21/03/2026
Ramai yang fokus kepada persediaan pakaian dan barang,
tetapi sebenarnya ada beberapa perkara kecil yang boleh buat perjalanan umrah kita lebih selesa dan bermakna.
Antaranya:
Bawa ubat-ubatan asas seperti panadol, minyak angin, ubat batuk dan ubat persendirian.
Jangan lepaskan peluang solat jenazah selepas solat fardhu di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi kerana pahalanya sangat besar.
Jaga adab dan kesabaran, walaupun makanan atau keadaan tidak seperti yang kita harapkan.
Tanah Suci bukan tempat untuk mencari kesempurnaan dunia,
tetapi tempat untuk melatih sabar, merendahkan diri dan mendekatkan hati kepada Allah.
Semoga Allah permudahkan perjalanan ibadah kita dan menerima setiap amalan yang dilakukan di Tanah Suci.