Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Shah Alam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Religious organisation, Kompleks Pusat Islam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Naib Canselor, UiTM Shah Alam berfungsi menyampaikan perkhidmatan bimbingan & nasihat serta melaksanakan program ilmu dan kerohanian kepada warga universiti dan masyarakat.

[[ NOTIS PEMAKLUMAN ]]Assalamualaikum wrt wbt.Kepada  Facebook Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Shah A...
26/01/2024

[[ NOTIS PEMAKLUMAN ]]

Assalamualaikum wrt wbt.

Kepada Facebook Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Bermula 1 Februari 2024, segala pemakluman berkenaan dengan program dan aktiviti hanya akan dimuatnaik di platform Masjid Universiti Teknologi Mara - Media FB Rasmi.

Sekian, harap maklum.


[  : PENCAPAIAN BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM SEPANJANG TAHUN 2023 ]Assalamualaikum wrt wbtDipanjangkan pencapaian Bahagian H...
15/01/2024

[ : PENCAPAIAN BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM SEPANJANG TAHUN 2023 ]

Assalamualaikum wrt wbt

Dipanjangkan pencapaian Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam sepanjang tahun 2023.



Sekian, wassalam.

15/01/2024

[ 1 HARI 1 HADIS ]

Assalamualaikum wrt wbt

Tajuk: Pertanyaan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاه

Daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya” HR Tirmizi No: 2341 Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan dan timbangan di atas amal kita semasa hidup

2. Setiap kita akan ditanya tentang umur, kemana dihabiskan dan dimanfatkan?

3. Akan ditanya tentang ilmu yang dimiliki. Adakah ilmu yang dimiliki bermanfaat? Adakah ilmu tersebut diamalkan? Adakah ilmu disebarkan sama ada melalui lisan atau tulisan?

4. Setiap harta yang diperoleh akan ditanya, adakah diperolehi dengan cara yang halal atau sebaliknya?. Setiap sen yang di belanjakan juga akan ditanya kemana dan bagaimana diurus?

5. Pada tubuh badan kita juga akan ditanya. Seluruh anggota dan pancaindera yang dimiliki, kemana telah digunakan semasa di dunia?

Berusahalah setiap masa untuk muhasabah apa yang kita milik sama ada umur, ilmu, harta dan seluruh anggota tubuh badan. Moga ia menjadi aset dan deposit amal soleh di akhirat nanti.

15hb Januari 2024
03hb Rejab 1445H

[ PERTINGKATKAN IBADAH SERTA MEMPERBANYAKKAN DOA ]“Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) d...
12/01/2024

[ PERTINGKATKAN IBADAH SERTA MEMPERBANYAKKAN DOA ]

“Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan kita di bulan Rejab sebagai persiapan untuk kita bertemu dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=jhlYJv8rZUoMarilah kita hayati mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan oleh YBhg. Datuk  N...
11/01/2024

https://www.youtube.com/watch?v=jhlYJv8rZUo

Marilah kita hayati mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor yang kita kasihi. Semoga kita mendapat manfaat serta pengajaran yang berguna dalam usaha mempertingkatkan kuantiti & kualiti ibadah menuju Ramadan Al-Mubarak tadi lama lagi.

Saksikan secara _Premieres_ pada 12 Januari 2024 di YouTube rasmi UiTM Channel

Terbitan: Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM dengan kerjasama Jabatan Komunikasi

Marilah kita hayati mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor yang kita kasihi. Semoga kita mendapat manfaat serta pengajaran yan...

[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] Saksikan temubual menarik bersama Ustaz Abdul Mutalib Jamil, Timbalan Pengarah 2 (Hal Ehwal Islam) dan Ustaz M...
11/01/2024

[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] Saksikan temubual menarik bersama Ustaz Abdul Mutalib Jamil, Timbalan Pengarah 2 (Hal Ehwal Islam) dan Ustaz Mohd Faizan Tajuid, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di program Selamat Pagi Malaysia yang akan membincangkan topik Masjid Nadi Keimanan Universiti.

Jangan lupa untuk saksikan temubual ini secara langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM pada 12 Januari 2024, jam 8.30 pagi pastinya melalui saluran-saluran berikut :-

1) Saluran Berita RTM (myfreeview 123)
2) RTM Klik
https://rtmklik.rtm.gov.my/live/5
3) Facebook Live SPM
https://www.facebook.com/selamatpagimalaysiartm?mibextid=LQQJ4d

Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Shah Alam




[ JOM -KAHFI SIRI 1/2024: "IBRAH AL-KAHFI" ]Assalamualaikum wrt wbtDijemput para muslimin dan muslimat untuk mengikuti p...
11/01/2024

[ JOM -KAHFI SIRI 1/2024: "IBRAH AL-KAHFI" ]

Assalamualaikum wrt wbt

Dijemput para muslimin dan muslimat untuk mengikuti program Jom -Kahfi Siri 1/2024 siaran langsung di Live Facebook Masjid UiTM Shah Alam pada 12.1.2023 (Jumaat) jam 9.00 pagi bersama Ustaz Mohd Abdul Aziz Idris.

Soalan kuiz dan hadiah menarik disediakan kepada penonton yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan pantas.

Semoga kita mendapat rahmat kebaikan dalam membaca surah Al-Kahfi serta dijauhkan dari fitnah Dajjal.

Sekian, wassalam.

