13/04/2026
Lensa Aidilfitri 1447 H
11hb April 2026/22 Syawal 1447 H
Surau Al Husna Seksyen 20 Shah Alam
Telah berlangsung Majlis Ceramah Khas Aidilfitri, memetik buah MelonSel dan Jamuan Raya.
Ceramah yang menarik dan amat bermanfaat telah disampaikan oleh Saudara Shamsul Amri Bin Ismail (Ustaz Shamsul Debat) bermula selepas solat Maghrib hingga pukul 9.15 malam. Saudara Shamsul Debat telah menekankan tentang penting istiqamah dalam beribadah pasca Ramadhan dan Syawal. Beliau menekankan tentang pentingnya kita sentiasa mengejar untuk mendapat hidayah Allah, maghfirah dan rahmat daripada Allah.
Alhamdulillah atas sambutan yang amat baik dari para jemaah. Terima kasih kepada semua termasuk barisan AJK yang telah bertungkus lumus membuat persiapan terbaik. Mohon maaf atas segala kekurangan dan layanan sepanjang majlis berlangsung. Moga kita jumpa lagi di majlis akan datang insyaAllah. Terima kasih semua π