Kasih Ikhlas Sumayyah

Kasih Ikhlas Sumayyah Kami bantu sesiapa yang berhajat Wakaf Al-Quran kepada golongan yang memerlukan dan Menjual Alquran dan bahan-bahan ilmiah.

14/02/2024
06/07/2023

Assalamualaikum wbt,

Berikut merupakan Info Penghantaran Al-Quran Wakaf Yayasan Ade Azhar pada 5 Julai 2023 (Rabu).


06/07/2023

Assalamualaikum wbt,

Berikut merupakan Info Penghantaran Al-Quran Wakaf Yayasan Ade Azhar pada 26 Jun 2023 (Isnin).


16/08/2022
10/08/2022

Bismillahirahmanirahim

Assalamuailakum.

Syukur Alhamdulillah, penghantaran sebanyak 500 naskah Al-Quran Premium 35 dalam 1, 20 naskah buku Sirah Teragung Rasulullah dan Sejadah AATSB telah diserahkan ke dua lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling dan
Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah pada 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444H.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T memberikan kelancaran dalam penghantaran ini dan berjaya disempurnakan sebaik - baiknya. Didoakan kepada para penginfak semoga diatas setiap pembelian Al Quran yang disumbangkan ini menjadi benih benih kebaikkan di akhirat kelak.
Selanjutnya bagi mana – mana institusi, organisasi mahupun individu yang ingin memohon bagi serahan Al – Quran boleh isikan borang ini untuk tindakan kami selanjutnya. Dibawah ini merupakan link bagi permohonan:-
https://forms.gle/Noa5sEXe3j54cMuCA
Allah Yuftah Alaikum
Allahuma Aamiin

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum.Syukur Alhamdulillah pasukan Program Kasih Ikhlas AAT (P.K.I.A) menyelesaikan pen...
30/05/2022

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah pasukan Program Kasih Ikhlas AAT (P.K.I.A) menyelesaikan penghantaran sebanyak 300 naskah Al – Quran untuk pelajar – pelajar MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUANTAN (M.R.S. KUANTAN) yang telah dilaksanakan pada 29 Mei 2022 bersamaan 27 Syawal 1443H yang bertempat di lokasi Surau Al-Hidayah, MRSM Kuantan.

Terima kasih kepada seluruh peserta - perserta Program Kasih Ikhlas AAT yang sudi bersama – sama membeli dan menghadiahkan naskah – naskah Al – Quran ini bagi menggantikan AlQuran yang telah uzur dan buat anak – anak asnaf dalam kategori B40 di maktab ini. Selain pengajian teras, program Pengajian Bacaan Al – Quran setiap hari juga diterapkan kepada kesemua anak-anak ini. Semoga dengan asbab serahan Al – Quran ini akan dapat melahirkan ramai lagi kumpulan profesional yang celik dan cintakan Al – Quran sebagai pedoman dan bimbingan kehidupan seharian.

Semoga para peserta yang menyumbang dalam pembelian naskah – naskah Al – Quran ini mendapat pahala yang berpanjangan dan dilindungi Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Allah Yuftah Alaikum, Allahumma Aamiin.

Selanjutnya bagi mana – mana institusi, organisasi mahupun individu yang ingin memohon bagi serahan Al – Quran boleh isikan borang ini untuk tindakan kami selanjutnya. Dibawah ini merupakan link bagi permohonan:-

https://forms.gle/Noa5sEXe3j54cMuCA



23/05/2022

Sujud itu indah. Kita berbisik ke bumi, namun didengarkan di langit. Seusai sahaja dari semua itu, kita sendiri akan rasa tenang.

Sedalam-dalamnya.

Mungkin selama ini, kita simpan sendiri. Tak mahu fikir. Tak mahu kisah dengan kesakitan ini. Kita biar masa memulihkannya sendiri.

Ada yang berjaya kita lupakan, namun ada juga meninggalkan parut di dalam hati.

Namun sedar tak kita, bila kita diuji, parut itu boleh berdarah lagi. Maka, hamparkanlah sejadah. Perbanyakkanlah sujud. Tadah tangan padaNya. Dia mendengar, Dia melihat, luahkan tanpa perlu simpan apa di dalam dada.

Mintalah apa sahaja padaNya. Mengadulah sungguh-sungguh. Dia pasti memudahkan urusan kita saat nanti.

Lepas itu, kita akan tenang. Seperti ada air terjun mengalir dalam hati. Kita damai. Mungkin masalah itu belum lagi selesai, namun kita dah dapat kekuatan macamana nak selesaikan masalah itu.

Petikan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Hanya Dia tempat mengadu.

18/05/2022

Hari-hari kita kena usaha untuk tingkatkan keupayaan diri. Tak boleh biar badan dan otak kita di tahap sama sahaja.
Itu tandanya, kita sekadar hidup sahaja. Tiada kemajuan. Tiada peningkatan.

Ada 3 langkah untuk kita jadi lebih baik. Diri semakin sihat dan minda semakin cemerlang iaitu:

1. BERCERMIN
Waktu ini kita sedang perhati keadaan semasa kita. Kita tengok apa yang kurang. Mungkin, kulit sedikit kusam. Kerja terlalu penat. Hingga badan pun membongkok dan nampak lesu sahaja.
Kita tak ceria dan lambat laun hilang keyakinan diri. Kita sedar dan ambil serius tentang segala kekurangan yang kita punya.

2. TANAMKAN NIAT
Niat bukan sekadar cakap dibibir. Mulut, hati, minda. Semua itu kena bergabung atas matlamat yang jelas.

Kena set target dan tanya pada diri sendiri:
-Apa yang nak diubah?
-Kenapa nak berubah?
-Bagaimana nak berubah?
Dari soalan asas ini, kita akan jadi lebih jelas untuk perbaiki segala-galanya. Minda jadi lebih jelas. Fikiran juga akan semakin luar biasa.

3. TERUS BUAT DAN ISTIQAMAH
Perasan tak, kita selalu nampak ramai orang berpusu-pusu nak belajar ilmu yang advanced dan power-power! Dengan harapan dapat hasil pun luar biasa.

Walhal, sebenar-benarnya, bila kita renung balik, orang yang berjaya di luar sana. Mereka ini hanya praktikkan perkara asas dan kekal konsisten setiap hari.
Dari sekecil-kecil hal nampak biasa, sedikit demi sedikit ia jadi luar biasa.

Hari ini, jom kita mula sama-sama. Praktikan langkah ini dan lihatlah hidup mula berubah. Mindset jadi hebat dan peribadi kita semakin unggul di mata orang sekeliling. Kena cuba dan terus usaha!

Petikan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Mula terus hari ini jom!

Address

No 66, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23
Shah Alam
40300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kasih Ikhlas Sumayyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share