Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS Perbadanan Wakaf Selangor merupakan agensi rasmi yang menguruskan harta wakaf di Selangor. Maklumbalas/Aduan : [email protected]

RINGKASAN KHUTBAH JUMAAT HARI INI (4SEPTEMBER 2026)~ Merealisasikan Hakikat Kemerdekaan ~---
04/09/2026

RINGKASAN KHUTBAH JUMAAT HARI INI (4SEPTEMBER 2026)
~ Merealisasikan Hakikat Kemerdekaan ~

---



ππˆπ‚π€π‘π€ π–π€πŠπ€π… β€œπƒπ€π‘πˆ ππŽπŠπ„π“ πŠπ„ π’π˜π”π‘π†π€β€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ€πŒππ”ππ† πŠπ”ππ” 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇SHAH ALAM, 3 September 2026 I Perbadanan Wakaf Selan...
03/09/2026

ππˆπ‚π€π‘π€ π–π€πŠπ€π… β€œπƒπ€π‘πˆ ππŽπŠπ„π“ πŠπ„ π’π˜π”π‘π†π€β€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ€πŒππ”ππ† πŠπ”ππ” 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇

SHAH ALAM, 3 September 2026 I Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan usaha menyemarakkan kefahaman dan membudayakan amalan wakaf dalam kalangan masyarakat menerusi program Bicara Wakaf bersama warga Kampung Kubu Gajah yang berlangsung di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Shah Alam.

Bicara Wakaf bertajuk β€œDari Poket ke Syurga” menampilkan Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abd. Malek sebagai ahli panel dan dimoderatorkan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, Perbadanan Wakaf Selangor.

Pengisian bicara memberi penekanan terhadap kelebihan wakaf sebagai amal jariah yang mampu memberikan manfaat berpanjangan, di samping mengajak masyarakat menjadikan wakaf sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan dan persediaan menuju akhirat.

Dalam majlis yang sama, PWS turut menyampaikan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM31,070.00 kepada Masjid Jamiul Ehsan bagi tujuan kerja-kerja baik pulih papan agihan (DB) elektrik masjid. Sumbangan tersebut diharap dapat membantu meningkatkan kemudahan serta keselesaan jemaah dalam melaksanakan aktiviti ibadah dan pengimarahan masjid.

Penganjuran program seumpama ini merupakan antara usaha berterusan PWS untuk mendekatkan institusi wakaf kepada masyarakat serta memperluas kesedaran bahawa setiap sumbangan yang diwakafkan mampu diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk ummah.

Dari poket kita hari ini, mudah-mudahan menjadi bekalan menuju syurga.

ππˆπ‚π€π‘π€ π–π€πŠπ€π… ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐇𝐍 πˆππƒπ”π’π“π‘π˜ 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐒𝐇𝐀𝐇 π€π‹π€πŒSHAH ALAM, 3 September 2026 I Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)...
03/09/2026

ππˆπ‚π€π‘π€ π–π€πŠπ€π… ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐇𝐍 πˆππƒπ”π’π“π‘π˜ 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐒𝐇𝐀𝐇 π€π‹π€πŒ

SHAH ALAM, 3 September 2026 I Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan usaha memperluas kefahaman dan kesedaran mengenai ibadah wakaf menerusi program Bicara Wakaf bersama warga PHN Industry Sdn. Bhd. (Shah Alam 2).

Program bertajuk β€œBiarpun Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir” telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, Perbadanan Wakaf Selangor.

Menerusi sesi tersebut, para peserta diberikan pendedahan mengenai konsep dan kepentingan wakaf serta bagaimana amalan wakaf mampu memberi manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat dan ummah.

Program ini juga menjadi platform PWS untuk mendekatkan ibadah wakaf kepada warga korporat, sekali gus menggalakkan budaya berwakaf sebagai amalan yang dapat dilazimi dalam kehidupan seharian.

PWS komited untuk terus memperluas kefahaman mengenai wakaf melalui program advokasi dan pendidikan bersama sektor korporat serta masyarakat.

