Heart4u

Heart4u Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Heart4u, Religious organisation, Shah Alam.

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI[Rahmat Dalam Ujian]إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا "Sesungguhnya bersama kesulitan i...
09/03/2022

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI

[Rahmat Dalam Ujian]

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
(Surah Al-Insyirah : 6)

Ujian merupakan suatu proses tarbiyah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita dalam berbagai bentuk, antaranya seperti diuji dengan kematian ahli keluarga, kewangan dan ada juga yang didatangkan dengan bala bencana yang menimpa. Bila kita diuji, seharusnya kita perlu bersyukur, bersabar dan berikhtiar (berusaha) dalam menghadapi ujian.

Manakala, jika diuji dengan kehilangan harta benda atau kehilangan orang yang tersayang, kita perlu tenangkan diri dan sentiasa ingat semua perkara yang kita miliki belum tentu akan kekal selamanya kerana hakikatnya ia adalah milik Allah SWT. Semua perkara yang kita sayang di dunia sebenarnya adalah pinjaman daripada Allah SWT semata-mata dan kita hanya menjadi perantaraan sahaja. Maka, kita perlu sentiasa kembali kepada Allah SWT dan meletakkan segala kebergantungan kepadaNya.

Dunia merupakan ladang untuk kita mengumpulkan pahala yang akan menjadi bekal kita di akhirat kerana semua yang kita ada akan ditinggalkan melainkan amal yang sudah dilakukan sepanjang tempoh kehidupan yang kita jalani di dunia. Setiap kebaikan kita akan dikira oleh Allah SWT walaupun sekecil apa pun yang kita lakukan kerana kita tidak pernah tahu bila akan meninggalkan dunia. Maka, kita perlu penuhi setiap waktu kita dengan melakukan kebaikan.

Allah SWT tidak akan memberikan ujian semata-mata kepada kita tetapi akan disertakan dengan rahmat & hikmah disebalik ujian tersebut bagi membina semula semangat untuk meneruskan kehidupan serta sentiasa kembalikan setiap urusan kepada Allah SWT. Ujian setiap orang akan berbeza mengikut tahap keimanan seseorang kerana semakin tinggi tahap keimanan, maka semakin berat ujian yang dihadapinya.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

"Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya."
(Surah Al-Baqarah : 286)

Setiap ujian yang kita hadapi hanya mempunyai dua pilihan sahaja, sama ada kita berjaya menghadapi ujian tersebut atau kita tewas dan tersungkur kerana belum dapat menghadapinya dengan baik. Tiada ujian yang diberikan oleh Allah SWT melebihi batas kemampuan kita, ada ujian yang akan menambah keimanan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT tetapi ada juga ujian yang akan menambahkan kesombongan bahkan menjauhkan kita daripada Allah SWT.

Para Anbiya' juga tidak terlepas daripada ujian bahkan lebih berat daripada orang lain seperti yang dirasakan oleh Nabi Ayyub AS yang diuji dengan penyakit kulit serta ditinggalkan oleh keluarga sendiri, tetapi baginda masih memiliki iman yang teguh dan pergantungan yang kuat kepada Allah SWT.

Kesimp**annya, kita perlu menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah SWT dengan redha dan ikhlas supaya proses menghadapi ujian tersebut akan lebih lancar serta mendapat rahmat dan hikmah yang baik. Kita juga perlu sentiasa meletakkan Allah SWT sebagai perkara yang paling utama dalam setiap pemikiran dan tindakan kita supaya sentiasa memperoleh keberkatan dan lindungan daripada Allah SWT daripada segala keburukan dunia.

Wallahua'lam.

Ustazah Nurul Huda Binti Ahmad Ali
11 Februari 2022
9 Rejab 1443H

------------------------------------
Disediakan oleh:
Ustazah Yusmiza Binti Md Adam,
Murabbi,
Heart Department,
Yuuki Global Sdn. Bhd.

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI[Hargai Masa Muda]Masa muda merupakan waktu yang sangat berharga kerana kita akan ...
07/03/2022

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI

[Hargai Masa Muda]

Masa muda merupakan waktu yang sangat berharga kerana kita akan banyak mempelajari perkara baru dan mencuba berbagai pengalaman-pengalaman baru serta ia sering juga dikaitkan dengan pencarian jati diri.