11/01/2024

[ 1 HARI 1 HADIS ]

Assalamualaikum wrt wbt

Tajuk: Berilmu Satu Jalan Ke syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Quran dan saling mempelajari di antara mereka, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan (Sakinah), mereka akan diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. (HR Muslim No: 4867) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan Allah jalan untuknya ke syurga.

2. Orang yang berhimpun di masjid untuk membaca al-Quran dan saling mempelajarinya, akan memperolehi:

a. Dicucuri rahmat dan ketenangan dari Allah

b. Dikelilingi malaikat dan akan dilindungi

c. Allah menyebut tentang mereka kepada malaikat.

3. Orang yang tidak melakukan amal solleh seperti mempelajari ilmu, membaca dan mendalami al-Quran, dia tidak akan memperolehi kelebihan di atas.

4. Kata Abu Darda’ RA: “Aku mempelajari satu masalah ilmu itu lebih aku s**a daripada qiyamullail”.

5. Kata Ibn al-Mubarak RA: “Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa dirinya mulia?”

Berusahalah kita mempelajari ilmu yang akan mempermudahkan jalan kita kesyurga.

Semoga ilmu dan al-Quran akan menjadi bekalan dan meninggikan kedudukan kita di syurga.

Kedudukan kita di syurga bergantung dengan amalan dengan ilmu yang benar semasa kita hidup di dunia.

11hb Januari 2024
29hb Jamadil Akhir 1445H




09/01/2024

[ 1 HARI 1 HADIS ]

Assalamualaikum wrt wbt

Tajuk: Keutamaan Alim Dari Abid

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Daripada Abu Umamah Al Bahili RA ia berkata; "Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah SAW, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang lagi yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus, mereka akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (HR Tirmizi No: 2609) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kedudukan orang yang berilmu dan beramal adalah lebih baik berbanding seorang ahli ibadah yang tidak berilmu.

2. Perumpamaan orang berilmu seperti kedudukan Rasulullah, berbanding seorang abid tanpa ilmu, umpama perbandingan Rasulullah SAW dengan orang kebanyakan yang paling rendah.

3. Orang berilmu yang mengajarkan ilmu kepada orang lain, akan didoakan oleh penduduk langit dan bumi termasuk semut dan ikan di lautan.

4. Alangkah beruntungnya ilmuan yang beramal dan mengajar kepada orang lain. Kata Al Fudlail bin Iyadl; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan disebut-sebut oleh para Malaikat yang ada di langit."

Marilah kita sentiasa menuntut ilmu serta beramal dengannya. Ingatlah pesanan Saidina Muadz bin Jabal RA:

“Pelajarilah ilmu, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah khashyah (rasa takut), menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, menyerahkannya kepada ahlinya adalah sebagai taqarrub. Dia (ilmu) teman dekat ketika bersendirian dan sahabat dalam kesunyian.”

10hb Januari 2024
28hb Jamadil Akhir 1445H

[  : MAJLIS PERSARAAN HJ HANIF ]Assalamualaikum wrt wbt9.1.2024 (Selasa) - Telah berlangsung Majlis Perpisahan Staf BHEI...
09/01/2024

[ : MAJLIS PERSARAAN HJ HANIF ]

Assalamualaikum wrt wbt

9.1.2024 (Selasa) - Telah berlangsung Majlis Perpisahan Staf BHEI, Hj Hanif Hj Shafie yang telah diadakan di Ninja Steamboat Restaurant.

Didoakan semoga Hj Hanif di dalam lindungan Allah dan diberi kesihatan selepas persaraan ini.

Sekian, wassalam

[ PERTANDINGAN POSTER CHIT CHAT JAWI ]Jom sertai dan hadiah menarik menanti anda.Pertandingan adalah terbuka kepada semu...
09/01/2024

[ PERTANDINGAN POSTER CHIT CHAT JAWI ]

Jom sertai dan hadiah menarik menanti anda.

Pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar UiTM Shah Alam sahaja serta tertakluk kepada terma dan syarat. Sila rujuk poster pertandingan untuk maklumat lanjut.

Penyertaan boleh dihantar melalui pautan Google form: https://forms.gle/Q7TEKsx9TppEThu86
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Januari 2024.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ustazah Faizah Yahya melalui whatsapp 03 5543 8545 atau email [email protected].





.0

[ MALAM MAGHFIRAH (QIAMULLAIL) ]Assalamualaikum wrt wbtMasjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Al...
09/01/2024

[ MALAM MAGHFIRAH (QIAMULLAIL) ]

Assalamualaikum wrt wbt

Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan dan SAHABAT Masjid akan mengadakan Malam Maghfirah (Qiamullail) pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 12 - 13 Januari 2024 (Jumaat - Sabtu)
Masa: 6.30 petang sehingga 8.00 pagi
Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam

Aturcara:

6.30 petang : Pendaftaran Peserta / Makan Malam

7.30 malam : Solat Maghrib

8.00 malam : Bacaan Yasin

8.45 malam : Solat Isya’

9.30 malam : Minum Malam / Khidmat diri / Tidur

4.30 pagi : Qiamullail

6.06 pagi : Solat Subuh

6.30 pagi : Kuliah Subuh

8.00 pagi : Sarapan Pagi / Bersurai

Para jemaah (Staf/Pelajar) dijemput hadir. Para jemaah dibenarkan tidur @ beriktikaf di masjid. Para jemaah diminta untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan barang-barang peribadi ketika beriktikaf di masjid.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala di atas amal ibadah yang kita laksanakan.

Sekian, wassalam.

Address

Kompleks Pusat Islam, Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA Shah Alam:

Share