Surau Al-Ihsan

Surau Al-Ihsan View the latest news and updates, also list of programs for Surau Al-Ihsan Setia Alam..

05/09/2026
*JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN & PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU AL-IHSAN**السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ا...
03/09/2026

*JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN & PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU AL-IHSAN*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

Dengan segala hormatnya, semua Ahli Kariah Surau Al-Ihsan, Alam Nusantara dijemput hadir ke:

🕌 MESYUARAT AGUNG KHAS
Pencalonan & Pemilihan Jawatankuasa Surau Al-Ihsan

📅 16 September 2026 (Rabu)
🕘 Selepas Solat Isyak
📍 Dewan Solat Utama, Surau Al-Ihsan

🍽️ Jamuan disediakan

Kehadiran dan penyertaan semua ahli kariah amat dialu-alukan bagi memastikan urusan pemilihan jawatankuasa surau dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Mohon luangkan masa untuk hadir bersama.

*جَزاكم اللهُ خَـيْراً*
Pengurusan Surau Al-Ihsan

02/09/2026

02/09/2026
Kuliah Maghrib
Fiqh & Kisah Sahabat
SS Ustaz Anhar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُKuliah Malam Ini;🗓️ 🕰️: (02/09/26 - Rabu) Selepas Maghrib 👳🏻 : Sahib...
02/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kuliah Malam Ini;
🗓️ 🕰️: (02/09/26 - Rabu) Selepas Maghrib
👳🏻 : Sahibus Samahah Ustaz Anhar (M***i Selangor)
📝 : Fiqh & Kisah Sahabat

جَزاكم اللهُ خَـيْراً
Pengurusan Surau Al-Ihsan

Rasulullah ﷺ Menyayangi Negara Sendiri=======1. Dalam Islam, semangat cintakan negara bukanlah suatu perkara yang dilara...
01/09/2026

Rasulullah ﷺ Menyayangi Negara Sendiri
=======
1. Dalam Islam, semangat cintakan negara bukanlah suatu perkara yang dilarang. Sejarah Nabi sendiri membuktikan bahawa Rasulullah ﷺ adalah wargenagara yang amat menyayangi Mekah, tanah tumpah darah Baginda.

2. Ketika dalam perjalanan hijrah meninggalkan Mekah, Baginda ﷺ telah melalui satu kawasan yang dinamakan Juhfah. Ia adalah sempadan dibahagian utara negeri Mekah. Di sinilah Baginda memaling memerhatikan Mekah lalu bersabda:

ما أطيَبُكِ مِن بلدٍ، وما أحبُّكِ إلَيَّ، ولولا أن قومَكِ أخرَجُونِي مِنكِ ما سكَنتُ غيرَكِ

“Aku tidak temui negeri yang lebih baik dari engkau (wahai Mekah), dan tidak ada negeri yang lebih aku sayangi dari Mekah. Kalaulah bukan kerana kaummu (iaitu Quraysh) telah menghalauku, aku tidak akan tinggalkan negeri ini.”(HR al-Tirmizi).

3. Sifat cintakan tanahair ini dilihat berlaku secara konsisten setelah Rasulullah ﷺ berhijrah ke Madinah. Baginda bersungguh membangunkan Madinah, membentuk suasana harmoni dikalangan semua kaum serta menyemaikan rasa cintakan Madinah.

4. Perkara ini dapat difahami melalui doa yang pernah dibacakan oleh Baginda ﷺ yang menyatakan:

اللهم حبِّبْ إلينا المدينةَ كحُبِّنا مكةَ أو أشدَّ

“Wahai Tuhan kami, lahirkanlah rasa cinta kami kepada Madinah seperti mana kami mencintai Mekah.” (HR al-Bukhari).

5. Malah lebih menarik lagi apa yang pernah disaksikan sendiri oleh Saidina Anas bin Malik iaitu pembantu Rasulullah. Saidna Anas pernah bercerita:

"كان رسول الله إذا قدم من سفرٍ، فأبصر درجات المدينة، أوضع ناقتَه - أي: أسرع بها - وإن كانت دابة حرَّكَها"

“Sesungguhnya Rasulullah itu, sekiranya Baginda pulang dari satu perjalanan yang jauh, apabila sampai sahaja di Madinah dan ternampak anak-anak tangga Madinah, (atau dinding-dinding rumah di Madinah) Baginda akan menggesa untanya supaya berjalan cepat, seakan-akan rindu untuk sampai di Madinah.” (HR al-Bukhari).

6. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa, sikap Rasulullah ﷺ seperti yang dinukilkan oleh Saidina Anas ini memberikan kepada kita gambaran bahawa tidak salah mencintai nagara apatah lagi tempat tersebarnya dakwah Islam. Kata Ibn Hajar:

وفي الحديث دلالة على فضل المدينة، وعلى مشروعية حب الوطن، والحنين إليه

"Dan dalam hadis ini menunjukkan mengenai kelebihan Madinah, dan keharusan mencintai nagara dan sayang kepadanya." (Fathul Bari)

7. Namun apa yang harus kita lakukan andainya kita mencintai negara kita? Berdasarkan hadis Malik ibn al-Huwairith, kita digalakkan untuk mengajar dan menyebarkan kebaikan dalam masyarakat andai kita menyayangi negara ini.

8. Jauhkan negara ini dari unsur kejahatan seperti rasuah dan pecah amanah dan selamatkan negara ini dari pemikiran yang merosakkan seperti pemikiran liberal.

Semoga Allah membimbing kita.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُKuliah Malam Ini;🗓️ 🕰️: (01/09/26 - Selasa) Selepas Maghrib 👳🏻 : Ust...
01/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kuliah Malam Ini;
🗓️ 🕰️: (01/09/26 - Selasa) Selepas Maghrib
👳🏻 : Ustaz Huzaif Noslan
📝 : Sullam At-Taufiq

جَزاكم اللهُ خَـيْراً
Pengurusan Surau Al-Ihsan

Jadual Kuliah Surau Al-Ihsan bagi bulan September 2026.
01/09/2026

Jadual Kuliah Surau Al-Ihsan bagi bulan September 2026.

29/08/2026

Kuliah Maghrib Bersama Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Faryzan

28/08/2026

Kuliah Maghrib Bersama Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Amin Qushairi

25/08/2026

Kuliah Maghrib Ust Shukri Idris

Address

No. 5, Jalan Setia Perdana U13/25D
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Ihsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al-Ihsan:

Shortcuts

Share

Category