Bermula dari usia muda inilah kita perlu mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah dan sentiasa memenuhkan ilmu agama di dada untuk bekalan kita pada masa akan datang supaya tidak tersesat jauh dari landasan agama Islam yang sebenar.

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka p**a berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah Al-'Asr : 1-3)

Di dalam surah ini banyak terkandung isi nasihat yang patut kita pelajari ketika kita masih diberikan umur yang panjang dan masih diberikan nyawa serta peluang untuk kita mengisi masa tersebut dengan sentiasa melakukan ibadah dan amal jariah sebagai bekalan akhirat kita nanti.

Beriman kepada Allah SWT menjadi tiket untuk kita sentiasa memperoleh redha Allah SWT. Jadi, sesiapa sahaja yang menjalani kehidupan di dunia yang disertakan dengan redha Allah SWT, maka dia merupakan orang yang sangat bertuah kerana telah diberikan laluan yang dijaga oleh Allah SWT.

Hakikatnya, walaupun kita dikenali dan dihormati oleh manusia di seluruh dunia tetapi sekiranya kita tidak beriman akan terasa rugi, kosong dan tidak bermakna hidup kita di dunia kerana masa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebenarnya tidak banyak untuk mengutip pahala hasil daripada amal jariah yang kita lakukan untuk akhirat.

Memberi nasihat sesama manusia kepada orang lain juga merupakan tanggungjawab kita semua seperti yang telah diajarkan oleh Rasullah SAW yang merupakan Qudwah Hasanah seoanjang zaman yang sentiasa melakukan kebaikan tanpa mengira agama dan bangsa. Justeru itu, kita perlu sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu untuk menambahkan pengetahuan serta mendapatkan kefahaman dalam diri kita bagi mengajak orang lain untuk bersama-sama dengan kita masuk ke dalam syurga.

عَنْ عَبْدِ اللّٰهِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

Dari Abdullah Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang iaitu masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum miskinmu, masa lapangmu sebelum sibukmu dan masa hidupmu
sebelum matimu."
[Hadith Riwayat Muslim]

Hadith ini menjelaskan bahawa setiap manusia memiliki proses dalam menjalani kehidupan dan proses tersebut tidak akan sesuai dengan keinginan kita, maka perlu ada kesedaran daripada kita sendiri untuk memanfaatkan masa yang diberikan oleh Allah SWT dengan sebaiknya sebelum hadirnya penyesalan dalam diri kita selama hidup di dunia.

Kesimp**annya, kita sebagai individu muslim perlu lebih peka dan mengambil tahu keadaan sekeliling yang terjadi dalam kehidupan kita dan berusaha untuk memanfaatkan diri sendiri untuk orang lain kerana setiap usaha kebaikan yang kita lakukan sentiasa disertai dengan ganjaran pahala, walaupun ganjaran tersebut kita tidak dapat nampak di dunia tetapi kita akan berpuas hati kerana hasil tersebut akan diperoleh di akhirat.

Wallahua'lam.

Ustaz Zool Amali Bin Muhd Noor
7 Februari 2022
5 Rejab 1443H

------------------------------------
Disediakan oleh:
Ustazah Yusmiza Binti Md Adam,
Murabbi,
Heart Department,
Yuuki Global Sdn. Bhd.

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI[Not My Bussiness]Istilah “Not my business” adalah satu daripada adab yang diajark...
02/03/2022

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI

[Not My Bussiness]

Istilah “Not my business” adalah satu daripada adab yang diajarkan dalam Islam kerana bukan setiap perkara yang berlaku itu menjadi urusan kita.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيه

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdabda: "Di antara baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan hal yang tidak bermanfaat (tidak penting) bagi dirinya."
[Hadith Riwayat Tirmidzi]

Hadith ini sebagai bukti bahawa Islam menyarankan umat Islam meninggalkan urusan yang tidak memberikan apa-apa manfaat kepadanya. Pandangan Ulama' menjelaskan bahawa saranan ini adalah dasar agama dan merupakan salah satu akhlak yang utama diajarkan dalam Islam. Ini menunjukkan Islam sangat menitikberatkan soal akhlak dan adab kerana ia suatu simbol kehormatan agama Islam.