ππˆπ‚π€π‘π€ π–π€πŠπ€π…: β€œππˆπ€π‘ππ”π 𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒 π“π„π‘π‡π„ππ“πˆ, π‰π€π‘πˆπ€π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πŒπ„ππ†π€π‹πˆπ‘β€SHAH ALAM, 2 September 2026 I Perbadanan Wakaf Selangor (PW...
02/09/2026

ππˆπ‚π€π‘π€ π–π€πŠπ€π…: β€œππˆπ€π‘ππ”π 𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒 π“π„π‘π‡π„ππ“πˆ, π‰π€π‘πˆπ€π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πŒπ„ππ†π€π‹πˆπ‘β€

SHAH ALAM, 2 September 2026 I Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan usaha memperkasa kefahaman masyarakat terhadap wakaf menerusi program Bicara Wakaf yang berlangsung di PHN Industry Sdn. Bhd. di Seksyen 26, Shah Alam.

Program yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, Perbadanan Wakaf Selangor, mengetengahkan tajuk β€œBiarpun Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir” sebagai platform perkongsian berkaitan konsep, kepentingan serta peranan wakaf dalam membina manfaat berpanjangan kepada masyarakat dan ummah.

Sesi perkongsian ini turut memberi pendedahan kepada warga PHN Industry Sdn. Bhd. mengenai peluang berwakaf serta bagaimana sumbangan wakaf dapat diurus dan dimanfaatkan secara berterusan untuk pembangunan pendidikan, kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Penganjuran Bicara Wakaf ini mencerminkan komitmen PWS dalam memperluas literasi wakaf serta mendekatkan institusi wakaf dengan komuniti korporat dan masyarakat, selaras dengan aspirasi menjadikan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan.

Semoga perkongsian ini menjadi pencetus kepada lebih ramai individu dan warga korporat untuk bersama-sama menyemai amalan wakaf demi manfaat generasi hari ini dan akan datang.

Biarpun nafas terhenti, jariah terus mengalir.








PWS SALUR RM184,800 WAKAF UNTUK MANFAAT TIGA INSTITUSI MASJID DAN SURAU31 Ogos 2026 I Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) te...
01/09/2026

PWS SALUR RM184,800 WAKAF UNTUK MANFAAT TIGA INSTITUSI MASJID DAN SURAU

31 Ogos 2026 I Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasa manfaat wakaf melalui penyaluran sumbangan berjumlah RM184,800 kepada tiga institusi masjid dan surau di Selangor bagi menyokong pembangunan serta penambahbaikan kemudahan ibadah.

Sumbangan pertama melibatkan Masjid At-Taqwa, Subang Permai melalui agihan 50% daripada kutipan Tabung Wakaf yang ditempatkan di masjid tersebut berjumlah RM114,800 bagi tujuan penyediaan karpet ruang solat dan pemasangan kubah baharu.

Manakala, Surau Al-Muhajirin, PPR Lembah Subang 2 menerima Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM40,000 bagi tujuan baik pulih infrastruktur surau. Turut menerima Sumbangan Wakaf Fisabilillah ialah Masjid Jamek Batu Arang berjumlah RM30,000 bagi tujuan menaik taraf dewan masjid.

Inisiatif ini membuktikan komitmen PWS dalam memastikan kutipan dan sumbangan wakaf terus memberi impak kepada masyarakat, khususnya dalam menyediakan kemudahan ibadah yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

Semoga setiap manfaat yang terhasil daripada wakaf ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat para pewakaf serta memberi manfaat kepada seluruh jemaah dan komuniti setempat.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online dan Aplikasi Wakaf Selangor
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
---

PEMAKLUMAN RASMIPejabat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) akan ditutup pada 1 September 2026 sempena Hari Kelepasan Am Sel...
31/08/2026

PEMAKLUMAN RASMI

Pejabat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) akan ditutup pada 1 September 2026 sempena Hari Kelepasan Am Selangor.

Pejabat PWS akan dibuka semula pada 2 September 2026.

--


πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎHayati erti kemerdekaan dengan menyemai perpaduan, menghargai keharmonian ...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hayati erti kemerdekaan dengan menyemai perpaduan, menghargai keharmonian dan bersama membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Semoga semangat Merdeka terus menyatukan kita dan membawa manfaat kepada semua.

Ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Warga Kerja
Perbadanan Wakaf Selangor

--


π’π”πŒππ€ππ†π€π π–π€πŠπ€π… 𝐏𝐖𝐒 ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„πŒπ”πƒπ€π‡π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐀𝐋-𝐀𝐍𝐒𝐀𝐑 π“π€πŒπ€π πŠπ„π‘π€πŒπ€π“KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2026 – Perbadanan Wakaf...
30/08/2026

π’π”πŒππ€ππ†π€π π–π€πŠπ€π… 𝐏𝐖𝐒 ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„πŒπ”πƒπ€π‡π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐀𝐋-𝐀𝐍𝐒𝐀𝐑 π“π€πŒπ€π πŠπ„π‘π€πŒπ€π“

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan komitmen memperluas manfaat wakaf melalui penyerahan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM10,000 kepada Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Sumbangan tersebut adalah bagi tujuan pemasangan kamera dan sistem penstriman radio masjid, sekali gus membantu memperkukuh kemudahan komunikasi serta penyampaian aktiviti keagamaan kepada komuniti dan para jemaah.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.

Turut diadakan Kuliah Maghrib sebagai wadah pengimarahan masjid, di samping memberi peluang kepada para jemaah untuk melazimi ibadah wakaf dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ummah.

PWS terus komited menjadikan wakaf sebagai instrumen pembangunan yang memberi manfaat secara berterusan kepada masyarakat.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online dan Aplikasi Wakaf Selangor
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
---

π–π€πŠπ€π… 𝐏𝐖𝐒 πŒπ€ππˆπ…π„π’π“π€π’πˆ πŠπ„ππ‘πˆπ‡π€π“πˆππ€π, ππˆππ€ 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆHULU LANGAT, 29 Ogos 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS...
30/08/2026

π–π€πŠπ€π… 𝐏𝐖𝐒 πŒπ€ππˆπ…π„π’π“π€π’πˆ πŠπ„ππ‘πˆπ‡π€π“πˆππ€π, ππˆππ€ 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ

HULU LANGAT, 29 Ogos 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasa agenda wakaf sebagai instrumen pembangunan sosial melalui penyerahan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Rumah Sahabat, Hulu Langat.

Penyerahan cek cura wakaf tersebut disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohamed Izam bin Mohamed Yusof, Timbalan Pengerusi PWS dihadapan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersempena Majlis Pelancaran SunwayforGood Food Program Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia di Rumah Sahabat.

Program khidmat masyarakat ini dijayakan oleh Sunway dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY), bertujuan menyantuni dan menyokong usaha pemulihan komuniti di Rumah Sahabat, sebuah pusat rehabilitasi persendirian di Hulu Langat.

Di sinilah wakaf menjadi cahaya membina ruang pemulihan, menyulam harapan dan membuka jalan kehidupan baharu buat mereka yang ingin kembali bangkit.

PWS merakamkan penghargaan kepada SAY, YRMS dan Sunway atas sinergi serta komitmen dalam menghidupkan manfaat wakaf demi kesejahteraan ummah.

Wakaf disemai, manfaat dituai.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online dan Aplikasi Wakaf Selangor
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
---

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐖𝐒 πŠπ„ ππŽπ”π’π“π„π€πƒ ππ„π“π‘πŽπ‹π„π”πŒ πŒπ€π‘πŠπ„π“πˆππ† 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.PETALING JAYA, 28 Ogos 2026 I Perbadanan Wakaf Selangor (P...
28/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐖𝐒 πŠπ„ ππŽπ”π’π“π„π€πƒ ππ„π“π‘πŽπ‹π„π”πŒ πŒπ€π‘πŠπ„π“πˆππ† 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.

PETALING JAYA, 28 Ogos 2026 I Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. sebagai platform memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan projek wakaf.

Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor, dan diiringi oleh Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Encik Fardzi Shah bin Razali, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada perbincangan potensi kolaborasi strategik antara PWS dan BHPetrol, khususnya dalam meneroka peluang pelaksanaan serta pembangunan projek wakaf yang berimpak dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.

PWS komited memperluas jaringan kerjasama strategik bersama sektor korporat bagi memperkasa wakaf sebagai instrumen pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah.

Address

Tingkat 10, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS:

Shortcuts

Share