28/05/2026
Assalamualaikum WBT.
Pihak Jawatankuasa Surau Jalan Universiti ingin memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program Ibadah Korban Aidiladha pada tahun 1447H telah berjalan dengan lancar, meriah, dan selamat.
Tahun ini, sebanyak 4 ekor lembu telah selamat disembelih, dilapah, dan diagihkan sepenuhnya kepada golongan asnaf serta seluruh ahli kariah yang layak.
Pihak Surau Jalan Universiti ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta Korban kerana memberi kepercayaan kepada pihak Surau untuk menguruskan ibadah anda pada tahun ini. Terima kasih juga buat semua petugas, sukarelawan serta penduduk Kariah yang hadir menyumbangkan tenaga dan memberikan sokongan.
Mohon maaf atas segala kekurangan, salah silap, atau kelemahan sepanjang majlis berlangsung. Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu daripada kelemahan kami sendiri. Semoga Allah SWT menerima ibadah korban kita semua tahun ini. Amin.