Maksud "meninggalkan hal yang tidak bermanfaat (tidak penting) bagi dirinya" adalah meninggalkan keinginan kita untuk mengetahui tentang urusan peribadi orang lain yang tiada kaitan dengan kita, baik secara perasaan mahupun tindakan. Contohnya, jika ada seseorang yang diuji dengan perceraian, kita sibuk untuk mencari maklumat apakah sebab dan punca penceraian tersebut. Sedangkan ia tidak membawa apa-apa kepentingan kepada kita.

Islam sangat mengambil berat soal ‘privacy’. Bahkan dalam bab dosa, Islam melarang kita untuk menyebarkan dosa peribadi (yang tidak memberi mudharat kepada orang lain), seperti meninggalkan ibadah wajib solat dan puasa. Allah SWT akan membuka aib dan dosa yang pernah kita lakukan di dunia kepada seluruh manusia pada hari Akhirat nanti jika kita masih menyebarkan dosa-dosa peribadi kita semasa hidup.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.
[Hadith Riwayat Muslim (2590)]

Dalam Al-Quran juga ada dijelaskan tentang adab menjaga ‘privacy’ antara sesama individu. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah meremehkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang s**a memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Hujurat : 12)

Islam melarang kita mencampuri urusan peribadi orang lain dan mengintip urusan mereka, contoh seperti membuka dan membaca telefon bimbit yang bukan milik kita tanpa kebenaran dengan niat untuk mencari maklumat yang tiada kaitan dengan diri kita.

Merujuk kepada situasi pada hari ini, ramai daripada pengguna media sosial yang idak menjaga etika dengan mendedahkan keaiban individu apabila mereka mendapat sesuatu maklumat yang boleh viral semata-mata untuk menaikkan ‘rating’ dalam page atau channel mereka. Ia sesuatu yang sangat menyedihkan, bahkan perkara tersebut disambut dengan kecaman dari netizen yang laju memberi respon terhadap sesuatu isu tanpa mengetahui perkara sebenar. Keburukan orang lain seharusnya cukup kita tahu sahaja tanpa menyebarkan perkara tersebut kepada jiran tetangga atau netizen.

Perkara ini sangat diberikan perhatian dalam Islam supaya kita dapat meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan diri kita dan tidak memberikan manfaat. Meskipun sesuatu perkara itu memberi manfaat buat kita tetapi jika ia mengganggu urusan peribadi orang lain dan mendedahkan aib, maka ia adalah dilarang. Namun, ada sesuatu keadaan atau situasi yang memerlukan kita untuk ambil peduli seperti mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari keburukan. Maka keadaan ini terkeluar dari istilah ‘not my bussiness’ atau ‘menjaga tepi kain orang’. Ini adalah kerana ia merupakan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang individu muslim.

Kesimp**annya, kita perlu mengubah cara berfikir dan tindakan supaya kita tidak silap dalam melakukan kebaikan. Walaupun mengambil tahu urusan orang lain itu suatu perkara yang baik tetapi jika dilakukan secara berlebihan akan menyebabkan keburukan yang berterusan sehingga dapat membuka aib seseorang kepada khalayak ramai. Jadi, kita cukup mengambil tahu urusan yang dapat memberikan manfaat kepada diri kita dan orang lain sahaja supaya kehidupan kita lebih selesa dan harmoni tanpa ada sebarang prasangka yang buruk antara satu sama lain menyebabkan diri kita tidak tenteram.

Wallahua'lam.

Ustaz Abdur Rahim Rukaini Bin Abd Rahman
8 Februari 2022
6 Rejab 1443H

------------------------------------
Disediakan oleh:
Ustazah Hana' Binti Salleh,
Murabbi,
Heart Department,
Yuuki Global Sdn. Bhd.

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI[Prinsip Halal & Haram Dalam Islam]Kita sebagai Muslim perlu memiliki prinsip berp...
01/03/2022

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI

[Prinsip Halal & Haram Dalam Islam]

Kita sebagai Muslim perlu memiliki prinsip berpegang kepada halal dan haram dalam Islam. Sekiranya prinsip kita kuat dan benar, maka jalan hidup kita akan lurus dan mudah, namun sekiranya prinsip kita longgar dan tiada asas, maka hidup kita ibarat lalang yang mudah beralih tanpa arah. Dasar kepada prinsip kita tersebut hendaklah mengikuti dasar agama yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Hukum asal setiap sesuatu yang ada di dunia ini adalah harus dan dibolehkan kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya seperti yang telah dilarang serta diharamkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT:

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

"Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu."
(Surah Al-Baqarah : 29)

وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِنْهُ

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya."
(Surah Al-Jaathiyah : 13)

Kedua- dua ayat di atas menunjukkan Allah SWT mencipta langit dan bumi serta seisinya untuk dimanfaatkan oleh kita sebagai hamba Allah SWT kecuali pada perkara yang Allah SWT jelas mengharamkan kepada kita untuk dilakukan.

