… Allah ganti semula kerugian sebanyak RM56K

Jom sama-sama kita belajar dalam Workshop Nafas Doa, Cikgu akan ceritakan lebih DEEP tentang kefahaman bagaimana Allah memakbulkan doa hambaNya dan apa KAEDAH PANTAS mencapai ketenangan ketika BERDOA.

Klik masuk di sini:
https://osini.co/nafasdoa4u
https://osini.co/nafasdoa4u
https://osini.co/nafasdoa4u

17/10/2023

πŸ’› Anda ada masalah Kewangan?
πŸ’› Hutang Kad Kredit bertimbun?
πŸ’› Rezeki sempit, Bisnes tak menjadi?
πŸ’› Susah dapat Kerja dgn Gaji yg diinginkan?
πŸ’› Lambat naik Pangkat sbb tak disukai orang atasan?

Ketahuilah Allah itu dekat dan Maha Mendengar rintihan Hamba2-Nya.. ❀❀

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu."

(Al-Ghafir: 60)

Namun mengapa setiap kali kita memanjatkan Harapan kepada-Nya, seolah-olah Doa kita tidak didengari & diterima? 🀲🏻🀲🏻

Tentu ada sesuatu yg tidak kena dgn cara kita berdoa selama ini..

Jangan bertangguh lagi. Perbaiki Kewangan & Kehidupan anda dgn Teknik Mudah Makbul Doa - "NAFAS DOA" di sini πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://osini.co/nafasdoa4u1
https://osini.co/nafasdoa4u1
https://osini.co/nafasdoa4u1

Address

No. 1, Jalan Analisis Satu 23/13A
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nafas Doa For You posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Nafas Doa For You:

Share