Contohnya, besi yang keras pun boleh dimanfaatkan oleh manusia menjadi objek lain apabila ia dicairkan. Binatang yang besar seperti gajah juga malahan boleh tunduk kepada manusia dengan kuasa Allah SWT. Kapal terbang yang besar dan berat boleh dikawal oleh manusia yang kerdil kerana hanya dengan keizinan dan rahmat Allah SWT perkara tersebut boleh dilakukan.

Dalam konsep Usul Fiqh, setiap tindakan yang kita buat dibolehkan tetapi berbeza p**a dalam urusan ibadah, hukum asalnya adalah haram atau terlarang kecuali apa yang diberitahu oleh Rasulullah SAW menjadi boleh dan halal. Hakikatnya, urusan halal dan haram adalah hak mutlak Allah SWT dan tiada sekutu bagiNya. Meskipun, ia dari seorang ayah atau suami tiada hak dalam urusan menentukan halal dan haram.

Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah satu perbuatan syirik.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."
(Surah An-Nisa' : 48)

Perkara ini banyak berlaku kepada orang awam dan golongan yang memegang autoriti atau kuasa. Contohnya menghalalkan judi dan arak kerana ia boleh membatalkan syahadah dan perlu kembali semula dengan melafazkan kembali syahadah.

Tujuan pengharaman adalah kerana segala yang diharamkan oleh Allah SWT dalam syariat yang dapat membawa kita kepada keburukan sama ada secara zahir atau batin. Sekiranya kita hanya mengikut keterbatasan akal fikiran manusia memang kita tidak akan dapat memahami impak yang akan diperoleh.

Maka, kita perlu sentiasa mengambil hikmah terhadap setiap larangan dan suruhan Allah SWT kepada kita sebagai hambaNya. Semoga kita dapat membezakan perkara halal dan haram yang telah digariskan dalam Islam serta dijauhkan daripada segala keburukan yang dapay menjejaskan kehidupan kita.

Wallahua'lam.

Sumber: Kitab Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Doktor Yusuf Al-Qaradhawi.

Ustaz Abdur Rahim Rukaini Bin Abd Rahman
25 Januari 2022
29 Jamadilakhir 1443H

------------------------------------
Disediakan oleh:
Ustazah Hana' Binti Salleh,
Murabbi,
Heart Department,
Yuuki Global Sdn. Bhd.

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI[Kemuliaan Al-Quran & Ahlinya]Kehidupan kita setiap hari tidak akan terlepas darip...
25/02/2022

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI

[Kemuliaan Al-Quran & Ahlinya]

Kehidupan kita setiap hari tidak akan terlepas daripada garis panduan Islam yang mengandungi hukum-hukum syariat melalui Al-Quran dan Sunnah. Jika Al-Quran dijadikan cara hidup, maka kita akan mendapatkan kelebihan, manfaat, derajat akan diangkat oleh Allah SWT serta ia merupakan sebaik-baik amal di dunia sehingga digelar sebagai Ahlul Quran iaitu orang yang membaca, menghafaz dan mengamalkan Al-Quran.

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ، وَحَامِلِ الْقُرْآنِ غَيْرِ الْغَالِي فِيهِ وَالْجَافِي عَنْهُ، وَإِكْرَامَ ذِي السُّلْطَانِ الْمُقْسِطِ

Dari Abu Musa Al-Asy'ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya termasuk pengagungan kepada Allah adalah memuliakan orang yang sudah beruban lagi muslim, memuliakan ahli Al-Quran dengan tidak berlebihan dan tidak meremehkannya, dan memuliakan para pemimpin yang berbuat adil."
[Hadith Riwayat Abu Daud (4843)]

Hadith ini menjelaskan bahawa terdapat tiga golongan yang dimuliakan oleh Allah SWT:

1. Golongan muslim yang sudah berumur (orang tua).
2. Golongan yang membaca dan menghafal Al-Quran.
3. Golongan pemerintah yang diberi kuasa (pemimpin) adil dan saksama.

Semua golongan yang disebut dalam hadith ini mendapat kedudukan yang sama kerana Rasulullah SAW memuliakan para sahabat yang syahid di medan perang Uhud dengan memasukkan jasad sahabat yang paling banyak membaca Al-Quran ke dalam liang lahad terlebih dahulu berbanding yang lain.

Rasulullah SAW juga memuliakan orang yang bersama dengan Al-Quran di waktu hidup sehingga mereka meninggal dunia. Al-Quran akan memastikan orang yang membacanya tidak bersendirian dan ditemani di alam kubur serta akan selamat masuk ke dalam syurga.

Semoga kita semua dapat mengamalkan Al-Quran dengan betul supaya kehidupan kita diiringi dengan keberkatan dan tidak terlepas daripada lindungan Allah SWT serta menjadi insan yang sentiasa berdampingan dengan Al-Quran.

Wallahua'lam.

Ustaz Muhammad Rashidi Bin Abdul Hamid
24 Januari 2022
21 Jamadilakhir 1443H

------------------------------------
Disediakan oleh:
Ustazah Yusmiza Binti Md Adam,
Murabbi,
Heart Department,
Yuuki Global Sdn. Bhd.

Doa Hindari Hasad Dengkiرَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُل...
24/02/2022

Doa Hindari Hasad Dengki

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

"Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu."
(Surah Al-Hasyr : 10)






---------------------------------
Dapatkan maklumat terkini Heart4u:
Facebook: https://www.facebook.com/heart4uygsb/
Instagram: https://www.instagram.com/heart4u_ygsb/
Website: https://heart4u.com.my/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCPz2JLumTrIxKYxoCphtRJA

[COUNTDOWN RAMADAN 1443H] اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا لَنَا فِي رَمَضَانَ"Ya Allah, Kau b...
24/02/2022

[COUNTDOWN RAMADAN 1443H]

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا لَنَا فِي رَمَضَانَ

"Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau pertemukanlah kami dengan pada bulan Ramadan."
[Hadith Riwayat Ahmad]

InsyaAllah, kita akan menghadapi Bulan Ramadan 1443H yang setiap hari semakin menghampiri diri kita. Mari gunakan tempoh yang ada untuk kita menambah amalan sunnah supaya pada Bulan Ramadan nanti kita dapat lebih selesa dan terbiasa untuk menambah pahala.

Semoga kita sentiasa dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Jazakumullah khair,
Team Heart Department.

---------------------------------
Dapatkan maklumat terkini Heart4u:
Facebook: https://www.facebook.com/heart4uygsb/
Instagram: https://www.instagram.com/heart4u_ygsb/
Website: https://heart4u.com.my/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCPz2JLumTrIxKYxoCphtRJA

Membayar Zakat Harta Atau Menyelesaikan Hutang Terlebih Dahuluعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى...
23/02/2022

Membayar Zakat Harta Atau Menyelesaikan Hutang Terlebih Dahulu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ، حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Roh orang yang beriman itu tergantung disebabkan hutang sehingga dibayarkan untuknya (hutang tersebut)."
[Hadith Riwayat Tirmidzi (1078)]

Imam Al-Khatib Al-Syirbini menjelaskan bahawa sekiranya terhimpun tanggungjawab hutang dan zakat ke atas seseorang yang masih hidup dan hartanya terhad, hendaklah didahulukan hak manusia (hutang).

Kesimp**annya, hukum membayar zakat dan menyelesaikan hutang adalah wajib. Namun, jika harta tidak mencukupi hendaklah membayar hutang terlebih dahulu. Kemudian, jika baki harta memenuhi syarat berzakat hendaklah ditunaikan zakat tersebut. Sekiranya hutang itu kategori hutang jangka masa panjang, maka hutang tersebut tidak mengurangi kewajipan berzakat.

Sumber: Al-Kafi Siri Ke-1751 | Mana Lebih Utama Membayar Zakat Harta Atau Menyelesaikan Hutang.






---------------------------------
Dapatkan maklumat terkini Heart4u:
Facebook: https://www.facebook.com/heart4uygsb/
Instagram: https://www.instagram.com/heart4u_ygsb/
Website: https://heart4u.com.my/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCPz2JLumTrIxKYxoCphtRJA

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI[Kembali Kepada Islam]Membaca Al-Quran merupakan suatu amalan yang sangat mulia da...
22/02/2022

SLOT NUR HIKMAH: NOTA TAZKIRAH MURABBI

[Kembali Kepada Islam]

Membaca Al-Quran merupakan suatu amalan yang sangat mulia dan dapat melembutkan hati kita. Terdapat banyak kegembiraan yang Allah berikan kepada orang yang sentiasa bersama dengan Al-Quran antaranya adalah ia akan menjadi pendamping yang akan menemani kita di akhirat nanti untuk memastikan pembacanya akan selamat masuk ke dalam syurga.

Golongan yang sentiasa membaca Al-Quran disebut sebagai 'Ahlul Quran', dimana golongan ini akan mendapat kemuliaan kerana telah menghabiskan sebahagian dari masa hidupnya untuk berdamping dengan Al-Quran yang dapat membawa kebaikan dunia dan akhirat.

ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

"Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketakwaan hati."
(Surah Al-Hajj : 32)

Al-Quran merupakan syiar Allah SWT paling agung yang disebut sebagai kalam Allah, ucapan dan nasihat kepada kita hambaNya dan dapat memperoleh kebaikan disisi Allah SWT. Ia juga dapat menjadi syifa' (penyembuh), melembutkan hati seseorang, menyelesaikan setiap masalah tanpa mengira zaman dan tempat serta memberikan rahmat kepada sesiapa yang membacanya.

Firman Allah SWT pada ayat yang lain:

لَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِنْهُمْ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

"Jangan sekali-kali engkau (Muhammad) tujukan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (orang kafir), dan jangan engkau bersedih hati terhadap mereka dan berendah hatilah engkau terhadap orang yang beriman."
(Surah Al-Hijr : 88)

Allah SWT tidak s**a dan melarang kita dari menyakiti orang yang beriman khususnya golongan yang hidup dengan Al-Quran seperti mencela, menyusahkan dan menyebabkan rasa tidak selesa kepada mereka kerana Allah SWT sangat mengasihi mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai cara hidup.

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ، وَحَامِلِ الْقُرْآنِ غَيْرِ الْغَالِي فِيهِ وَالْجَافِي عَنْهُ، وَإِكْرَامَ ذِي السُّلْطَانِ الْمُقْسِطِ

Dari Abu Musa Al-Asy'ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya termasuk pengagungan kepada Allah adalah memuliakan orang yang sudah beruban lagi muslim, memuliakan ahli Al-Quran dengan tidak berlebihan dan tidak meremehkannya, dan memuliakan para pemimpin yang berbuat adil.”
[Hadith Riwayat Abu Daud (4843)]

Hadith ini menjelaskan bahawa tanda-tanda kebesaran Allah SWT ada tiga perkara:

1. Menghormati golongan tua yang muslim.
2. Golongan yang membaca dan menghafal Al-Quran.
3. Memuliakan pemerintah yang diberi kuasa (pemimpin) yang adil dan saksama.

kesimp**annya, kita perlu menjadikan kehidupan sebagai ladang akhirat dengan menjadikan Al-Quran sebagai pendamping dan rujukan supaya kita dapat kembali kepada Islam yang benar. Semoga kita dapat menjadi ahlul Quran yang mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.

Wallahua'lam.

Ustaz Muhammad Rashidi Bin Abdul Hamid
17 Januari 2022
14 Jamadilakhir 1443H

------------------------------------
Disediakan oleh:
Ustazah Yusmiza Binti Md Adam,
Murabbi,
Heart Department,
Yuuki Global Sdn. Bhd.

Mengambil Dunia Untuk Keselamatan Akhiratعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُولُ...
21/02/2022

Mengambil Dunia Untuk Keselamatan Akhirat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي، فَقَالَ : كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ. وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

Dari Ibnu Umar RA berkata, bahawa Rasulullah SAW memegang belakang beliau lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara. Lalu Ibnu Umar berkata: Jika kamu telah berada pada waktu petang, maka janganlah dinantikan waktu pagi. Jika kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah dinantikan waktu petang. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakit dan waktu hidup sebelum mati."
[Hadith Riwayat Bukhari (6416)]






---------------------------------
Dapatkan maklumat terkini Heart4u:
Facebook: https://www.facebook.com/heart4uygsb/
Instagram: https://www.instagram.com/heart4u_ygsb/
Website: https://heart4u.com.my/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCPz2JLumTrIxKYxoCphtRJA

Address

Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Heart4u posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share